Makan Budu lagi

minggu ni asyik citer pasal makan je kan… dah tu mmg asal keluar je pi makan. sabtu lepas kiterang satu family pi makan nasi budu. Ala kat Awan Besar nye RnR, A Hassan Ayam kampung. mmmmmm dah lama tak makan budu. Nama je orang kelantan tapi takde plak botol budu kat rumah. Since bebudak ni tak kisah makan nasi so, ke sana lah kami. Tu pun lepas singgah merata tempat.

Lauk fav bebudak kalau kesini ialah ayam kampung goreng dan gulai kawah. Tah lah ..makan sini je Ashraff and Afriena makan banyak. Lauk ni lah yang selalu kiterang amik. Lepas tu tambah dengan ulam dan nyelor cicoh budu. fuhhhhh memang makan tak ingat lah. Ye lah… hujung minggu ni nak melompat plak tuh. 8hb 2 ni ada grading untuk Black Tip. Nervous bila memikirkannya. Kali ni kiterang tambah menu, sbb ada siput sedut. Ingatkan siput sedut ni utk kiterang berdua je, tapi sangkkaaan meleset sebab, bebudak suka. Yang paling suka makan adalah Rayyan. Separuh pinggan dia makan siput.  Dia sub kat 3 orang untuk sedut siput untuk dia. Banyak cantik kan?

image

Ni je yang kami makan

image

KHeirul cakap kalau dapat ilam budu n ayam goreng pun dia boleh makan, tapi kalau I masak kat rumah cam ni mesti dia tarik muka kan

image

Lauk fav Rayyan

image

Lauk fav semua orang – gulai kawah

Lepas makan tu kiterang balik rumah. Malam tu badan Rayyan naik gatal-gatal… tak pasti sebab apa, kiterang suspect alergik dari siput, maka untuk kepastian, I beli  siput  dan masak sendiri kat rumah. Masak kat rumah semua makan banyak tak ingat… srot srot… Semua suka, Ashraff yang tak berapa makan kat kedai punya, Yang mama dia masak bukan main lagi suka makan…Afriena  pun sama makan banyak..Rayyan siap hirup kuah. Memang puas hati lah masak

image

Tapi malam tu Rayyan menggaru lagi… hah memang sah dia tak boleh makan siput. Kena bawak gi klinik. Doktor cakap alergik , dah lah dia dia ada eczema…. I siap kena cakap kat dia. Rayyan takleh makan siput nanti gatal lagi.  Dia pun kata ok… .. Now alegik dia nampak ok.  Susah nak serasi ngan ubat lain… kena pi klinik yang biasa pastu suruh check ubat yang dia amik 2 tahun lepas… Terpaksa doktor belek satu-satu report dia. Nasib baik doktor nak melayan, dah dia suka mealayan Rayyan. Kelakar tau Rayyan, masuk jumpa doktor terus angkat baju tunjuk tempat dia gatal.

Busyuk boy :)

Hari yang dapat pi dating

Isnin anak-anak semua sekolah. Inilah masa yang sesuai untuk pergi dating. Bila tanya Kheirul, mana kita nak pergi 2-3 jam untuk dating ye bang? Dia cakap kita pergi pasar cari lauk. Huhuhu sangatlah romantik ye. Pergi dating kat pasar. Walaupun cuti tapi banyak kerja kena buat. Mula dari hantar 3 anak pergi ke sekolah, lepas pergi bank buat bayar itu ini,lepas tu pergi sarapan. Hahahaha sarapan paling best lah sbb dapat makan kat kedai mamak tanpa kebisingan anak-anak yang berebut menu lah, berebut tempat duduk lah. Tapi dorang takde sunyi lah pulak. Tak dapat lah nak tukar tukar rasa makanan.

