Tag Archives: AFC FOODIE FACE-OFF 2013

Pictures during AFC Foodie Face-Off 2013

Haaaa …finally dah dapat gambar. Thank you AFC. Walaupun tak menang tapi tetap nak tayang gambar masakan kita tau. Tak menang  pun tapi ada yang cakap sedap tau. Mesti lah angkat bakul sendiri tau.

AFC3

Ha ni masa tengah check barang masakan, lepas tu crew tengah ajar cara nak on dapur gas, dapur letrik tu. Hahahaha kasi briefing cam mana pun, masa tgh nak sibutk, tetaplah I jerit..Li Shin help me!!! Li Shin tu adalah staff The Cooking House, I kenal dia masa pi kelas memasak. Very helpful :)

AFC 1

Ha ni tengah masak first dish. Chef Shearson tengah interview. Yang ni tengah buat recording. Oh noooo… Takde make up apa, muka berminyak tengah tumis . Apa yang ditanya terus blurr nak jawab.

AFC2

Ni my jiran. Nama Shoba from India hahaha kelam kabut dia tapi friendly.  Siap berebut dapur, share garam pastu sempat tanya masak apa, nak letak apa.

AFC5

Ni tengah present 2nd dish. Alhamdulillah judge suka … tapi ramai  lagi yang sedap. I impressed dengan budak-budak muda yang boleh masak sate, mi jawa, nasi impit bagai… I ni ha terhegeh-hegeh lagi. Kalau suruh buat pasta, baked casserole tau lah sbb tu fav anak. Masak asam pedas ke, sup ke.. Ada lagi tak cook off macam ni?

AFC4

Ni tengah nak announce pemenang. Dah dok belakang standby nak cabut cepat. Masa ni I dah letih sangat.Mungkin kurang minum air dan kurang makan. Duduk pun dah menyandar. Actually bukan I sorang je semua dah penat agaknya.

Mesti you all nak tengok I masak apa kan?

DISH 1 – Mi Kari

mi kari

Masakan yang biasa je, takde nak fusionkan dia. Ramai kata sedap and I hidang sebesar kapal punya and Alhamdulillah nampak habis dimakan. Atau apakah semua lapar? I tak buang pun ekor tauge sbb , tauge tu macam terbantut, so kalau buang ekor tu mesti dia lagi pendek, Oh tauge why you look so ugly? Personally..memang I rasa sedap cukup garam semua in fact ..I rasa masin sikit sbb dah ada garam dalam kuah kari, dalam sambal tumis tapi Shearson kata kurang garam. Anis kata kalau ada asam limau mesti sedap. Memang some of my ingredient takde. My fish cake busuk so tak letak, daun kesum dah jadi potpuri so abaikan. Masak je apa ada. I tak cerewet. Tapi apa pun, I puas hati masak dish ni. Kalau bukak kedai makan pun dah berani untuk masak dish ni.

 

DISH 2 – Baked Macarony n’ Cheese with Curry minced beef  and Grape cover with goat cheese n coated with pistachio + cornflakes.

macncheese2

Makaroni tu, I buat macam biasa yang buat kat rumah, cuma I letak daging kisar yang dimasak kari dalam tu. Frankly, I suka gabungan cheddar cheese dengan rasa kari. Kat atas tu, I buat cornflakes crumbs. Cornflake+butter+cheesr then tabur terus bakar for 15mins. Rasa dia lagi sedap dari guna breadcrumb. More crunchy.

macncheesePastu yang Grape Goat Cheese tu, It was inspired by Bobby Chin. I tengok buku resepi yang dia kasi tu, tak try buat kat rumah pun. Pergi terus buat. Puas hati dan semua cakap unik. Cuma tangan bau kambing sikit. Yang ni I buat masa 15 minit terakhir. Ni kena buat lagi sebab anak-anak suka. Yang makaroni tu, Rayyan makan macam kat rumah je.

Pasal resepi nanti I letak satu-satu ye. Insya’ Allah

 

FINAL AFC FOODIE FACE-OFF 2013 KUALA LUMPUR!

Date: Saturday, 29th June 2013

Time: 10.30am – 7.00pm

Venue : The Cooking House
CIMG0979
OKay…finally , dapat masa untuk update. Ini kalilah punya event,My beloved photographer not with me. He was with 3 kids at home makan pizza and sleep. Since event ni ada recording, ada baiknya anak-anak dok rumah takut bising and menganggu lagipun event lama sangat nanti boring. So , pagi tu keluar takdelah awal sangat dalam pukul 9, sebab nak pi makan dulu. Sampai je, I pergi register dulu then pergi breakfast. Haih tak suka betul kalau pi makan, tapi orang lambat nak serve. Old Town Coffee,dah tunjuk kat menu apa yang ada but still lambat. Sepatutnya, dorang dah ada plan , since makanan ni jadi menu breakfast makan cepat-cepatlah standbykan.

CIMG0978

 my apron

Lepas makan, naik atas kejap ngan bebudak, ingat boleh lepak ngan suami dulu tapi Ashraff n Afriena dah buat macam rumah sendiri, apa lagi suruh dorang balik je. Bising nanti orang marah. Since I dah register dan dah dapat apron tadi, maka kami lepak je. I cuma kena Falihin, so lepak dgn dia. Tapi ada few finalist yg mula jadi kawan. Rose , Irfan, Shoba ,kak Nazura , Chef Arm dan lagi dan lagi. Selain finalist warganegara Malaysia, ada jugak finalist warganegara luar. Ada dari India, Palestine dan Iraq. Dorang ni permastautin kat Malaysia. Best kawan ngan dorang, banyak yang boleh belajar. Sempat tanya resepi jugak.

