Tag Archives: MasterChef Malaysia

Cabaran Masterchef : Pulut Mangga

Semalam tengok masterchef nampak ada peningkatan, sebab judge pun dah tak baca buku sastera.  hehehhe semalam cabaran kotak misteri ada pulutkan. Haih kena sangatlah buat pulut mangga kan. Pulut mangga ni kalau nak sedap, satunya, santan dia kena lemak , pulut mesti lemak sesikit and mangga kena manis ting ting ting.

Dek kerana rindu dengan pulut mangga kat Siam tu kan (bila la nak ke Siam lagi ni) , I buat pulut mangga sendiri. tanak pulut tapi tak letak santan sebab, baki pulut tu nak buat tapai. Beli mangga kat pasar malam, masak santan pekat layan makan malam sambil tengok Masterchef. Sedap.

INGREDIENT

  • Pulut yang ditanak dengan sedikit santan, garam dan gula
  • Santan dimasak dengan sedikit garam sampai pekat
  • Mangga manis -di potong

METHOD

  • hidangkan bersama seperti diatas
  • tabur sedikit gula melaka

Dah siap, most simple dessert. Cubalah…

Demam Masterchef sudah datang, tapi….

Demam masterchef dah.. dah 2 malam berkobar-kobar tuggu nak tengok Masterchef Malaysia.Tapi macam hampa sikit lah sebab

3 chef merangkap juri dan host kaku

First night tengok wah best tapi macam tak syok sangat sebab Juri yang jugak host cakap maca baca buku sastera. Kan best kalau dia bleh bersahaja cakap. Memang la dorang chef-chef yang layak tapi rasanya..penting jugak cara untuk berkomunikasi. Sebab dorang bukan setakat berkomunikasi dengan peserta tapi dengan penonton yang kat luar ni. Nasib baik semua dok tunggu nak tengok MCM kan. Cubalah bersahaja…Malam kedua pun macam tu… mungkin dorang tak dapat membiasakan diri lagi kot. Memang susah gak. I paham sebab  pernah mengalaminya. So mungkin penonton yang kena adopt  dengan kekakuan juri kot . Mungkin kah?

Iklan banyak sangat

Taula nak iklankan sponsor, tapi kalau every 15 minit kira melampau lah sebab we not getting the astro free… bayar ok. Dah lah charge astro asyik naik je. Dah kalau nak iklankan sponsor tu tak payahlah nak iklankan rancangan serasi bersama tuh. Mesti uolss nyampah kalau banyak iklan kan.

Membazir

gila dorang membazir. Orang miskin nak beli telur sepapan pun rasa terbeban.. ni MCM mai buang je. Tu belum kira bab bawang lagi. Wei bawang mahal tau. Naper? tak boleh ke buat skill test pakai time. Ok sapa boleh potong bawang paling banyak dalam masa 10 minit? Sapa boleh asingkan telur dalam masa 10 minit? Barulah tak membazir. Ni tak puas hati main buang…membazir tuh. taulah barang sponsor tapi jimat lah sikit

Apa kata yo all? You all tengok Mastechef Malaysia tak?

 

Astro Masterchef Blogger Finale- part last dah

Saja jekan….bebuat tunggu lama posting ni.. Mari sini..let me show you my pom pom girls and boys…

my cute handsome boy… mana mama pergi mesti dia ikut…penyokong kuat ni

Ashraff and Afriena…yang senang impress with my cooking and selalu sangat order mama dia masak itu ini

My sister, Sidah yang gabra lebih daripada saya… hahaha dia plak gabra.

anak sedara saya…Hakim and Kakak Syafiqah dan juga my SIL…

Ayu

Kak Ina KL

and off course my supporting husband yang akan ke mana saja dengan saya…gambar cilok kat blog Kak Ina KL, sebab gambar si suami takde kat kamera dia

Tak lupa juga buat Ibu saya, Mak Mertua saya,Adik-adik and ipar-ipar,  kawan-kawan twitter dan Facebook… thank you awak-awak semua.

See I menang sorak ok..ramai yang pom pom saya kan kan kan… So next year Insya’ Allah, Saya akan cuba nasib di Masterchef Malaysia plak