Category Archives: Vegie & Salad

Shredded Cabbage Salad

Kadang-kadang atau mungkin kerap terasa malas nak masak yang jenis dok lama kat dapur.  Yelah mana nak layan anak, mana nak layan kerja lain  boring gak lepak kat dapur. So masak mana yang sempat je. Hari tuh nak masak sayur tapi malas nak amik kuali, tumis-tumis dan cuci kuali ..heheh malas terlampau nih. So decided to make Shredded Cabbage Salad . Ala yang macam selalu kita makan kat restoran jepun tuh. Tapi dorang pakai mayonnis jepun yang berkrim tuh. Kat rumah ni takde mayonis jepun  yang ada mayonis biasa dan thousand island. So pakai thousand island je.  Sedap gak salad ni, makan dengan nasi pastu buat lauk simple. Rayyan suka plak salad macam ni.

Resepi Shredded Cabbage Salad

INGREDIENT

  • semangkuk kobis yang telah dihiris nipis (kalau ada shredder dia lagi bagus)
  • 1/2 lobak merah iris nipis
  • 1/2 bawang besar hiris nipis
  • 1 sudu madu
  • 1 sudu cuka epal
  • 1 sudu kecil minyak zaitun/sunflower/kelapa sawit pun boleh
  • garam dan lada hitam secukup rasa
  • thaousand island secukup nye

METHOD

  • cuka, madu dan minyak dikacau sebati (goncang dalam botol lagi bagus) dan rasakan garam dan lada hitam
  • Satukan sayur yang telah di potong halus – sejukkan dalam peti sejuk
  • Bila sedia untuk dihidangkan, gaulkan sayur dengan bahan yang telah dikacau tadi (madu, cuka, minyak)
  • letak thousand island di atas sayuran.

Next time nak buat, ingat nak letak purple cabbage plak…makan dengan nasi pastu pekena plak dengan Negimaki, sure terangkat

Teresek Jantung Pisang

Ingat tak hari tu dalam MasterChef Malaysia ada jantung pisang, ada umbut ada rebung? Dalam 3 bahan tukan, I paling suka umbut kelapa dan jantung pisang. Kalau umbut kelapa, time kenduri kahwin orang buat masak dalam gulai kawah. perghh sedap giler. Sapa yang pernah makan memang tau la rasa macam mana. Kecik-kecik dulu pernah ga makan umbut kelapa kosong cam tu..sedap gak rasa refresh and lemak sikit. Jantung pisang pulak… sedap nya. Kalau my mum, jantung pisang selalu dia buat gulai darat tak pun teresek. Teresek ni selalunya time kenduri orang buat. I told Kheirul, masa our wedding kat rumah dia, one of the menu ada teresek jantung. Ingatkan dia dah lupa rupanya masih ingat.

Ni MasterChef Malaysia punya pasal ni, dah terliur tengok jantung pisang. Yang dorang masak hari tak tahulah sedap ke tak but umbut tu memang menarik. ANW, yang teresek nikan, a day before nak buat I called my mom dulu tanya macam mana nak masak.Sebab ingat-ingat lupa. Selain jantung pisang you all boleh guna batang keladi,cendawan sisir,kacang panjang n sayur lain I tak tahu la plak. Dulu-dulu dalam teresek orang ada letak tali perut ayam, tapi kenalah cuci dulu, hati ayam, pedal, kaki and segala keropeh ayam. Tapi yang ni I takdelah letak tali perut ayam. Mana nak cari.

Berikut adalah resepi teresek jantung

INGREDIENT

  • 1 jantung pisang – kupas buang yang kelopak merah, hiris sederhana cuci dan ramas dengan air garam
  • 1 mangkuk  keropeh ayam (kaki ayam, tengkok, tulang belakang)
  • sedikit hati dan pedal ayam
  • 10 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 sudu biji ketumbar yang telah disagai
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar kerisek
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 keping asam gelugur
  • garam dan gula/nisan
METHOD
  • Kisar bawang, cili,halia, lengkuas, kunyit dan biji ketumbar
  • masukkan dalam kuali bersama dengan ayam
  • masak hingga kering dan masukkan hati ayam dan jantung pisang
  • kacau rata dan masukkan santan dan asam keping
  • bila dah mendidih masukkan kerisek dan kacau
  • rasakan dengan garam dan gula
  • bolehlah tutup api bila jantung pisang dan empuk to your liking
Selamat mencuba. Sedap ni kalau makan dengan nasi panas, pastu ada ikan goreng kena pulak dengan sambal belacan. pening kepala makan sebab sedap sangat. Rasa teresek ni mesti pedas dengan rasa sedikit ketumbar, lemak sedikit masam dan manis.Oh ya I tak letak pun hati ayam sebab hati ayam habis.

Juadah Ramadhan Ke-3

Alhamdulillah dah 3 hari puasa.   For kids dah 3 hari puasa sekerat hari.  Takpe slowly. And for me, semalam rasa mcm lembik giler. Maybe sahur makan sikit kot. So tadi sahur dua kali. Pukul 11 makan nasi and pukul 5 bangun minum air 3 gelas pastu makan kurma.Yang kelakar bangn sahur tadi boleh lupa kejut bebudak.Marah Ashraff.

Oh ya semalam masak sempoi je. I buat sotong rebus, Ikan bakar dan sayur goreng. pastu Kheirul balik buat telur bungkus bake bean, bebudak suka sangat. Selain tu ada buah mata kucing, I kopek sesiap pastu chill dan tak lupa keropok goreng. Everyone’s favorite inc Rayyan. Hari-hari kena goreng.

Ni rupa ikan bakar dia. I pakai rencah yang my SIL kasik hari tuh. Dia beli masa balikMuar sedap dan pedas. Kali ikan bakar ,I buat ikan bakar bungkus dalam daun kunyit. Bau dan rasa dia sedap. :)

Untuk Resepi, sila click kat bawah

Resepi untuk sotong rebus

Resepi Cencaru Sumbat

Hari ni tak tau nak masak apa plak…