Category Archives: Speak Out

Tinggal Anak Atas Motor

Bagi saya ini adalah kejadian yang pelik tapi selalu berlaku. Boleh dikatakan setiap hari, saya nampak seorang bapa tinggalkan anak atas motor. Apa nak jadi?

Minggu lalu, saya ternampak seorang budak yang umurnya lebih kurang 3 tahun naik motor dengan bapanya. Sampai je kat kedai, dengan selamba badaknye bapa budak tu tinggalkan anak di atas motor yang tak dimatikan enjin. Takde ke sedetik pun rasa bimbang kat keselamatan si kecil itu? tak terfikir ke kemungkinan akan berlaku. Apa akan jadi kalau tiba-tiba, anak kecil tuh turun dari motor lalu terjatuh, atau apa akan jadi kalau dilanggar lori atau kereta dan yang paling tak nak kita lihat, kalau motor yang tidak dimatikan enjin itu dilarikan orang lain bersama si kecil itu??

Nasihat saya sentiasalah memikirkan keselamatan anak bukan fikir nak cepat je.

Sesal dahulu pedapatan, sesal kemuadian tiada guna.

Ragut Membawa Maut

Tadi ada baca cerita pasal kes ragut. Kesian perempuan mengandung kena ragut atas motor, then dia jatuh motor kena langgar pulak dengan kereta.Kesian betul kat dia.tapi bila baca macam mana kena ragut, saya terfikir, patutlah kena ragut.

Setiap hari saya naik motor pergi kerja, saya perhatikan ramai penunggang/pembonceng wanita suka membawa beg tangan dengan kepit celah ketiak ataupun just letak dalam raga motor. Bahaya sebenarnya!

Sepatutnya, wanita yang naik motor dinasihatkan letak handbag dalam jaket. sentiasalah pakai jaket. kalau bawak beg besar cuba sembunyikan… peragut ni semua mana tau beg ada pa, so diorang main ragut jer.Ragut dari atas motor lagi membahaya sebab boleh buat penunggang jatuh motor

Akhir sekali… sentiasalah berjaga-jaga

Jahat ke Mat Rempit??

Jahat ke Mat rempit…. bila dengar orang citer pasal Mat Rempit, automatically kita terbayang kan kejahatan dorang. Kadang-kadang I tak puas hati bila orang labelkan yang mat rempit ni jahat. Sebenarnye, Mat Rempit tak semuanya jahat. mungkin sebilangan nye sahaja yang bersikap ganas dan jahat.
Ye memang betul dorang suka melakukan perkara yang tak berapa disukai orang lain.
Contoh bawak motosikal secara merbahaya dan membahayakan keselamatan pengguna jalanraya yang lain, tapi pernah tak kite terfikir yang masalah utama mereka ini adalah kurangnya tempat yang sesuai untuk diorang tunjuk skill diorang seperti trak lumba yang sesuai. Memang tidak dinafikan ada trak… tetapi bayarannya adalah terlampau mahal. Sekali pergi boleh la , berkali-kali mana nak kaup duit. Sebab tu lah dorang suka buat kat atas jalan raya.
Ada orang kata Mat rempit samseng… memang betul tapi tahu tak kenapa jadi macam tuh?? sebab dorang tak di respect… bagi yang tak pernah naik motor memang takkan rasa perasaan tuh…especially kalau orang bawak kereta mewah. Asyik hon je dorang.. tu yang hangin tuh… kekadang kereta kita kena hentak ke sepak ke, mesti bersebab tuh,mungkin kita himpit jalan dorang ke, apa ke…
So jangan asyik labelkan Mat Rempit tu jahat.
Sebagai individu yang pernah lepak dengan Mat and Minah rempit, I tak nampak pun yang dorang ni jahat. Sebenarnye dorang ni baik, semangat persahabatan dorang kuat kalau nak compare dengan orang atasan. Susah sama tolong senang sama rasa. Geng rempit nih, kalau kena gaya memang dorang baik, hormat orang tua…So, nasihat saya jangan la tengok dorang bawak motor kecik tayar sotong, terus label mat rempit, dah lah label mat rempit, kita boleh cakap dorang samseng plak. Macam kat TV semua tuh, buat citer pasal mat rempit, banyak tunjuk yang hitam jer, cuba la berdampingan dengan dorang, jalani hidup seperti dorang. Jangan labelkan dorang jahat, berilah mereka peluang.
Pendapat saya:

untuk mengurangkan mat rempit merempit atas jalan, saya berpendapat buat trek free entry dan sewa murah untuk gear so that dorang boleh tunjuk skill. Secondly espect each other.

NOTE:hormat orang lain kalau nak orang hormat kita.

motor1

Ni dia mat rempit yang sebenarnya… Hampir kesemua mat-mat motor besor ni semua pernah merempit…
Nasik Tambah Skit dari Kyoll: Jom kita bincang topik panas ni……. Kepada Mat-mat rempit diluar sana jangan malu untuk memberi komen anda….. Marilah kita membersihkan nama BIKERS kita….