1st day Taekwon-do Class

Last Sunday, bebubadak kena bangun pagi. Ashraff was so excited. Afriena dok merengek ngantuk. Diakan kaki tidur. Lagi tak kul 10 takde de dia nak bangun. Bangun mandi and breakfast dalam kereta. Terus pergi ke kelas Taekwon-Do. Hari ni takde class cuma hari intro jer. Sbb ada grading so kasi dorang tengok dulu.

Ashraff yang excited……

Tengok abang-abang dok warm up. FYI budak berdua nih the youngest kat situ

Afriena yang tak excited sebab katanya takde girl….

WE was there for an hour… pastu balik la. Then Ashraff siap cakapa… tomorow school 5 x then no school then Taekwon-do. Then on Monday dia citer lagi pasal TKD. dia ckap “Last nite Ashraff slept, Ashraff saw Taelwon-Do in sleep” . I blurr kejap then oooh that’s what we call dream. Rupanya dia mimpi pasal Taekwon-do.

p/S: Suamiku, boleh tak mama masuk TKD balik? Nak amik blackbelt.Walaupun papa cakap ok tapi most likely mcm tak ok sebab jawapan pendek jer.. bukan mcm slalu ada huraian dia.

Bini suka berleter???

Entry untuk si suami….Adakah bini anda suka membebel atau berleter???  Mesti sakit telinga kalau bini dok berleterkan… I tak tau I ni golongan yang suka berleter ke tak tapi yang I perasan kalau I marah most of the time I diam jer. So husband akan taulah tu… kalau diam tengah marah latu. Bukan diam maknanya setuju kata orang tua.

Okaylah ni saja nak share tips nak elakkan dari bini anda semua berleter… I baca dalam berita harian. so sumbernya adalah dari berita harian.

7 Tip elak leteran isteri

1. Pendekatan diplomatik
Andai isteri sedang berleter, anda guna pendekatan diplomatik untuk tidak menghangatkan lagi emosi si dia.

2. Beri penjelasan
Berdiam diri bukanlah penyelesaian terbaik bagi mengurangkan leteran isteri. Sebaliknya adalah lebih baik anda berterus terang dan memberikan penjelasan yang boleh menyenangkan hati isteri.

3. Jangan main api
Apabila isteri sudah berleter, anda pula janganlah membakar perasaannya untuk berkeras dan bergaduh. Gunakan pendekatan terbaik memperbaiki komunikasi dan menjaga hatinya.

4. Renung diri
Memang lelaki kuat egonya. Namun, tidak salah mengurangkan rasa ego dengan menilai kembali sikap diri sendiri. Anda mungkin bersikap pemalas dan tidak mengambil berat hingga menjadi punca isteri berleter.

5. Bantu isteri
Tidak jatuh standard dan maruah anda sebagai lelaki jika saling membantu isteri menguruskan rumah tangga. Jika Isnin hingga Jumaat isteri yang memasak, apa kata hujung minggu anda pula ke dapur?

6. Duduk berbincang
Kurang komunikasi antara sebab mengapa masalah berleter menjadi semakin genting. Rasanya, mungkin ada baiknya jika suami isteri duduk berbincang antara empat mata bagi menyelidik masalah sebenar yang dihadapi.

7. Hangatkan kembali hubungan
Suami menyedari ‘sindrom’ berleter hampir tidak berlaku ketika awal percintaan, namun tahukah lelaki mengapa wanita membebel? Jawapannya ialah suami sudah kurang memberi perhatian dan terhakis sifat gentlemen.

Sumber: Berita Harian