Semalam Afriena dapat markah exam English dia. Dia nampak upset sbb kali ni dia tak dapat 100 untuk English. So lepas dinner, dia kena buat pembetulan lepas tu dia datang tanya I , mana satu jawapan dia. Dia mempersoalkan kenapa jawapan dia A bukan C? I terus terfikir, jawapan A bunyi macam tergantung, Jawapan C macam tak kena dengan bubble dalam gambarajah. So I post kat FB dan banyak feedback yang membina. Masing-masing ada pendapat sendiri.
Banyak pendapat masing-masing and I rasa dorang ni orang yang bekerja dalam bidang pendidikan. Bangga jugak dengan Afriena yang boleh fikir macam ni. Pada pendapat I, jawapan A macam tak lengkap dan gambar tidak memceritakan keadaan.
I ada suarakan kepada cikgu besar pasal ni (sekolah mengamalkanpintu terbuka, boleh bincang je dgn cikgu besar) , dan cikgu akan bawa isu ini dan dapat feedback dari guru besar sekolah lain menyatakan jawapan A tidak betul. Sepatutnya jawapan C sbb dalam gambarajah takde meja.
Selain tu I bawa hal ni berbincang dalam whatsApp sekolah, saya plak dibahasakan oleh sorang parent ni, kata saya perlu kefahaman. Haih kalau kau depan muka , ada yang kena ni. Tapi I cakap elok-elok, I bukan pertahankan jawapan anak, tapi I mempersoalkan kualiti soalan dan jawapan dari segi logik akal seorang anak berumur 8 tahun, terus diam. Emo terlebih plak dia. So kita tunggu lah apa kata cikgu. Perbincangan macam ni bagus dan penting sebab dia mempengaruhi pemikiran anak.Bukan nak persoalkan kredibiliti cikgu tapi kualiti soalan dan jawapan yang perlu diambilkira
Sekian