Makan Seafood di Jeram

Dah lama tak datang sini. 2  tahun mungkin? NI bukan plan ni..ni kira mengejut lah jugak. Memula keluar rumah nak ke pasar malam, tapi  tukar destinasi, ke Jeram makan seafood. Mula-mula macam berat hati lah nak ke situ, sbb masing-masing tak sihat. Ngan Ashraff yang tak habis lagi ngan muntah n berak dia, Afriena yang still sakit perut… ni muingkin dari masa camping kot and me yang period pain. Abuden, Papanya nak makan seafood  sesangat… ok lah ikut je lah..Makan seafood sapa tak nak kan….

Pergi tempat biasa kat Jeram… bukan Aroma Seafood tapi Medan Ikan Bakar Pantai Jeram. Aroma Seafood, pernah makan kat situ but we prefer Medan Ikan Bakar Jeram.  Sebab selalunya makan dia cepat sampai. Masa kat Aroma lambat, tak sesuai untuk kami yang ada anak yang jenis, kalau boleh dia letak buntut je.. mana makan ni, lambat nya tak samapi lagi…balik lah… hahahah Rayyan lah tu. Kiterang order tak banyak mana pun. Sekor ikan kerapa kecik , kerang sikit, ketam dua ekor,sotong 2 ekor dan sayur.

Dah lama tak datang sini,  rupanya lain dah service dia. lambat sikit.  Kena pergi follow up. Bila follow up, muka masam je… Kalau ikut hati yang tengah period pain ni memang orang tu akan nampak muka I yang #don’tmesswithme tapi I sabar. 20 minit selepas follow up akhirnya sampai jugak makanan dia tu pun sampai ikan, telur dan sayur.. diikuti kerang yang dah sejuk. Kan … kan … Sepatutnya kerang tu sampai dulu buat appetizer, sambil-sambil tunggu makanan lain, kalau kerang sampai dulu takdelah mata juling tgk dapur. Ok since makan dah sampai… kena suap Rayyan makan dulu. Rayyan semulut, mama semulut. Dia tak nak suap sendiri..malas tuh dia ni, dah lah tahun depan sekolah full day. Rasakan.

image

Ikan masak sweet sour. Rasa dia boleh tahan. Yang penting ikan dia fresh. Rayyan sukalah

image

Sayur dia so so je… Tak berapa sedap lah for me. Normally makan kat kedai siam Singgah D’ Klasik lagi sedap rasa dia.

image

Telur dia macam biasa je… nothing special tapi kena order telur sbb bebudak suka makan

image

Sotong goreng tepung. Memang sedap. perfect! Puas hati lah kalau makan. Berebut-rebut..Cicah plak dengan sos dia yang manis-manis

image

Kerang dia sedap. sedang elok je masak. Cuma yang suka, bila sampai ke meja dah sejuk. Tapi boleh lah. Cicah ngan sambal kicap dia.

image

Finally hero came last…Kalau orang kelate dia cakap ” Hero tok gadoh” maksudnya hero tak terburu-buru …  Ketam ni kuah dia boleh tahan tapi isi ketam tu yang sedap. Manis segar. Ambik 2 ekor yang besar. Ingatkan bebudak tak suka sekali sekecik  ni setengah ekor dia sorang. Mula-mula dia kata nak rasa… bila dah rasa dia cakap sedapnya… nak lagi mama… ni tak nak dah sambil tunjuk ikan… haih budak ni.  Afriena pun makan ketam gak…Tapi tak sebanyak Rayyan lah. Ashraff je senyap je makan. Dia tak sihat lagi kan… Ketam ni kiterang suruh masak Black Pepper. Not bad but I prefer yang masak cili. Kalau yang masak black pepper I suka my own version. Tapi apa-apa pun pinggan ketam tu licin. Alhamdulillah

Lepas makan, tunggu dorang solat dan terus pi klinik lagi sekali. Dah 2 kali ke klinik dah Ashraff ni. Kalau tak ok jugak kena masuk wad doktor kata. Oh ya jumlah makan hari tu adalah Rm129. Dah naik harga makan tu. Harga dia adalah termasuk GST.

Sekian

Nasi Kukus Ayam Goreng Rempah

assalamualaikum awak semua

Apa khabar semua? Susahnya nak update blog time-time cuti cam gini. Komputer ni jadi benda rebutan antara Rayyan n everybody. Komputer satu . Biasalah lah. Gadjet lain taknak, notebook pun tak nak pakai.

Ok lah… Nak share pasal makan nasi kukus ayam rempah. Kat area rumah ni ada jual. Sedap tp malam je lah. Sebungkus rm8 ayam besar , kuah gulai sedap tapi kena sabar lah sikit beratur panjang nak beli. Tapi yg nak citer ni yang makan kat sri serdang depan pasaraya BIG. Haaa yang ni pun sedap. Ni time tgh hari je. Dia ada jual nasi kerabu jugak. Tp since we had nasi kukus ayam rempah let me share it here. Sedap dan murah. 2 orang makan cuma rm10 je. Boleh try lagi ni. Simple menu for lunch

Bila nak bayar tu jangan terperanjat kalau tokey tu cakap RM16 ke RM20 ke, dia gurau selalu.. Orang kelate memang mesro sokmo.

image

Simple jekan… I share ngan Rayyan. Dia makan half, I makan half. Boleh repeat lagi ni makan nasi ni. Bungkus pun sedap

image

Pekena plak ngan ABC simple, pastu makan bawah pokok

brppp Alhamdulillah

Jalan-jalan ke KL Tower

image

kalau baring baru realll nampak kot

Hari Ahad hari tu…macam sunyi rumah. Ashraff n Afriena takde kat rumah, dorang camping hari. Tanpa di duga my cousin WA, cakap nak pergi KL Tower. Haaaa petang tu  pergi survey tempat dulu. Maklm lah tak pernah pergi sana untuk jenjalan kan. Rasanya macam  1 ke 2 kali pi makan kat atas tu. tu pun 10 tahun dulu. Tu kira macam naik teksi, sampai depan tu terus naik. Takde nak pusing-pusing amik gambar ke apa. Zaman  tu takde phone canggih bagai.

So lepas habis survey balik rumah lepak-lepak lepas maghrib baru kelar pi amik dorang kat hotel. dorang ni ni dari Singapore. datang shopping untuk kedai sempena nak raya ni.  Banyak tu shopping tu. Tergelak dorang bila I cakap kiterang tak pernah pi sana…hahahaha percayalah!!!!

image

Suami sepupu cakap… cepatlah… menggigil kaki tahan nak amik gambar…hahahaha

Rayyan rasa  pelik jap. Dia cakap panjang nye, sambil bukak tangan dia… Bukan panjang lah, tigginya…

image

gambar pengantin dengan anak lelaki yang sangat comel an banyak pot pet.. dia suruh cepat sbb dia lapar nak makan

Dia balas balik ala kenapa tinggi???? Gitulah gaya perbahasan dengan Rayyan

Setengah jam je kat situ amik-amik gambar pastu pi makan. Baru ku tau kat situ ada mini zoo…hehehehe. Tapi mahal macam nak masuk Zoo Negara. Sepatutlah kan pihak KL Tower set harga macam ni, untuk warganegara dengan My Kad, harga 30-50 peratus diskaun, manakala pelancong harga penuh. Sepatutnya untuk semua  tempatlah termasuk jugak dengan pengangkutan awam. Kalau kat setengah negara warganegara dapat 50% murah atau free…  ke dah ada kat potongan harga untuk warganegara.. Sebab Kheirul naik LRT dia kata takde :(

Correct me if I’m  wrong.