Pengantin Baru

10455095_786403704727061_7780345813996321812_n

Selamat Pengantin Faiz n Nurul. Baru je kahwin last month baru sempat nak update. Majlis buat kecik-kecik, tapi kecik-kecik pun banyak jugak RM keluar. Best thing about kenduri is, dapat jumpa sedara mara , berkumpul, bergurau and masak and off course makan. Kali ni kenduri kat kampung buat gotong royong. I cuma masak untuk breakfast untuk orang buat kerja, but yang kenduri we leave to the expert. Kalau kat kelantan, kenduri mesti ada gulai kawah, ayam masak merah, itu yang pasti. Tambahan menu kali ni ada teresek jantung dan kacang, sambal ikan bilis kacang – yang ni yang famous punya lah, my mom punya. Normally orang tempah utk kenduri but now dia dah tak amik order. Dia cakap penat nak berdiri goreng itu ini. Lagi ada acar mentah, bubur kacang, ayam kurma and buah campur. Ada nenas, tembikai, honeydew dan mangga. Ini kiterang adik beradik incharge. Selalu ada  tembikai je kan, tapi kiterang nak lain sikit sbb masa kenduri hari tu, buah-buah adalah kira murah harganya.

Anw, Memang suka tengok orang datang makan. Makan je jangan kasi duit, itu yang mak cakap, tapi kalau nak kasi nak buat macam mana. hahahah. Thanks to mok ngoh yang jadi tukang masak, Mak Cu yang happening, takde dia tak meriah majlis . I like her sbb dia suka buat bising hahaha… moklong, moksu and jiran-jiran, sepupu, paksepupu mak sepupu , sedara mara dekat jauh datang buat kerja. You guys awesome!!

Eh eh tak lupa adik badik yang lain , suami isteri yang mebantu. See kenduri ala gotong royong ni lagi bagus impact dia dari amik catering.

ANW, to Nurul, selamat datang ke family kiterang. Don’t worry you kakak ipar tak garang. we all gila gila remaja lagi.  And Faiz be a good husband.

Picnic n BBQ @Kemensah

Sabtu pepagi, anak-anak dah sangat excited. Excited sebab nak pergi piknik n BBQ. Actually kengkawan Kheirul organised family day, dorang buat piknik, BBQ and sleepover kat Air Terjun Kemensah. Budak ni dengar waterfall, stream , river excited lah.  Yang paling excited Rayyan lah, dari rumah lagi pakai swimming suit. Adehh boleh lagu tu?

Since semua dah disediakan oleh tukang masak terkenal Mr Malloy and family, makan kita bawak badan je lah. Ada jugak yang bawak potato salad, tit bits , cake n kiterang bawak jelly je. Sampai je, jenjalan dalam kawasan sbb chalet tak siap lagi. Kat sini noleh booking satu kawasan. Kira privacy lah sikit. Keperluan asa cukup lah. Tak payah  nak risau…sbb surau yang besar ada, toilet ada tempat BBQ pun ada. Kiterang tak bermalam sebab masing masing ada hal esoknya. Ahad biasalah… me n kids ada kelas taekwondo.Rugi kalau ponteng sbb time ni lah peluh jantan, peluh pondan, peluh betina semua keluar.

 

image

Air dia sebenarnya jernih, tapi berkeladak…. bebudak main kat kolam atas cetek sikit

 

image

Rupa chalet dia

Bebudak suka lah sangat. Dorang tak nak balik. Ye lah dah jumpa kengkawan . Dah kenal lah memasing sbb dah selalu jumpa. Bila dah habis mandi dorang lepak main tepi sungai lagi. Bagus plak tengok bebudak berkawan, Makan sesama, Main sesama, mandi sungai sama and solat pun sama. Well done kids!

image

Dorang main tepi tepi je

 

