Good morning semua… Baru bangun tidur. Hari nikan cuti mestila bangun lambat. Kalau tak pepagi dah dok masak breakfast kat dapur then hantar anak- ke sekolah. Plan hari ni tak tau nak buat apa. Masak? Hari ni cuti, so masak malam jelah ye. Just nak kena cuci baju. semalam dah habis satu round baju kaler putih, hari ni baju kaler-kaler plak. Cuci baju kena asing gitu, peraturan kang turun kaler naya beb.
Cuci baju sat sat lagi lah, Now semua dok depan TV layan citer Ben 10. Belum breakfast lagi sebab bila tanya nak breakfast apa semua cakap not hungry. Rayyan jelah yang hungry nak susu. dok tarik baju mama dia then pukul-pukul kakak dia. MAcam nak keluar je, tapi nak kemana? Kena pi cari cake birthday sebab semalam Ashraff tanya lagi seklai bila nak pi beli birthday cake papa dia?. Sekarang dok pikir adakah dia nak surprise papa dia dgn birthday cake atau dia nak makan birthday cake?
Apa plan you all hari ni?