Category Archives: Vegie & Salad

Kerabu Kacang Botol

CIMG0971

Dah lama tak makan kerabu. Lately, semangat nak makan sayur ni membuak-buak plak. Tengah melatih diri sendiri untuk kurangkan makan nasi, sebab saya sangat gemuk. I tak boleh diet macam orang lain.Kang bila diet, mula lah gastrik la..pening la, lagipun pemakanan seimbang penting dengan disertai dengan senaman. Kata nak kuruskan. Baru 1 minggu mula, berat baru turun 1/2 kilo . Lambat nye

OKlah, meh sini saya nak kongsikan resepi kerabu kacang botol. Teringat dulu masa muda remaja, kat belakang rumah ada pokok kacang botol. Senang sangatlah tanam dia, campak biji kacang botol, terus naik. Pastu menjalar sana-sini. Nak amik dia mulalah terkait-kait. Tapi tulah yang tu sangat segar. Sekarang mana ada kena pi beli kat supermarket lah. Mahal lak tuh

Resepi Kerabu Kacang Botol

CIMG0956

BAHAN-BAHAN

  • 10 biji kacang botol
  • 1 mangkuk kecil kelapa parut – disagai
  • 1 genggam udang kering – direndam
  • 1 biji cili besar
  • 2 biji cili padi
  • 1 inci belacan – dibakar
  • 1 biji bawang besar – dihiris nipis
  • 2 biji limau nipis
  • garam dan gula secukup rasa

 

Cara-cara

  • cuci kacang botol dengan bersih – saya rendam dgn garam dan cuka
  • potong kacang botol tipis
  • goreng kelapa parut hingga warna kuning muda

CIMG0957

  • tumbuk cili,1/2 genggam udang kering,belacan

CIMG0963

  • gaulkan, kacang botol, kelapa goreng .hirisan bawang dan sambal belacan hingga sebati
  • perahkan asam limau

CIMG0966

  • rasakan garam dan gula, taburkan sedikit udang kerig goreng dan gajus atau kacang

CIMG0970

  • sedia untuk dihidang.

NI sedap makan dengan nasi panas, sup ayam dan sambal belacan.

Akhir sekali..nak mintak tolong dengan you all… tolong vote saya kat sini boleh, ada lagi 2 hari tarikh tutup. Saya dah jauh ketinggal dah ni. TErima KAsih ye :)

Bake chicken, pasta and bake mushroom

DSC_5279

Ini adalah makanan yang telah saya masak masa birthday Kheirul 2 bulan lepas. Lama dah baru nak share. Selain buat tiramisu in glass, I masak gak main dish.Takdelah  special mana, masak apa yang ada kat dapur. Tengok ada banyak white meat, so dari dok simpan lama dalam freezer, baiklah buat bake chicken. Ayam tu, I perap dengan black pepper and salt then salutkan dengan bread crumb. Pastu shallow fry for 2 mins each side then bake with cheese and pasta sauce. Mozarella cheese takde so guna je cheddar cheese. Pastu rebus pasta, serve dengan pasta sauce yang telah di masak dengan ayam tu.

 

DSC_5283

Then this is appetiser, stuffed mushroom. Disebabkan baby birthday boy tak boleh makan fresh mushroom jadi kena pakai mushroom yang dalam tin je. Kalau ikutkan I , I tak suka canned mushroom sebab rasa dia tak berapa sedap and mushroom tak moist . Untuk stuffed mushroom, inti dia, I just stir fry some garlic with chicken and mince mushroom, salt n pepper then letak sikit parsli. bila dah sejuk, I gaul sikit dengan bread crumb and cheese. Pastu bake for 15 minutes.

Simple je masak kan. Masa birthday Kheirul yang kelakar nye, pukul 4.15, I dengan Rayyan nak keluar pi amik abang n kakak dia kat sekolah, tapi tetiba je, kiterang terkunci kat luar rumah. Kunci kat dalam. Terkunci kat luar rumah maksudnya, takleh keluar takleh masuk . Nasib baik ada ipad, hp, makanan dan minuman.Kalau tak mau Rayyan mengamuk kebosanan. Lama gak lah dalam 30 min menunggu Kheirul balik. Dia balik boleh gelak-gelak sbb kiterang telah nyanyi lagu tolong kami bantu kami.Jadinya sesama lah kiterang bertiga pergi amik bebudak kat sekolah then balik celebrate birthday :)

Resepi Sup Cendawan

 

Ini adalah cendawan Korea. Jarang kat rumah ni dapat makan mushroom sebab si suami alergik dengan mushroom. Cendawan korea ni, pelik sikit sbb dia ketul-ketul besar. Tapi rasa dia sedap. Lagi sedap dari cendawan tiram. Tapi takleh la lawan cendawan pbusut dan cendawan sisir. Dulu kat kampung, selalu la dapat makan cendawan sisir masak lemak cili api . Kecik-kecik dulu selalu cari kat batang getah lepas musim hujan. Cendawan busut (kulat pusu) plak akan tumbuh kat kawasan busut. Selalu masa kecik-kecik, kalau kulat busut tumbuh maknanye nak banjir. Entah betul ke tak. Selalu kat  rumah , mak masak kulat busut dengan cara tumis iar campur dengan pucuk manis dan pucuk miding. Kena pulak dengan ikan masin goreng ke, Makan dengan nasi panas time hari-hari hujan…pehhhh.Tapi awas jangan main kutip je cendawan sebab banyak cendawan beracun. Cendawan beracun boleh buat kita pening, muntah, mabuk-mabuk dan paling takut membawa maut. Sila tanya orang tua.

Ni resepi plak , resepi untuk anak bandar la.Ni cendawan korea, hari tu test sedap manis rasa macam ayam

INGREDIENT

  • 1 mangkuk cendawan korea
  • 1 keping dada ayam -hiris nipis
  • 1 sk lada hitam tumbuk
  • 2 biji bawang putih -tumbuk
  • 2 biji bawang merah hiris
  • 1/2 cawan air
  • garam secukup rasa
  • daun bawang untuk tabur hias
  • 1 sb minyak untuk menumis

METHOD

  • Panaskan minyak, tumiskan bawang dan lada hitam hingga naik bau
  • masukkan ayam,kacau hingga masak
  • tambah sikit air (jgn banyak sbb cendawan akan keluarkan air)
  • bila mendidih, masukkan cendawan
  • rasakan dengan garam, bila mendidih tutup api
  • tabur daun bawang , sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas dan ikan masin goreng

Note: Masak dengan ikan bilis lagi sedap. cara: tumis dgn ikan bilis. Dah siap tabur plak dengan ikan bilis goreng