Vedeo ni amik curi-curi tau. Rayyan tak tau.KAlau dia tau mesti tak act normal kan. NI masa nak pi pasar… suruh pakai seat belt tak dengar pun. Habis mengeja baru pakai. LAyan je lah dia mengeja dengan penuh pelat.
Sneak in, Sneak out
Rayyan tak lama lagi nak masuk 5 tahun. Dia ni kategori berani mencuba dan sangat poyo. Ayat-ayat yang diluahkan dia sangat annoying tapi cute . Kalau kita tak bercakap dengan dia pun dia boleh sibuk beri idea.
Contoh 1
I dok bersembang ngan Kheirul… dia kat sebelah..
Bang panaskan hari ni? Belum sempat Kheirul jawab dia dah kasi ada..panas ke mama? mandi lah
contoh 2
Adehhh berpeluh-peluh dah sapu rumah ni, dia cepat je keluarkan statement… peluh ke mama…bukak lah baju
contoh
Kalau dalam bilik air…
Rayyan jangan main sabun nanti gatal badan… dia jawab mana ada main sabun n, ni tengah syampu…tak main mama…. mandi je
Dia ni penuh ngan idea dan penuh dengan curiosity dia. Kena sabar je lah. Aktiviti sneak in dalam bilik kiterang masih lagi berlaku. Dia kan malam-malam bangun pergi toilet sendiri kan. Pergi toilet lepas tu lupa jalan pulang ke bilik…ada je menempek kat tengah tengah lepas tu tolak semua orang sbb dia nak tempat luas atas katil. Bayangkan lah…I dah lah tak leh tidur tempat sempit nanti sakit belakang…. pastu kaki tangan dia suka suki je debik atas muka orang. Itu kalau sempat dia cari port tido… ada lagi best, dia main je landing atas Kheirul, takpun tido berdiri tapi kepala separuh atas katil. Ada jugak insiden masuk bilik lupa nak kencing, dia terus landing sebelah I, pastu terkencing. Haaaaa itu sangat marah lah sbb nak mencuci tu makan kerja tu. Ada pernah sekali tu, dia bangun pi toilet, gi buang air, lepas tu terus landing dan tanpa dia sedar dia tidur tanpa pakai seluar. Pagi tu I sedar, awat budak ni tido merengkok kebogelan? adehhh rayyan suka suki je kan
Ashraff and Afriena gak senang. Tido bilik sendiri tak kacau orang. Selagi tak kejut bangun pagi selagi tu tak bangun tidur.

baju tarak…bola pakai seatbelt
Suka hati Rayyan….
First IKEA Trip for 2015
Haaaa ni baru dapat keluar ke Mall untuk tahun 2015. Sekarang ni untuk ke Mall dah makin kurang minatnya. Bebudak ni, bukan suka sangat kalau ke Mall. BAru jejak mall, tanya bila nak balik. Unless pi makan. Dorang suka lah makan. Tapi lepas makan, terus tanya bila nak balik. Itulah sebabnya, shopping raya nanti akan sangat membosankan utuk dorang esp Ashraff. Rayyan takpe, dia malas jalan , kita tolak dengan stroller. Afriena plak, tarik masuk mall tunjuk baju ke kasut ke, dia senyap.
Last 2 weeks ago, kiterang ke IKEA. Tujuan dia? jap nakkkk ingat balik…Haaaaa beli cawan sudu garpu plastik sbb yang lama tu nak buang dah. Beli baru….

si kecik ni… masa kat IKEA dia bertembung dengan sorang budak yang pakai baju sama dan yang paling best nama pun sama. Gelak kiterang both side. Nak amik gambar berdua tapi masing-masing lari nak bukak baju. Hey Son… you ada taste tau

biasalah dorang semua nak test- kasut masing-masing saiz mama dah. Tapak kaki panjang. Mama dia pun muat. LIke Ashraff nya kasut , dia kata nak ketat dah

apa kah motif dia tunjuk botol air tu?? Cap tu mana pergi dia nak pakai
Sampai IKEA, pi breakfast dulu lepas tu pusing IKEA. KAlau pusing IKEA lama lah sikit, nasib baik bebudak ni suka datang sini. Banyak tempat yang dorang boleh explore dan buat imagination. Dah dapat beli barang..keluar jalan kat IKANO, tengok kasut tapi tak beli… tapi lepas lunch masuk balik sbb tetiba je ada promo..buy 1 free 1. Harus lah beli kasut. Kasut Raya… sama ngan Afriena. Cros hari tu ada poro… so I amik size 8 Afriena Saiz 5. Dia suka lah… siap cakap.. mama nanti, kalau mama dah tak nak pakai kasut mama tu, Afriena nak tau… I mata berkedip -kedip sbb belum pakai lagi dah aim kasut. Dia punya kasut flat, I punya, kasut yang wedge tu. Thank you papa…
KIterang lunch kat IKEA jugak. Lepas lunch pi surau dulu then baru balik rumah. Penat berjalan… tengoklah dorang tu

bag kasut tu, still dia gantung kat tengkuk… dalam kereta duduklah belek try test pakai kasut… balik rumah terus dia simpan dalam wardrobe dia

tenang sikit suasana dalam kereta… boleh dengar lagu ..kalau tak tgk kartun je..