Jalan-jalan Raya ke 2

image

tengok Ashraff tu….. cepatnya dia membesar. Cuma perangai je macam bebudak lagi… baru darjah lima yeop

Raya kedua pi jalan-jalan… bunyi macam bagus kan tapi sebenarnya pi jalan shopping mall je. Time raya ni yang best bila drive atas jalan, rasa macam jalan sendiri je. Takde kereta yang banyak atas jalan… rumah ke Mid Vally 15 minute. Cari parking toing toing dah sampai. Sebab Raya pertama dok kerja makan rendang, ketupat, pulut, kuah kacang, kuih tart, semperit dan segala macam makanan, malam tu I sudah muntah-muntah lah…Itu perkara biasa. Dulu masa time sekolah sekolah… orang  berhari raya, I plak kerja muntah-muntah. Perut terkejut namanya. So Raya kedua kiterang ke BBQ Town. Dah tu budak suka makan, mak budak suka bapak budak lagi suka. heheheh. Kali ni ada lala plak and ice cream perasa Thai Tea. Sedap.

Dorang ni asal cakap nak keluar… laju je. Kali ni berenam sbb my brother buat masa ni menumpang teduh kat rumah I. Sebab baru tukar tempat kerja Melaka ke Bukit Jalil. So takde tempat tinggal, lagi pun ada lagi kurang sebulan dia nak menikah… ok lah kasi can.. heheheh

image

Rayyan cakap dia penat so… dia duduk atas tu… stroller ada kat kereta.. takpe ada dua lelaki perkasa dorang boleh dokong…nampak tak budak yang baring tu…. dah macam kat rumah dia plak

image

naper lah sibuk kat depan tv tu… orang nak amik gambar TV

Ok lepas makan-makan… jalan-jalan pusing AEON tu, saja tunggu waktu Zuhur. Masuk kawasan stationary…mmmm kena  pow ngan Rayyan. Dia sekarang ni dah pandai , pantang tengok pencil case.. mesti nak beli. Dalam beg sekolah dia ada 3 dah. Guna nya tak. Masa dia nak beli tu… I cakap tak boleh mahal… Kalau nak tanya papa… terus pi tanya papa dia, papa dia tanya, nak pencil case? terus tercebik-cenik nangis… dah kena beratur membayar. Kat AEON ni dari I kerja kat Boulevard sampai la ni… nak bayar je kena beratur  lama… apa dah.. Lepas solat, round lagi pi kedai roti pastu balik lah… lepak rumah rasa sangat best sebab dah kenyang. Malam pun tak terasa nak makan dah.

image

susah betul nak amik gambar 3 beradik ada jer dorang..

Raya 2015

Tahun ni tak balik raya kat kampung… again. Kali ni raya kat Paris. iyolah tu… Raya kat KL je tapi feeling macam kat Paris lah sebab sunyi, takde orang dan memang masak sendiri lah. Tak pasal-pasal plak I menceburi bidang buat ketupat. memang pass lah buat ketupat. First time ever buat ketupat daun palas. Kheirul ajar kejap je macam mana nak buat kelongsong palas lepas tu I ngan Afriena  buat lah. Dia pun pandai bungkus dan ikat daun palas tu.

Untuk raya …I masak rendang daging campur paru dan limpa which is, I tak makan sangat lah sebab I tak suka makan internal organ. Kesian kan, orang lain nak makan so kena lah buat. Tapi on raya ke 3 , I buat rendang ayam plak. Itu untuk me and kids lah sebab kiterang tak suka rasa paru and limpa. Paru ..I cuma makan yang goreng garing dan masak sambal je.

image

rendang campur…tengah nak tunggu pecah minyak… lama betul

image

ketupat palas- ketupat manis inti serunding… ha gitu… first time buat, nak beli daun palas pun I tak tau hahahah

image

gambar raya kiterang…. I pakai baju 2 tahun lepas. dress je. Nasib baik muat. Tak beli pun baju raya sbb frust tak balik kampung. Boys pun recycle je. Cuma beli baju jalan je. Yang beli Afriena jubah untuk raya.

image

ni bergambar family. Ni je family member belah husband. Kalau belah I… memang penuh rumah hehehehe. tengok Rayyan dia dah tukar baju. Tu pun puas pujuk suruh pakai baju kalau tak gambar raya cuma pakai seluar tak pakai baju

image

gambar sepupu dan yang tengah sebelah ashraff is dua pupu dia.

 

On pagi raya, pukul 5 lebih dah bangun sebab nak kena kemas rumah, panaskan lauk, kemas baju sebab nak berya kat rumah SIL since MIL ada kat sana. Nak kena cepat lah jugak sebab nak solat raya. Pukul 8 kot keluar rumah ..jalan lengan je. Sampai masjid besar Shah Alam  belum pukul 8.30 pun lagi dok tengok orang dok berderu mencari parking kat tepi jalan. Tapi kiterang masuk dalam, alhamdulillah ada parking. Keluar keter je rasa pelik sebab  dah baca khutbah. hahahah dah nak abis solat rupanya. Yang berderu t0adi masuk nak solat..berderu keluar plak…hahahha takpe kita ke masjid sek 7 plak. Sampai masjid sek 7… dengar tok imam cakap sami Allahuliman hamidan… hahahha memang terlepas solat raya lah… so terus ke rumah SIL.Kitaorang lepak kat sana sampai pukul 6.30 petang kot..

 

Family’s Photobook by FotoZZoom

Finally…. Photo book dah sampai. Cantik kan?

Tak sampai dua minggu , dah siap dan sampai depan rumah je.  FYI, 3 hari selepas buat photobook secara online, FotoZZoom akan hantar email untuk preview photo album kejap je. Senang je pun. Kalau you all order, bila dah ready for review, you all boleh je amend apa-apa… nak ubah gambar letak muka surat mana, nak buat cover photo untuk photo book pun boleh. Senang je. Once dah amend, terus click yes then FotoZZoom akan akan hantar email lagi sekali untuk confirmation. Dia suruh kita confirm  gambar yang kita amend tu ok ke tak. Kalau ok, click je kat Print order.  Oh ya.. order preview cuma available selama 48 jam je, Kalau takde apa-apa perubahan …kira confirm lah tu, so dia akan print photo album dan terus deliver kat kita. Senang je, tak payah nak pi kedai. Kalau nak buat kat tempat lain… I know mahal. Sebab pernah buat . Kos print pun dah RM200 lebih, tapi kat FotoZZoom ni berbaloi. Cepat, mudah dan berbaloi.

Let see our family’s photo book. Yang ni cuma RM163 termasuk GST ok dan shipping fee is FREE. Mana nak cari benda FREE sekarang oi… Dan yang lebih menarik sekarang ni ada promotions.

Check this out…. To know more, click the picture

fotozzoom

Photo Books, Photo Prints dan Framed Prints. Menarik…

DSC_7705

OK ni Photo Book kiterang.. Cover dia yang simple but lovely

DSC_7706

Gambar lama ni, tahun 2008 punya

DSC_7707

Gambar 2008 jugak… ni kira compilation lah

DSC_7709

Ni gambar 2010 dan 2011

Banyak lagi ada few more muka surat…tapi takkan nak show semua kan…. puas hati lah lawa kan? Ha you all nanti gambar raya tahun ni boleh buat macam ni, atau gambar kahwin ke, gambar baby baru ke kot kot nak buat milestone dari masa pregnant sampai bersalin…Gambar travel. I suka macam ni instead of digital picture .

Priceless moment…