Lama tak pergi Pasar

Memang lama tak pergi pasar. Semenjak barang kat pasar mahal takde beza beli kat pasar tadi or pasar malam. Tapi Sabtu lepas merasa lah pergi pasar. Mula-mula tu ke Pasar Tani je konon nak cari ikan dan sayur, tapi sebab dah sampai pukul 10 kat Pasar Tani, Ikan pun dah lembik. Tu yang ke Pasar Borong tu. Pagi tu sebenarnya, pukul 7 dah start masak untuk order lasagna. Ada order hari tu. kena masak dulu. Lepas masak simpan dan warmer, sbb nak hantar.

image

Keluar rumah pi cuci kereta dulu sebab ada appointment pukul 9.30, jadi gunalah yang sepatutnya. Pukul 10 lebih sampai pasar tani, merasalah makan mi sup, while husband makan nasi tomato and bebudak makan kuih. Ok lah not bad, tapi tak beli apa pun kat pasar sebab barang nampak dah layu.

image

tengah cuci kereta. Ashraff layan Rayyan. sesuatu yang jarang berlaku

Terus ke pasar. Ingat nak masuk sekali, tapi Rayyan tak nak dia kata dirty. Siap mintak stroller.Kalau tak kasi stroller dia nak carry. Banyaklah cantik, maka suami je pergi beli ikan. 15 minit dah siap, so my turn plak beli sayur, buah dan bawang. Mungkin cuaca panasa kot, sayur banyak nampak layu dan ada yang nak kering dah.Sebenarnya, saya tak suka sangat beli sayur kat pasar, lagi suka beli kat pasar malam sbb nampak lagi segar dan menarik.  Tapi ahad ada hal so beli je kat pasar. Ambik few sayur, pastu beli bawang dan beli buah fav bebudak. Buah pisang dan tembikai.

image

Ajar Ashraff cara pilih bawang yang elok. Shiny and rosy look!

Lepas beli teruslah balik rumah … panas kat luar.

Mental Issue

Alhamdulillah…kaki yang bengkak dah ok dah. Itulah sapa suruh mental ingat masih muda lagi ke? Sekarang kelas taekwodo untuk senior dah diasingkan dari junior, maka tahap kekejaman dia jugak bertambah. Minggu sebelum ni kicking techinic, minggu lepas light free sparing.  15 tahun tak sparring rasa macam muda balik. Saya lupa saya dah 35 tahun, dah anak 3 , ada sakit belakang. So dalam kelincahan sparring, kaki licin lalu terjatuh. Masa terjatuh, kaki kiri terlipat, Masa jatuh tak sakit, siap gelak-gelak lagi. Lepas tu sambung sparring ngan budak-budak plak. Sparring ngan bebudak ni menakutkan tau, sbb dorang takleh control kick, samada kuat atau slow, kena block lah, dan yang paling takut kalau saya ter pukul kuat anak orang hahaha… ..So masa sparring ada sorang tepijak kaki saya plak..double sakit laa. Masa tu tak sakit lagi, bila balik rumah pakai platform tu yang sakit tu. Ngadu kat suami tak di layan, lagi dia gelak sbb dia cakap…tu lah gelak lagi kat abang smalam. Ye lah semalam dia balik training, sakit kaki..I gelak. Serious , saya lupa bila saya gelak..mungkinkah semasa tido???

Hari ni…dah ok, tak terhencot-hencot dah …Alhamdulillah Allah beri kesembuhan. Saya bungkus kaki ketat-ketat dengan ais…2 kali sehari.  Oh ya hasil pergi kelas taekwando, badan rasa ringan tapi taklah kurus macam dulu. Cuma rasa kuat, takde rasa penat bila bangun tido, kurang rasa lapar, tapi kalau orang hidang  makan jugak kan???? Itu semua mental management ….

Cerita pasal mental, semalam yang keluar berita pasal maid yang kelar 2 budak. Ya Allah ..apa lah yang difikirkan masa tu kan? Tak de ke rasa sedikit, sayang ,kasihan, takut tuhan masa tu? Mungkin maid ni ada masalah mental kot.  PIhak berkuasa nampaknya tak leh amik ringan pasal kesihatan mental pembantu rumah. Dulu saya pun ada maid, baik ok dengan budak, kalau ada yang sakit hati, I just closed one eye..ye lah dah masuk tahun ke-4 dia, mana dengan malas dia, dengan asyik cuti, dengan asyik bergayut… tapi dia pun manusia biasa gak. Masa tu tak ditetapkan maid bercuti tapi kiterang kasi cuti  1 hari sebulan. Ala sebenarnya tak cuti pun dia macam bercuti gak, selalu lepak ngan maid-maid kat area rumah … So every year, maid akan pergi pemeriksaan kesihatan, agent yang uruskan, know what… kita dah bayar untuk medical check up kan… memang after a day, balik from agent, dapat surat klinik kata check up ok semua, tapi bila kita sembang ngan maid, tanya ada amik darah jumpa doktor ke, pergi klinik ke, dia kata takde pun….huh gotcha, memang agent tak guna lah… duit amik tapi buat fake report. Kena hati-hati dengan agent ni semua. Kalau physical medical check up dorang boleh main-main, ini kan pula mental ?

ANW, takziah untuk famili yang kehilangan anak… Sedih bila dengar dan baca berita. Sedih bila bayangkan kesakitan dan penderitaan anak-anak kecil.  It always remid me.. It’s good to be a full time mom. Stay at home, jaga anak je.