BP Samila Beach Hotel

Masih lagi di Songkla…. kot kot lah ada yang mencari hotel kat sana kan…. Hotel yang kiterang duduk nama dia , BP Samila Beach Hotel. Tempat yang menarik. Turun hotel je, lobi belakang boleh terus ke tepi pantai. Nak naik basikal ke nak beli ais krim, nak makan apa…semua boleh buay. Nak swimming pun boleh.
DSC_7356

Jangan pelik…Rayyan memang macam ni. Dia suka eksperimen benda baru…  Ni masa kat lobi. Oh ye… satu malam rasanya..RM175 je kot.

DSC_7358

INilah bilik dia… Katil besar muat 5 orang tido…satu malam je ..so amik sebilik je lah..tapi last sekali 4 orang tido bawah..I sorang tido atas hahaha sebab Rayyan terkencing sikit atas katil.. So semua pindah bawah. I takleh tido bawah sakit belakang nanti…tido lah sipi sipi.. Rayyan cakap sejuk sangat.

DSC_7359

Oklah… bilik ni best lah…bilik air dia besar. Oh ye tanda kiblat pun ada.

DSC_7361

Rupa hotel…tempat strategik semua dekat..semua walking distance.

DSC_7442

Breakfast kat hotel je…Semua halal… Insya Allah. Staff dah cakap halal,lepas tu, ada seorang guest hotel dari Pattani dia cakap jangan tisau, kat sini semua halal. Alhamdulillah semua halal.. memang takde yang mencurigakan. Lagipun mostly masakan dia banyak ikan dan udang.

DSC_7447

Makan  sampai kenyang sbb memang masa on the balik, tak nak berhenti mana-mana dah…tapi sebenarnya berhenti jugak, beli pulut mangga. Pulut mangga! pulut mangga!

DSC_7443Ruang makan dia.. I suka fish cake dia masak dengan salted vegie….. makan banyak..Alhamdulillah

 

Sabtu Yang Best

Dikala daku menulis coretan ini, daku baru saja habis jogging. huk huk huk penat wooo….

Hehehhee… Jumaat lepas my parents datang dari kampung sbb ibunda ada urusan kat kedutaaan singapore. Habis kerja kat situ, dia datanglah rumah tidur barang sehari.  Jumaat malam tu ramai lah adik beradik datang, makan-makan. Masak simple simple je. Ayam kurma, ikan rebus goreng, ulam dan budu, telur dadar dan peria goreng. Lauk tak menggambarkan sedap. Yang sedap adalahkeseronokan makan bersama keluarga. Diorang lepak sampai pukul 9 je kot, pastu balik tinggal my parents n adik lagi sorang tidur sini. Pagi esok tu keluar breakfast. Sesuatu yang jarang kami buat adalah keluar sarapan  kat luar pagi-pagi. Sarapan kat USJ17, at mamak. Punya syok makan, sampai lupa nak amik gambar. TQ suami belanja semua orang makan. Lepas sarapan tu, semua dah settle urusan, parents balik kampung, kiterang ke  SSTWO mall. Kan ada warehouse sale.  Yang kiterang kejarkan adalah Converse…ingat nak belikan untuk bebudak…. Bukan bebudak je, bapak budak, mak budak, dan budak pun beli kasut. Kheirul siap beli jeans lagi kat situ. Sebab harga jeans cuma RM100 untuk 2 helai. Dia cakap zaman sekarang mana nak dapat jeans 50hengget selai… Lepas habis kat converse Afriena plak…nak kasut sukan. Turun ke bawah plak cari  kasut sukan. Nasib baik ada yang murah-murah… pun kira main lambak sale… mau tak berpinar mata kasut suma 20-30 ringgit…

image

ni level bawah…. perghhh ramai nya… beratur..

image

beli kasut lambak lambak je…RM20-RM30 je..

 

 

Ashraff amik satu, Afriena amik satu. Pilih kasut sukan  untuk Afriena lah leceh…kaler tu tak nak …kaler ni tak nak… adehhhh… Ashraff jugak senang… Amik, try pakai, cari size dah bayar…. Rayyan tak beli apa-apa pun.. Sebab takde size dia. Takpe nanti kita ari ye …Rayyan tak kkisah asalkan perut dia kenyam (read: kenyang). Kalau lapar baru dia bising.

image

Ashraff tanya bila nak pi jogging ni…nak try kasut baru

 

Oklah tu…beli kasut-kasut…untuk sekolah, raya, kerja cukup lah…kalau beli masa takde sale ada banyak jugak habis…masa sale nilah kena beli sebabbanyak jimat kan… Hari tu ada jugak sale Charles & Keith… tapi tak pi pun sbb Kheirul buat tak nak nampak…lepas tu bila tanya ATM kat mana dia buat tak dengar je…sajer je kan tak nak kasi bini dia turun bawah tu….Tapi I kena muha sabah diri…sbb dah beli kasut dah sepasang, lepas tu  bulan lepas pun dah beli sepasang…. Beli kasut bebayanyak pun nak buat apa…bukan nye bekerja … pakai hujung minggu je kan…

Nak cari selipar lah plak sbb selipar koyak…mmmmm

image

jemnye jalan… ni semua GST punya pasal…semua beli barang bebanyak… Banyak supermarket penuh orang..

 

Balik rumah pukul 2 gitu…lepas solat terus Kheirul masak lunch…hehehehhe ala dia masak burger je