Category Archives: Soup & Curry

Sup Cendawan Berkrim

imageDah dua kali masuk restoran, mesti ada order mushroom sup. Emmm sedap mushroom sup. Selalu makan kat restoran, rasa dia lemak berkrim sangat dan pastinya sedaplah kan. Tapi kalau makan selalu tak elok lah. So i decided untuk buat sup yang sihat sikit. Resepi ni untuk2 orang makan

Bahan-bahan

  • satu mangkuk cendawan butang segar yang telar dihiris
  • 5 kuntum cendawan shitake segar
  • setengah batamg carrot- potong dadu
  • 1 labu bawang kuning – dadu
  • 2 ulas bawang putih – ketuk
  • 1 cawan susu rendah lemak
  • secubit oregano
  • secubit daun parsley
  • 2 helai daun bay
  • 1 sudu minyak zaitun
  • 1 sudu marjerin
  • 1 sudu tepung gandum
  • garam dan lada hitam secukup rasa (guna crushed black pepper)
  • secawan air2 sudu krim masam rendah lemak

 

cara-cara

  • Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang kuning, putih dan carrot
  • bola layu, masukkan cendawan
  • masak hingga cendawan layu
  • masukkan air
  • bila mendidih, tutup api, dan kisar cendawan tersebut- kisar kasar
  • selesai kisar, masukkan herba dan masak seketika
  • di periuk lain, panaskan marjerin bersama tepung gandum
  • kacau sebati dan masukkan susu
  • bila susu dah sebati dengan tepung, baru tuangkan dalam sebatian cendawan, rasakan garam dan lada hitam
  • bila mendidih terus tutup api
  • Hidangkan panas bersama krim masam rendah lemak

Resepi:Sup Ekor Power

DSC_7189

Ini kali kedua masak ekor lembu. Dulu pernah masak tomyam ekor. Sedap. Ada rasa masam-masam. Kali ni masak Sup Ekor plak dan ekor ni ekor lembu Aussie. Rasa lain lah, Kalau lembu tempatan..mak aiiihh liat bebenor ekor dia. Sesetengah orang cakap gunalah pelembut daging tu, tak syok la kan sebab nanti tekstur daging macam reput. Resepi sup ekor ni hampir sama dengan resepi sup tulang tapi yang ni ada rasa masam sikit ala-ala sup ekor siam. Rasa dia lagi sedap sebab ada rasa daun ketumbar, masam-masam tomato gitu.Lepas tu panas-panas makan perah asam limau.OK lah meh nak kongsi resepi

Bahan-bahan

  • 1/2 kilo ekor lembu
  • satu sup bunjut
  • 2 kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 3 buah pelaga
  • 3 bunga bunga cengkih
  • 6 ulas bawang merah -mayang
  • 3-4 ulas bawang putih -mayang
  • 2 inci halia -mayang
  • air secukupnya
  • garam dan lada hitam secukup rasa
  • 1 biji tomato
  • 1 batang seleri
  • 1 pokok daun ketumbar – potong sepanjang 3 cm
  • daun wang dan daun sup secukupnya
  • 2 biji limau nipis

 

Cara memasak

  • Rebus ekor lembu sampai mendidih, buang air dia lepas rebus dengan air baru sampai empuk. Sampai daging ngan tulang nampak dah renggang
  • Bila dah empuk masukkan sup bunjut, rasakan garam dan lada hitam dan rebus lagi untuk 30 minit
  • Sambil-sambil tu tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih sampai naik bau, angkat dan masukkan dalam rebusan tulang
  • dengan minyak yang sama, goreng bawang dan halia sampai layu dan masukkan dalam sup.
  • masukkan daun ketumbar dan tomato yang dibelah empat,rebus untuk 10 minit
  • Akhir sekali masukkan seleri yang di potong serong dan tutup api
  • Untuk hidangan, tabur daun sup , daun bawang dan bawang goreng. Nak  tabur hirisan cili padi pun boleh.
  • Jangan lupa perah asam limau tau

 

Gulai Ayam Raja Berangkat

Lama tak update blog kan. Sekarang ni Rayyan bangun pagi, jadi dia sibuk nak guna komputer. Jumaat lepas , saya masak nasi dagang. Selalu kalau nasi dagang, saya buat gulai ikan tongkol, tapi kali ni buat gulai ayam. Masakan ni mak mertua yang ajar. Masak macam ni, tak sangka Ashraff n Afriena suka. Dorang lap licin kuah kari. Siap suruh buat lagi esoknya, buat makan dengan roti jala.

image

Resepi ni panggil raja berangkat sebab dia tak ditumis macam biasa, just masukkan semua dalam ayam dengan sikit air, pastu masak sampai ayam empuk.Asal usul nama raja berangkat tak pulak saya tau.

Resepi dia kat bawah.

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam boleh campur hati dan pedal
  • 1 paket serbuk kari babas (kalau ada serbuk kari kelantan tu lagi sedap)
  • 1 sudu serbuk kerutuk kelantan mari
  • 7 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 2 inc halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 biji ubi kentang
  • 1/2 cawan santan – nak guna lebih takpe lagi sedap
  • 2 sudu kerisik
  • 2 sudu air asam jawa pekat
  • garam dan nnise (gula melaka) secukup rasa

Cara-cara

  • Mesin semua bawang, halia, lengkuas bersama serbuk kari dan kerutuk
  • masukkan ayam dan bahan mesin dalam periuk dan biarkan sampai ayam empuk
  • bila ayam empuk masukkan ubi kentang
  • bila dah empuk, masukkan kerisik, santan, rasakan asam, garam dan gula
  • masakkan dengan api kecil sampai pecah minyak