CIMG0987

 Sempat bergambar dengan Anis Nabilah..kecik molekje dia. Dia kata kita sama size, yelah tu

Lepas masuk check tengok bahan-bahan resepi, then sambung lepak sebab I dalam group 2. Masa group 1 masak I join contest kat luar dapat hadiah, pen, notebook and Spa soap. Sedap bau sabun tu dah pakai pun untuk mandi. Nasib baik suami memahami, Dalam bilik mandi ada 3-4 jenis sabun mandi samada buku atau cecair.

CIMG0981

 Dorang buat game..tak nak kasi orang boring

CIMG0980

sambil menunggu sambil makan

Tiba turn I masak, ada gak rasa debaran dia tapi the excitement tak sangat memberangsangkan sbb kita dah tau nak masak apa dan ingredient dah disediakan. For me, tidak sangat mencabar compare dgn Masterchef dulu. Lagipun ada jugak finalist yang bawak makanan yang dimasak di rumah… #ehyeke? I pun tak tahu sapa, just dengar orang sok sek sok sek je. And ramai finalist yang ada culinary based. Wow… next time buat event macam ni kena buat mystery box, baru orang puas hati.  So I masak apa? I masak Mee Kari je. Senang malas nak fikir masak apa sebab, dapat email pun dah petang khamis, nak test masak pun tak sempat sebab on that weekend, I pergi Melaka dan on Monday itself dah kena submit ingredient.

CIMG0988

 bahan-bahan untuk masak mee kari

Lepas masak dah present, lega rasanya walaupun Chef Shearson cakap kurang masin. Mak aih.. I dah rasa masin sbb dah letak garam, ada udang kering,ada sambal tumis. Tapi takpe sbb masak-memasak, rasa-merasa sangat subjektif. Setiap orang ada pandangan yang berbeza. Anis kata sedap, tapi kalau ada asam limau lagi sedap. So lepas habis judging, letak je kat luar tu.. memang habis dimakan . Dorang kata ok, ada yang kata, kenapa tak buang kepala udang… well ada kepala udang kat lawa, lagipun dah siap trim dah. Sorang je lah cakap camtu, yang lain kata sedap , cukup garam. :) Itulah lain lidah lain rasa..

CIMG0990

 Ni dish yang orang Palestine masak. menarik kan dan sedap

CIMG0993

Ni dish orang yang menang. cute kan ketupat dia. Dia rebus ketupat kat rumah and bawak ..

Dah habis group 1, group 2 kembali memasak, kali ni guna kellogs cornflakes. Macam-macam resepi yang I jumpa. Kali ni banyak dessert. Ada biskut raya, pavlova, tote, chocolate, hish macam-macam lah..yang buat savoury pun ada. Paling unik dari Iraq, masak campur mashmallow dan sifalihin  yang guna tempe. I kan suka tempe emm apa lagi.Habis group 1, group 2 plak masak… I buat Mac n Cheese with mince beef curry and grape with goat cheese coated with pistachio n cornflakes. Kelam kabut masak nak cepat semua orang dah penant nak balik je kan. Habis masak, present.. Judge kata, sedap Mac n Cheese..memang sedap kena dengan rasa curry and cheese . Shearson cakap,kena ada rasa garam lagi. Mak aih sudah masin sbb kalau I masak Mac n Cheese, I’ll always make sure my Mac n Cheese not undersalt. Anis cakap sedap cukup rasa and she ok with it .. sambil pandang Shearson (dia cakap kat Shearson). And The grape? walaupun susah nak buat, but they like it. unik and good combination manis, rasa goat cheese dan crunchy. ANW, Mac n Cheese habis, rugi I tak bake 4 , at least boleh orang rasa. heheheh #perasan

Dah habis semua, tunggu masa nak annouce je. Yang I ingat dan dengar, Pemenang dia ialah Connie Chew. Yang lain tak berapa dengar sebab bising and I was at the back. Settle bagi hadiah,terus balik. Masa tu sangat lapar so tak sempat nak bye bye semua orang. Tapi walaubagaimanapun, event hari tu best, sebab macam me-time je, lepak-lepak dgn orang-orang yang baru kita kenal tapi macam mesra like Rose, Irfan and kakaks , Falihin, Shoba dan ramai lagi. I am looking forward to this kind of event. Bukan hadiah yang kita mau tapi experience.
CIMG0995

 

Ini goodie bag yang sangat best. Minyak masak tu tahan lah 2-3 bulan, marjerin tu adalah nanti I mengerjakan buat cake and paling best kuali tefal.

Walaupun kat rumah memang guna barangan tefal, tapi kami laki bini tetap jakun menggunakannya :) Anyway, Thank you AFC for the oppurtunity, Thank you to all my friends yang vote , Thank you husband and kids for your support and Thank You The Cooking House yang menyediakan tempat sembahyang and for your friendliness. Mungkin you all tertanya mana dish saya? hahaha rupanya I tak amik pun gambar dia, I dah mintak dengan AFC, so nanti dah dapat I tunjukkan gambar dia and siap resepi sekali ok. Insya’ Allah