Masa ni Ashraff tak turun lagi baru dok tukar baju. Dia terjun je, terus berenang ala ala nak show off. Semua budak wahh dia boleh berenang lah… Memang ada sedikit nak menunjuk-nunjuk. Bukan tu je, Dia ajak mama dia lumba. Eh eh sapa yang ajar berenang nih? So far race ngan dia I lah memang cuma dah nampak kelajuan dia untuk berenang tu. Afriena belum apa apa lagi dah nangis sbb takut nak masuk dalam air. dalam katanya. Rayyan rileks je… siap selam selam lagi padahal kaki tak sampai. Habis mandi manda, before maghrib, makan plak. Ada BBQ ayam n kambing. Mau tak nak makan kan…. Kena plak dgn nasi goreng, potato salad pastu cake plak. Mmmmm berapa lah kalori masuk dalam badan ni. Lepas tu solat , lepas tu sambung makan n lepak. Bebudak plak main-main kat tepi sungai, lepas tu dorang bakar ayam. Ni I tak sempat tengok habil pembakaran ayam dorang, masak ke tak ke jadi arang. Suka tengok dorang merasa simple life ala ala kampung. Afriena cakap tak nak balik nak duduk sini je. Ye lah rumah kayu gitu, boleh jalan merayap malam-malam, masak bbq , mandi sungai, budak mana tak suka kan?

We will repeat again… Insya’ Allah. Kena rancang elok-elok supaya boleh sleepover.

Hatyai-Pattani-Narathiwatt-Kota Bharu

Hari last kat Hatyai, lepas breakfast kiterang lepak dalam bilik sambil tunggu MIL mengurut. Ada room service. Syok kan? Since I dah menugurut hari tu so malas lah nak urut lagi. nak lepak je sambil makan makan. Settle semua pukul 12.30 kiterang lepak bawak, check out pastu baru bertolak. Dalam pukul 1 gak lah. Pergi isi minyak kereta dulu, pastu baru gerak. Dari hatyai masuk Pattani sejam je. Bila masuk Pattani…wow best nya, sepanjang jalan boleh nampak pantai.

jeng jeng… nak masuk Pattani

nampak tak pantai dia…. bebudak mintak nak berhenti. Dorang ni memang takleh tengok laut

nak masuk Narathiwat

Please noted that, sebelum kami masuk ke daerah panas ni, dah banyak kajian dan soalan yang kami buat. Masa kat Phuket jumpa orang Pattani, tanya dorang selamat tak nak lalu Pattani, Nara and Golok semua… Diorang kata selamat. Diorang cakap, diorang tak kacau orang luar and dia cakap lagi, bukannya dorang bom jalan pun. Sepanjang jalan susah nak tengok kereta atas jalan..tak banyak lah…. Orang Pattani mostly boleh cakap melayu Kelantan… Itu yang buat rasa selamat. Ambo bulih kecek kelate key. Kat Narathiwatt, bahasa melayu masih diguna pakai, dan tulisan nya adalah tulisan jawi. Selama tiga jam kat situ, kitang tak berhenti pun cuma berhenti kat masjid  untuk guna toilet je. Satu lagi pesanan, Kat Narathiwat takde stesen minyak, jadi sebelum masuk sini sila isi minyak pepenuh, melainkan nak isi minyak botol yang dorang seludup dari Kelantan. Tapi yang bagusnya, jalan dia lurus je, takde tol dan yang pasti takde lubang lubang macam kat KL atau mana-mana jalan yang pernah saya lalu.

Berhenti kat sini

tak jadi masuk sini

Lepas settle tunaikan hajat, teruskan perjalanan.Memula tu nak lalu Takbai naik boat terus ke Pengkalan kubur, tapi kena tambah sejam lah sebab tak yakin dengan boat dia. Kereta kiterang ni kira rendahlah so nak naik boat dia macam susah. Bukan kata boat , certain carpark pun tak lepas.So lalu Golok. Suasana dia macam kat Kelantan jer. Sepanjang perjalanan dari Pattani-Narathiwat -Golok, memang banyak check point. Kalau kat Nara tu every 1km kot check point. And finally masuk Golok.

nampak tak??? dah nak sampai Malaysia

hujan lebat masa ni

Dah masuk Golok lalu imegesen, settle semua sampailah kiterang di Rantau Panjang. Alhamdulillah. Urusan nak keluar senang. Lagi senang dari Bukit Kayu Hitam dan urusan dia memang cepat. Sampai je Rantau Panjang, kiterang berhenti makan kat sebelah masjid Beijing. Ingat nak solat situ je tapi hujan lebat nak turun kereta tak boleh, maka cari masjid kat depan-deoan sana. Wahhh sampai rumah pukul 6.30 petang .

Alhamdulillah