Menarik jugak menu sarapan kat maulana daun pisang ni. macam authentic indian cuisine je. Kiterang order idli vadai tapi vadai habis so makan idli je dengan sambar, lepas tu ada roti sardin dan poori set.  Share makan berdua. Sedap gak makan sarapan sini, bole lah bawak bebudak nanti. Air plak teh halia untuk Kheirul, I plak minum susu badam sbb nak try benda yang pelik. Menu pelik tapi sedap rasa dia. Rasa lemak manis pastu ada safron dalam tu. Kheirul tak suka tapi I sangat suka.Mamak tu siap tanya…kaka sedap tak itu susu badam? 2 kali dia tanya, masa hantar dari jauh tanya sedap ke tak? masa bayar pun tanya lagi… hahahah

idli set

idli set suka rasa dia masam-masam cicah kuah tuh

image

poori set, poori ni kalau buat kat rumah , bebudaklah paling suka makan. Yang ni makan dengan aloo gobi sedap

Susu badam... patut cuba sebab sedap.

Susu badam… patut cuba sebab sedap.

lepas sarapan, barulah ke pasar. mula-mula singgah Sri ternak sebab nak beli few things then baru pergi pasar borong. HArga ikan sangatlah mengarut…hish bebenor. Paling suka kalau ke pasar, duduk kat gerai sayur. Tak tau kenapa suka sangat dengan satur-sayur. ALangkah besntnya kalau ada kebun sayur sendiri, hari-hari dapat makan sayur fresh. Habis urusan di pasar bergegas balik ke rumah sbb nak kena amik Rayyan dari tadika dia. dia kalau lambat ah… hahah memang merajuk pun lambat mmg merajuk pun sbb lambat . Siap suruh carry dia dari sekolah ke rumah. nasin naik sekolah dekat je.

Resepi Pucuk Paku Masak Lemak

Isnin kan cuti tapi anak-anak sekolah..maka mama dan papa berpeluang lah dating ke pasar berdua. Tapi sebelum tu pergilah selesaikan urusan bank lah itu ini, sarapan kat mamak. Sarapan kat mamak berdua, adalah best tapi rasa sunyi tanpa budak bertiga. Kalau tak ada jer yang nak bergaduh, berebut menu. Nantilah kita citer pasal dating. Ni nak kongsi resepi lemak cili padi pucuk paku. Masa gi paar hari tu, nampak pucuk paku, Kheirul cakap sedapnya pucuk paku… so apa lgi pergi lah beli. Beli 3 ikat. Walaupun pucuk paku dia tak berapa lawaq tapi ok lah untuk masak. Teringat kecik-kecik dulu, kalau keluar ngan geng-geng kat kampung, kiterang selaimagelu masuk hutan, sambil panjat pokok jambu, sampai ke petang, dah bila takut nak balik rumah sebab lewat kan, maka cari lah pucuk paku buat penyejuk hati mak hahahah…. Dulu masuk semak mana pun tak pernah pikir takut ular ke, pacat ke, naik pacat jerit je lah…nanti sesapa tolong tak pun tarik je sendiri sambil jerit… Tak pun kalau pi mandi sungai, sambil-sambil on the way balik petik pucuk paku, pucuk midin atau panjat cari pucuk putat. Pucuk midin sedap kalau masak tumis air dengan betik muda tak pun ngan ubi keledek.

OK sambung balik… balik rumah, petik pucuk paku, MIL tanya nak masak apa? cakap lah ingat nak goreng, dia cakap buat lemak kuning sedap…haaa Idea, masak lemak kuning pun sedap, maka jadilah lemak cili padi . Lagipun ada masak siput sedut, MIL tak makan boleh lah dia makan lemak pucuk paku. Dah lama tak makan, dapat makan lemak cili padi pucuk paku..memang lah sedap.

 

Ini resepi dia.

Bahan-bahan

  • 3 ikat pucuk paku – siang/potong
  • 10 ekor udang basah  saiz M
  • 1 batang serai ketuk
  • 3 biji bawang merah – tumbuk
  • 1 biji bawang putih – tumbuk
  • 1 biji  lada merah – tumbuk
  • 3-5 biji cili padi – tumbuk (nak pedas letaklah lebih)
  • 1/2 kotak santan kara
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 cawan air
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  • Masukkan santan bersama secawan air,  bahan tumbuk ,serai dan serbuk kunyit
  • masak hingga mendidih dan rasakan garam gula dan asam
  • masukkan udang dan pucuk paku
  • Bila dah masak tutup api
  • hidangkan dengan nasi bersama ikan goreng, ulam dan sambal belacan