Restoran Aminah, Samila Beach

DSC_7273

kedai baru bukak – 1-2 pekerja boleh cakap kelate yang lain kena cakap siam lah

Sampai je, terus cari tempat lepak makan-makan dulu sbb nak check in, Hari masih siang. So  dekat-dekat hotel ada kedai makan seafood. Dorang plak nak breakfast tomyam pepagi. So apa lagi jalan je lah… Actually perut tak lapar pun sbb tadi masa kat Sadao dah beli pulut ayam. Tapi tomyam punya pasal kita buat-buat lapar.

30 minit jugak lah makanan sampai…tapi takpe sebab bebudak ni main-main pasir pantai dulu.

DSC_7323

telur dadar menu wajib order

DSC_7325

tomyam putih..special ni

Special tomyam ni.Kat sini dorang masak tomyam putih. Kalau phuket tomyam merah, kalau Bangkok tomyam ada santan, kat Krabi plak tomyam manis….adehhhh. Yang manis tu terkena kot dia salah terletak garam ngan gula kot. Semangkuk tomyam ni semua binatang ada. Yang paling best ada rumpai laut dalam tu. Tomyam putih ada rasa masam-masam tomyam, dengan sedikit rasa pedas yang malu-malu ayu. Sedap, rasa dia lain-dari yang lain. Tapi kalau I diberi peluang untuk baiki tomyam ni, mungkin I akan tambah cili sikit,  lepas tu ketuk serai lagi, letak daun limau purut dan ketumbar. PERFECT!!!

DSC_7326

yang kaler putih tu adalah rumpai laut

Tapi apa -apa pun sedap tomyam ni.

 

DSC_7327

muka lapar semua tuh

DSC_7328

Rayyan and Afriena nak makan nasi goreng , so kena order and bagi dua.

DSC_7333

Sotong goreng tepung

Ok lah rasa dia, tapi sotong oreng stail macam ni tak berapa syoklah untuk kiterang… kiterang suka yang macam kat phuket tuh. Yang makan kat restoran terapung tu. Lama jugak lepak kat situ. Sbb tunggu member lagi sorang dari Hatyai bawak voucher hotel. Setelah sejam lebih lebih  lepak sampai semua budak dah berenang atas pasir, finally…dapat check in hotel. Harga makanan kat sini ada sikit mahal. Makan macam tu dah 900 Baht lebih..I prefer makan streetfood sbb street normally lagi sedap….

takpe next time insya Allah

 

Happy Birthday Rayyan!!!!

Alhamdulillah dah 5 tahun dah Rayyan. Dah sekolah dan makin tinggi curiosity  dia. Bayangkan… rel tangga dia pernah cuba nak naik nak buat slide? Itu baru satu…banyak lagi benda pelik dia buat.

Anw, his birthday  on 21-03-2015, disambut kecil tapi meriah. Papa dia bawak pergi Chilis, then order makan, pastu set ngan staff chilis yang friendly, untuk nyanyikan lagu Happy Birthday untuk dia. Punya lah dia malu, siap tutup muka masuk bawah meja. Tapi kejap jelah lepas tu dia tiup je lilin atas ice cream dia.

Thank you to staffs @Chilis Bangsar sbb sporting and friendly.

image

Rayyan nak….Mac’n Cheese

image

Kakak nak makan apa????

image

nak kalerrrrr

image

since we order 3 main course so, dpt 3 free kids meal.. So extra MAc’ Cheese to be shared by Rayyan and Afriena. Sebab Ashraff now, kena order adult meal

image

The birthday cake… Yang tukang makan adalah orang yang tak sambut birthday.. Choc Molten Lava cake with ice cream. Afriena dah cakap dah birthday dia bila

image

Tak sempat amik video dia…nasib baik dorang snap pic

image

berisi Ashraff sekarang… mana tak nya makan banyak…nasib baik ada kelas Taekwondo… tapi tu lah kalau masuk event..timbang berat kesian lah…

image

Birthday boy ngantuk.. suruh dukung…

 

Happy Birthday Rayyan… We love you

Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2015

Sambutlah Hari Kesihatan Mulut Sedunia dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia dan pengkumur mulut nombor satu di Malaysia*, LISTERINE®, dan bersama-sama mencipta rekod di Malaysia Book of Records untuk “Acara Kumur Mulut 12 Jam dengan Paling Ramai Peserta” untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan rutin pembersihan mulut harian yang lengkap! Butiran berikut:

MBR_EFlyer

 

Anda hanya perlu mendaftarkan diri dan berkumur, untuk mendapatkan sebotol LISTERINE®, baucar diskaun dan sijil khas, di samping merebut peluang untuk memenangi hamper Johnson & Johnson yang akan diberikan sepanjang hari! Sertailah acara mencipta rekod istimewa ini dan bersama membantu menyebarkan kesedaran tentang pentingnya kesihatan mulut! Roadshow Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2015 akan mempamerkan informasi kesihatan mulut, aktiviti berpendidikan dan pemeriksaan gigi percuma, di samping acara berkumur sepanjang hari tersebut.

 

Roadshow Hari Kesihatan Mulut Sedunia ini disokong oleh Bahagian Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk maklumat selanjutnya tentang Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2015, sila layari Facebook LISTERINE® Malaysia di Listerine Malaysiaa dan anda juga boleh mengesahkan kehadiran ke acara ini di https://www.facebook.com/events/745909945517042/.

Jumpa di sana!