Cucur ikan bilis dengan Kopi O’

image image

BAngun pagi sejuk-sejuk, anak-anak pi sekolah, tak tahu nak masak sarapan…terus capai je apa kat dapur. Buat cucur makan lah sengsorang. Pastu bila Rayyan bangun dia pun makan sama. Sempoi je sarapan macam ni.  Ni masa bebudak semua gi sekolah lah. Tapi kalau dorang kat rumah, kalau berkesempatan  masak breakfast, memang I masak  heavy lah. Selalu Sabtu pagi mesti ada hal je kan, Ahad sah sah kat kelas taekwondo. memang I tak makan heavy lah. Just roti sekeping. Bukan apa kang terkeluar balik kalau dah dok melompat lompat kan.

image

Buat Nasi lemak, sambal paru. Masak sendiri puas hati. Cukup rasa and no MSG.  Masak simple macam ni pun laku. Afriena makan bertambah lah. Rayyan nasi lemak ngan telur pastu nak kicap… adehhh apa puna version. Ashraff taknak nasi lemak , tapi makan cereal, Afriena tambah dua kali siap ngan sambal. Kiterang ? tambah lah makan kan. Pastu memang tak makan lunch lah. Cuma bebudak, I panaskan spaghetti untuk dorang makan. Sempoi lah hari makan-makan 16 Sept.

Dah lama tak jogging

Ini lah kisahnya…dah lama kiterang tak jogging. Since jumaat lagi bebudak ni kecoh nak jogging. Yang papanya plak malas kan. Tapi biasalah…cair jugak hati  papa. LEpas subuh, bebudak tak tidur balik dorang tunggu kat hall sambil tengok cartoon. Nak tunggu pukul 7.30 pagi baru keluar. Gigih betul. And finally, dapatlah dorang jogging. First pergi tasik perdana…tapi tutup sebab ada Larian tah apa entah tak tahu, then ke Tasik Titiwangsa. Now baru I tau apa maksud jogging dorang. Playground yang luas.  Kesitu yang dorang nak rupanya. Papa n Mama merasa lah jogging sesikit. Ok lah kasi keluar peluh.

Meh layan gambar

image

Work out sambil jaga anak. Papa yang terbaik hehehe. Oran lain semua pakai kasut jogging. Rayyan je tak nak. Dia memang, kalau kasut tu…kasut tu je lah dia pandang. Dia takkan pakai kasut lain. Itu memang perangai dia. Selagi kasut tu tak ketat. Selipar pun sama.

image

Dah pandai main swing. Dia suruh tolak kasi tinggi. Dah tak takut dah. Afriena mana eh? Ohhh dia ngan papanya … Dia kan anak perempuan . Kenalah ngangada ngan papa

image

Penat kan bang dukung Rayyan. Kurus tapi berat.  Afriena nak bergayut jap.

image

Bergayut….

image

Patutlah nak sangat jogging… happy dorang

image

weeeeeeeeeeee…. setiap kali turun slide, dia cakap weeeeeeeee

Habis jogging, kiterang singgah kedai n terus balik rumah. Lunch kat rumah je.

 

September 11 – Our 11th Wedding Aniversary

Alhamdulillah dah 11 tahun kami mendirikan rumah tangga. Macam biasalah buat catatan kat sini supaya ada kenangan. Ingatkan hari ni nak keluar lunch sama, tapi kereta kat bengkel lagi. Takpe …kita dinner kat rumah je lah. Sorry tak boleh nak share gambar kahwin, tapi kad kahwin boleh share

image

Ada lagi tersimpan elok kad kahwin kiterang.  Simple je…

image

Ni isi dalam kad tu. Sempoi tak? Masa tu rasanya harga sekeping kad ni RM1 kot .. ke 50 sen. Lupa lah sebab yang bayar si auami. Kiterang buang kad sama pesen. Persiapan kahwin plak, sama-sama buat sambil dibantu oleh ipar duai dan my sisters. Thanks to them.  Bunga pahar plak suami yang buat. Buat bunga dip kaler purple for my side, while his side, kiterang beli bunga siap, tapi gubah sendiri kat rumah. Most of the barang beli satu-satu pastu cantumkan, jadi bunga. Dia lah yang celup pastu cantum. Kagum nengok. Sebab nak beli siap mahal. So pergi survey kat kedai then , cari barang buat sendiri.

Semoga perkahwinan kami sentiasa diberkati Allah dan bahagia hingga ke Syurga. Ameen