Tag Archives: Ayam

Resepi Ayam Masak Masam Manis

Hari Ahad lepas kiterang ada buat potluck untuk berbuka puasa. My brother la call tanya,

Eh, mung free dok Sabtu?

Sabtu? dok free busy..bakpo

Nok ajok bukok poso, buat potluck la…

Oh ok…hari ahadla kalu gitu

Bukak posa mana…

rumah mung la

Ciss… ajak orang bukak puasa kat rumah kita plak.. oklah…So, berhempas pulas la dok pikir nak masak apa…So memasing dah decided..My SIL (this is her 2nd time puasa) cooked chinese chicken rice , sedap gak my kids suka. Bak kata Kheirul budak 2 orang ni memang cina, asalakan chinese food je suka. My brother buat Roti Sira, and My sister, Sidah buat sambal udang dengan petai.So nengok menu semua, ingat nak buat Siakap steam, tah macam mana dok bersembang dengan Kheirul pasal island hoping punya sweet sour chicken, terus rasa…Apakata kita buat Sweet Sour Chicken atau bahasa melayu dia Ayam Masak Masam Manis ? I pernah baca buku resepi Bobby Chinn, so nak try resepi dia. Hasil masakan resepi ni,memang tak rugi sebab sedap. Rasa rangup ayam.Kena pakai ayam bahagian thigh sebab dia lagi moist and bila kita gigit ayam tu jus dia akan tersembur dalam mulut.

Ok lah resepi Ayam Masak Masam Manis seperti berikut

INGREDIENT

  • 2 ketul whole thigh of chicken – deboned,
  • 3 sudu tepung gandum
  • 1 sudu tepung kastad
  • 1 mangkuk nenas segar, potong sebesar ibu jari
  • 1/2 timun, potong kecil -potong sebesar ibu jari
  • 1/2 biji capsicum -potong sebesar ibu jari
  • Sebiji tomato- potong sebesar ibu jari
  • 1/2 biji bawang besar – potong 4 then leraikan
  • 3 sudu madu
  • 1 sudu gula
  • 3 sudu sos cili
  • 4 sudu sos tomato
  • 1 biji bawang putih -cincang
  • minyak masak
  • 1 cawan air
  • 2 sudu cuka epal- kalau takde cuka biasa pun ok

METHOD

  • perasakan ayam dengan garam dan lada sulah
  • gaul rata (bedakkan) isi ayam dengan tepung gandum dan kastard
  • goreng isi ayam dengan minyak panas sampai ayam rangup
  • Panaskan 1 sudu minyak, masukkan nenas, timun, capsicum, bawang dan tomato, kacau goreng sampai nampak nenas berkaramel
  • Bila dah masak, angkat dan asingkan
  • panaskan 1 sudu minyak, tumis bawang putih, masukkan sos tomato dan cili kacau, masukkan air dan cuka, kacau sampai mendidih,
  • masukkan madu dan gula, masak sampai kuah mendidih
  • akhir sekali masukkan ayam dan sayur tadi
  • kacau sampai kuah menyelaputi semua ayam
  • Sedia untuk dihidang
I tak masukkan tepung jagung dah sebab, kuah tu akan pekat sendiri  dengan bantuan sos dan madu. Selamat mencuba. Hari ni nak buat lagi.

 

Steam Chicken

 

INGREDIENT

  • 1/2 ekor ayam-cuci bersih dan lumur sedikit garam
  • seketul halia muda  (sebesar ibu jari) -hiris nipis
  • 1 tsp sos tiram
  • 1 tbs kicap cair
  • 1 tsp gula
  • 2 biji bawang putih -hiris nipis
  • 1 biji bawang besar -hiris nipis
  • 1 pokok daun bawang – potong  ikut saiz kesukaan anda
  • 1 pokok daun sup –  potong  ikut saiz kesukaan anda

METHOD

  • Panaskan kukusan dan bila mendidih,kukus ayam bersama halia
  • campurkan sos tiram , kicap dan gula, kacau sebati
  • Bila ayam dah  masak, tuang sos ( tiram+kicap+gula) – selalu dalam 20 minit
  • Kukus selama 5 minit,
  • sementara ayam dalam kukusan, goreng bawang merah dan putih dengan api sederhana hingga garing
  • Selepas ayam dah masak tabur daun sup dan bawang, lepas tu  tuang minyak panas bersama bawang-putih ke atas ikan
  • tutup kukusan untuk 1 minit.
  • tadaa siap

kalau nak sedap boleh letak wolfberry and cendawan kering.

 

Ramadhan 14- simple menu

Berbuka semalam adalah antara yang tersedap. Habis nasi seperiuk. Selalu masak 2 cup tak abis tapi semalam abis. Adakah kerana I masak sambal udang? Oh kuih di atas adalah dibeli dari gerai biasa. Tapi semalam kuih dia tak sedap. Karipap je yang sedap

For the first time since bersalin barulah dapat merasa sambal udang yang di masak sendiri. Sedap….

And juga ada ayam goreng. Macam biasa my ayam goreng selalu diperap dengan halia, bawang putih dan kunyit.Ingat nak buat ayam goreng berempah, tapi malas nak menumbuk. Afriena ada offer nak tolong tumbuk rempah tapi kalau dia tumbuk, mau 3 jam dia main kat situ.Kang sepah dapur. heheheh I tak suka dapur yang bersepah…

So hari ni ingat malas nak masak… beli jelah. So far berpuasa baru sekali makan yang dibeli. What to eat today???Ingat pasal makan je kan. Apalah nasib orang kat Pakistan dan Palestin. Dorang bukak puasa makan apa ye? I selalu bebel kat bebudak kalau dorang tak abis makan, cakap kat dorang yang orang lain ada yang tak dapat makan. Pastu kalau ada keluar dalam TV tunjuk orang tak dapat makan, cepat-cepat i tunjuk kat dorang biar dorang tengok .