Category Archives: Pudding & Dessert

Resepi: Pengat Pisang Bersagu

Dah lama rasanya tak makan pengat pisang. Hari tuh Kheirul pergi pasar dia beli pisang Abu untuk buat pengat pisang. Ni kirakan favorite Ashraff and off course me. Dia makan bertambah. Dahlah bertambah setiap kali me or Kheirul makan, dia pun join. Afriena tak berapa sangat. Kalau kek ke, roti ke dia jalanlah.

I rasa I tak pernah share lagi resepi pengat pisang ni kot. Kalai ni I letak sagu supaya kuah dia rasa pekat and berisi sikit.

INGREDENT

  • Sesikat pisang abu dalam 10 biji, buang kulit belah dua
  • santan sekotak
  • gula melaka / manisan 2 ketul/kerek
  • 1/2 mangkuk sagu
  • secubit garam
  • daun pandan simpul

METHOD

  • Masukkan santan dengan secawan air, daun pandan dan gula melaka
  • Masak dengan api kecil sehingga gula melaka larut
  • Kacau santan jangan sampai santan mendidih
  • selepas itu masukkan pisang, sagu dan garam
  • Masak sehingga sagu nampak jernih
  • Sedia untuk dihidangkan

Resepi: Cek Mek Molek

INGREDIENT

  • Seketul keledek besar dalam berat 400g – rebus dengan air sampai empuk
  • secawan tepung gandum
  • gula

METHOD

  • Lecekkan keledek hingga lumat
  • tambahkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dikepal
  • Bentukkan bujur dan masukkan gula pasir dalamnya dan bentukkan memanjang supaya nampak bujur
  • Goreng kuih sehingga kuning keemasan dengan api sederhana
  • Angkat, toskan minyak hidangkan

Note: Jangan terlebih letak gandum nanti keras. Adunan mungkin melekat sikit jadi bila nak membentuk adunan sapu sedikit gandum pada tapak tangan. Bila siap dibentuk sebaiknya terus digoreng supaya gula tidak terkeluar.

Resepi Sagu Berendam

Nama sagu berendam? pepandai jer suami tersayang buat tajuk…. Tapi boleh lah. Ni yang buat aku terpikir-pikir pasal badak berendam. Sagu berendam juga dikenali puding sagu gula melaka. Nak buek nih? sonang jor. Bagi yang kerja tu, balik opis sampai rumah pun boleh buat. Ni kira, the simplest desert ever.

INGREDIENT

  • secawan sagu putih, nak yang ada kaler pun ok tapi I suka yang putih
  • air gula melaka
  • Santan
  • garam secukup rasa
  • Air secukupnya

METHOD

  • Cuci sagu bersih, agak hilang air putih tuh
  • Didihkan air, selepas itu masukkan sagu
  • Bila sagu nampak dah jernih, masaklah tuh
  • Bila masak, isi dalam acuan dan diikuti dengan air gula melaka
  • simpan dalam peti sejuk
  • Untuk kuah, Masak santan dengan daun pandan dan garam hingga mendidih tapi jangan pecah minyak
  • Cara hidang, letak sagu dalam mangku/piring, dan tuang santan pekat.

Note: air gula melaka boleh dituang masa nak maka, tapi kalau air gula melaka dituang kedalam sagu yang masih lembik dah panas, rasa dia lagi sedap. Kalau tak cukup manis baru tambah masa nak makan.Boleh tambah ais jugak.Masak sagu dengan yang air yang cukup. Jangan kurang air sebab kalau sagu keras tak syok.

**Rasa dia macam cair dalam tiup esfaragus.Karang nak buat lagi