Ikan Keli Goreng pun ada resepi ye

DSC_5911

 

Ini adalah lauk favourite anak-anak. Senang anak saya kan. Makan ikan keli goreng je. Bila dorang tanya…mama what’s for berbuka?

I cakap ..Ikan keli goreng.. bersorak dalam kereta. Ikan keli kena goreng garing. Dorang fav ikan keli yang I ni tak suka menggoreng ikan keli. Takde resepi istimewa pun goreng ikan keli ni.. Tapi yang penting cuci bersih. Selalu I rendam dengan asam limau tak pun cuka. Kasi semua lendir keluar.

Resepi Ikan Keli Goreng

Bahan-bahan

  • 4 ekor ikan keli
  • 3 sudu serbuk kunyit atau kunyit hidup yang ditumbuk
  • 2 sudu kecik garam
  • 1 sudu kecil bawang putih yang dah ditumbuk – I guna garlic press IKEA je

Cara

  • Gaul rata dengan ikan keli
  • Perap untuk 2-3 jam
  • dekat nak makan goreng garing

Dapatlah sekor sorang, I dgn Rayyan share sbb kiterang ada lauk lain. Ni masakan hari pertama puasa. I follow menu planner yang I publish tu. Masak Kari kepala ikan. Yang ni resepi lain sbb resepi ni belajar ngan adik ipar.Kari orang melaka lain sikit. Selalu I masak kari Ikan jarang guna santan. Kali ni guna santan. Nanti I update ye

 

Rayyan puasa tak?

Rayyan puasa tak? Hehehe iyolah tu puasa. Bangun pagi je cakap nak makan…nak cereal dgn susu. Lepak sejam dua dah mintak nasi. Nasi kicap telur. Kalau tak nasi..nak roti, cheese, telur. Itulah Rayyan. Lepas makan, makan. Air nak sirap je. Air kosong kurang. Jadi terpaksa buat sirap cair asal nampak kaler. Kalau nak dia minum air kosong kena kasi air zam zam. Jangan tipu te sebab dia tau kalau tu bukan air zam zam.

selalu time buka, dia dah standby kat meja. Dia dah start makan dah Walaupun org belum buka. i bajet, nanti senang nak makan kalau dia dah kenyang, rupanya tidak. Orang dah habis makan dia dok makan lagi. Potion nasi dia , adalah sebanyak 3 senduk nasi bersamaan potion papa dia. Kalau ikan keli goreng, separuh tu dia punya.makan banyak, tapi badan dia steady je, takde gemuk maybe sbb dia aktif macam gambar kat bawah ni kot. Ni lepas makan …kenyang dia cakap nak tidur kat atas tu.

s d a

 

cute lah tu konon

Afriena dan Ashraff plak, puasa dorang nampak berjalan lancar. Ashraff ada cakap lah haus, tapi I suruh tahan. Biasalah kalau balik sekolahkan. Dia dah 9tahun, kenalah tahan. Ashraff dgn Afriena beza sikit. Ashraff balik sekolah terus buat homework sbb dia nak pergi Terawih. Afriena tak sebab dia akan buat homework malam. Lepas terawih, dorang tido. TV dapat sejam je, petang tu pun kalau tak berebut dengan Rayyan. Bab sahur plak sgt senang kejut compare dgn papa dia. Tu memang biasa. 3 hari sahur, 3 hari dorang makan cheese sandwich, cereal dgn susu. Nasib baik anak anak adalah sgt senang. Tak payah masak nasi lauk bagai.

f

 

To do list Ashraff. Sekolah yang sediakan.

anyway, hari ni hari jumaat, maka hari ni Insya’ Allah dapatlah join Terawih.Oh ya nanti I akan pos resepi mana tahu boleh memberi idea atau ilham memasak you all untuk berbuka. Konsep menu tahun ni mestilah healthy. Kata nak kuruskan!

Smoothies dan sandwich untuk sahur

You all sahur apa tadi? Mesti sedap sedap kan. Kiterang simple je.  Smoothies, sandwich dan cereal for kids.Smoothies dah siap buat malam tu sebelum tido. I buat 2 layer. Bawah mango + orange dan atasnya mango+ strawberry. Sat ye resepi menyusul kat bawah. Bangun sahur tadi bebudak senang je bangun. Lepas habis sahur dorang mandi tunggu subuh . Si Afriena lepas subuh , sambung tido and Ashraff plak main game. Kiterang  sahur pukul 5. I kan mak so awal sikit sebab buat sandwich untuk diri sendiri. Sandwich telur dan cheese. Tu pun share dengan bebudak. Then telan oatmeal smoothies , minum 2 gelas air, 1 kurma dan 2 biji pil (folic acid + probiotic). Oh air zam-zam sikit. Semoga puasa dipermudahkan untuk kita semua dan mendapat rahmat dari Nya

sohoor

Yang kheirul plak dia kata, dia nak masak sandwich sendiri. hehehe senang kerja cuma I tak berapa yakin kalau dia cakap camtu takut dia masak sambil tido. hahaha. Tapi dia bangun gak . Rupanya dia goreng telur makan dgn roti. I tau kenapa dia nak masak sendiri sebab saja nak masak guna tefal baru la tuh. Memang best tefal baru tu :)

photo

Resepi 2 layered oatmeal smoothies

INGEREDIENT

1st layer

  • 1/2 cup mango
  • 1/2 cup orange
  • 1/2 milk (low fat or full cream)
  • 1 tbs oat
  • 1tbs honey

2nd layer

  • 1/2 cup mango
  • 1/2 cup frozen strawberry
  • 1/2 milk (low fat or full cream)
  • 1 tbs oat
  • 1tbs honey

METHOD

  • blend untuk 1st ayer dan tuang dalam gelas.
  • Cuci bekas blender, then blend utk 2nd layer
  • bila siap tuang perlahan-lahan kedalam gelas yang dah dituang dengan 1st layer
  • simpan dalam peti sejuk untuk santapan sahur

Buat smoothies sebelum tidur senang, nanti bangun sahur agak-agak malas nak masak, Amik je straw then sedut then telan. Lepas minum air bebanyak. tadaa siap. Nanti nak try kurma+ susu+ oatmeal+madu smoothies plak :). Kalau nak resepi Mango smoothies, click je SINI

Selamat berpuasa semua.