Tag Archives: mentarang

Mentarang Bakar

Finally, dapat juga kami merasa makan mentarang bakar. Memang setiap kali lalu nampak mentarang, nak jugak mencuba tapi tak jugak mencuba.Jadi masa pergi kenduru ke Sabak Bernam, dah alang-alang tu kan singgah je lah tepi jalan makan. Pergi dengan kawan-kawan Kheirul. Ye kawan-kawan suami, sendiri punya kawan macam takde plak kan. Kena masuk dalam azam tahun bari ni, Kena banyak keluar lepak dengan kawan-kawan sendiri. Tapikan, saya tak suka lepak tak tentu hala kat luar…. saya suka lepak kat ruah, pekik-pekik, jerit-jerit dengan anak-anak.Haih rasanya cuti sekolah ni banyak guna high pitch punya suara lah. Mana tak tanya, elok je adik dorang duduk lepak tengok TV tetiba datang cuit, tegur sekali buat ta dengar, dua kali buat dekk…tiga kali???sendiri mau ingat. Dah meraung adik, mengamuk, berguling, yang abang n kakak lari kena kejar ngan adik, mak dah stress kalau rumah sepah, tak study, berebut TV. Begitulah luahan perasaan.  Agak-agak semua mak macam tu ke? Ke saya sorang yang sewel?

ok ok ok  dah jangan lebih-lebih membebel. Maka singgahlah gerai tepi yang first sekali kami jumpa sebab takut dah ke depan nanti tak jumpa dah gerai mentarang. Nak makan yang dah dimasak. Apa nama gerai ke apa tah, malas nak promote kat sini, sebab rasa tak puas hati dengan layanan. Pelanggan takde lah ramai mana pun, tapi nak bawak air botol pun dekat setengah jam. Tu pun sebab saya dah pergi ke dapur tanya…

Air botol dah siap ke???

Kalau tak paham jugak tak tau lah. 2 minit lepas tu terkedek-kedeklah dia sampai air, tapi dua saja. Ini sudah lebih, orang order 3, so kena tunggu lagi 2-3 minit sebab nak bukak botol bukan senang dikkkk… kena gigit penutup tu baru terbuka. Air punya cerita dah habis . Ini cerita psal mentarang plak. Menu dia mentarang je, bukan suruh buat lasagna, bukan suruh buat tortila mahupun goreng nasi. Kawan Kheirul order 1kg satu menu. Mentarang bakar 1kg, mentarang goreng tepung 1k, mentarang rebus 1kg. 30-40 minit gak baru sampai mentarang rebus. Tapi sebelum tu rasa sekor mentarang goreng sedap.. manis je. So dalam hati kena tunggu mentarang goreng lah. Mentarang rebus rasa sikit je. Dah sampai mentarang rebus, sekali pak cik tokey datang la… dia cakap

image

Takut nak minum air yang dibuat kat situ, maka order air botol

image

Macam nilah rupa mentarang.Rasa manis

image

Nasib baik tido , kalau tak habis ladang kelapa sawit dia teroka

Mentarang yang lagi 2 kilo tu rebus je boleh? tak sempat lah nak goreng nak bakar lambat….

Plak dah… dah lah hang rebus berejam, nak decide masak apa plak… Serius kalau saya datang ngan family je, kami akan cabut bodoh je. Kesilapan semasa beniaga, jangan suka-suka hati tukar menu. Kalau dah kata menu goreng, goreng lah, Kalau takut lambat, standby mentarang yang dah dikopek, mentarang yang dah dicuci, Jadi bila orang order terus buat. Bukan, masa tu orang datang, masa tu amik order masa tu jugak baru nak cuci. Invest to buy small icebox. Instead of rebus, buat steam, cepat dan rasa mentarang kekal. Business tip siap dah kasi ni. Kalau dah nampak ramai pelanggan , get ready bakar siap siap, sebab kata kedai mentarang bakar. Bila dah bakar mentarang siap-siap, amik order, hantar air, mentarang masak terus hantar kat pelanggan. Pelanggan mesti suka hati dan tokey kedai dapat review yang bagus, kedai akan maju.

Ok habis membebel. Apa rasa mentarang, sdap manis, ada sikit macam lal, tapi isi dia lagi banyak. Saya rasa kalau goreng bercili ni sedap. Dan kalau steam ketuk serai, letak bawang putih sikit pun sedap. Sebab hari tu makan rebus kosong cicah cili dia, makan 10 ekor sedap, lebih pada tu rasa mual. Tapi kalau ke Sabak Bernam lagi, mau jugak nak beli yang mentah masak sendiri kat rumah. hahahaha..sebab isi dia manis sedap.

image

Jangan risau, kalau rasa nak pi “bank”, Bank ada tersedia kat belakang. Lantai kayu lagi. Straight to the stream yoo. Kenyang lah ikan.