Tag Archives: Bollywood

Demam Bollywood

My cousin cakap… ni dah kena demam bollywood ke. hahahah Dah tiga citer hindustan kiterang layan.

Dilwale

Dilwale-poster

Best jugak cerita dia. Jalan cerita dia biasa biasa je yang paling best adalah lagu-lagu dia. KIterang tengok kat rumah je. Takde subtitle, nasib baik paham. Inilah kebbaikan bila tengok citer hindustan dari kecik, sampaikan dorang cakap pun boleh paham. Kena translate bagi suami paham jugak. Cuma bila part orang kata sedih tu, Tak jumpa plak kesedihan dia. hahahha. Part lagu memang sangat best.

Bajrangi Bhaijaan

Bajrangi-Bhaijaan-Hindi-2015-500x500

Cerita ni best. Afriena sampai nangis. Apa yang best? Cerita dia banyak memaparkan keindahan alam ciptaan Allah. CCantik sungguh Kashmir. Kalau baca pasal making of… banyak scene kat Kashmir Valley, kat rumah ladang Salman Khan kat Panvel, Mandawa and Delhi. Semua scene dalam cerita dia sangat cantik. Mesej yang nak disampaikan pun menarik. KAlau tak , takdelah semua orang boleh stay tgk tv sampai pukul 2 pagi, then esok pukul 6 bangun for Subuh. Pastu ke kelas Taekwon-do plak. Seriously, cara dia menampilkan keindahan alam tu, macam ada atu bisikan, meh lah datang sini tengok tempat lawa-lawa. Pastu, cerita ni memaparka adab-adab yang baik tentang takleh menipu, kena jujur, amanah

Yang tak best cerita ni, amalan kasta dan penceritaan tentang keindahan islam yang boleh disalah tafsir oleh orang yang baru belajar tentang islam. Cara memohon doa di keramat, menyanyi memuja Ali. Ada jugak pasal tunjuk ikat tali kat pagar supaya doa dikabulkan. Dalam berdoa, kita sepatutnya tiada pengantara. Berdoalah terus kepada Allah. Yang ni kalau tengok, sila-silalah terangkan pada yang tak tau , apa yang betul apa yang salah. Fokus pada mesej dia. Best sangat citer ni. Watak Munni?Shahida sangat bagus walaupun dia bisu tapi cara dia menyampaikan watak dia memang berkesan.

Piku

piku6

Filem ni cerita pasal kasih sayang anak dan Ayah. Amitabh Bachchan jadi Ayah, Deepika jadi anak dan Irfan Khan jadi driver. Cerita kita tengok sampah rasa menyampah sebab dok cerita pasal najis bapak dia je. Keras lah, keluar sikit-sikit sampai satu tahap setengah pertama rasa nak off je TV. Tapi masuk setengah jam kedua, baru rasa best. Dia memaparkan keindahan India. Bila tengok cerita ni, rasa macam nak buat road trip kat India. Pergi sana sewa kereta, drive cari satu negeri ke satu negeri. Ayah dia annoying sangat sampai bila anak tgh dating, boleh call cakap pasal najis dia, bentuk warna. Kalau anak dia nak berkenalan ngan laki, ayah dia akan cakap anak dia tak virgin lah, annoying lah. Bila tengok cerita ni, nampak Piku ni kasar melayan ayah dia. Tapi sebenarnya dia sayang ayah dia. Dengan bantuan Rana (Irfan), Ayah dia makin lama nampak positif. Masa dia travel ke Kolkata, bayangkan kerusi untuk berak pun dia bawak. adehh. Ending, Ayah dia mati. Mati with happy ending sbb dia kata this is the best motion. Dapat berak dengan senang, lepas dia enjoy dengan cycling around Kolkata pastu makan apa yang nak dimakan. Rumah dorang kat Kolkata sagat lawa

Sekian demam Bollywood dari saya. Suami saya masih lagi mencari movie bollywood yang dia nak layan tengok. sabar je lah