Category Archives: SawaRecepe

Mashed Potato Recipe

I made mashed potato special for lamb chop. Sedap sebab very creamy. Apa taknya guna full cream milk and butter. Ashraff cakap cheese mash potato sebab rasa dia lemak-lemak sikit. So I nak  lah share resepi kat sini. I got from French at home.

INGREDIENT

  • 2 biji kentang russet
  • secawan susu penuh krim
  • 4 kiub butter/lepa susu
  • secubit garam dan lada hitam
  • sedikit thyme
  • sehelai daun bay

METHOD

  • kupas kentang, potong 4 dan rebus sehingga empuk
  • bila empuk, sejat air dan letak kentang kembali dalam periuk . Biarkan air didalam periuk kering dengan meletakkan kembali periuk diatas api
  • Bila air kering tutup api
  • Di dalam periuk laian,panaskan susu bersama thyme dan daun bay .
  • Bila susu cukup panas (bila nampak buih -buih kecil) tutup api
  • lecekkan kentang bersama butter sehingga hancur, rasakan dengan garam dan lada hitam
  • Selepas itu masukkan susu sedikit demi sedikit. kacau rata sehingga kentang nampak pekat.
  • Sedia untuk dihidangkan dengan kuah.

Note: saya pakai kuah Mc Commick.

Resepi Sagu Berendam

Nama sagu berendam? pepandai jer suami tersayang buat tajuk…. Tapi boleh lah. Ni yang buat aku terpikir-pikir pasal badak berendam. Sagu berendam juga dikenali puding sagu gula melaka. Nak buek nih? sonang jor. Bagi yang kerja tu, balik opis sampai rumah pun boleh buat. Ni kira, the simplest desert ever.

INGREDIENT

  • secawan sagu putih, nak yang ada kaler pun ok tapi I suka yang putih
  • air gula melaka
  • Santan
  • garam secukup rasa
  • Air secukupnya

METHOD

  • Cuci sagu bersih, agak hilang air putih tuh
  • Didihkan air, selepas itu masukkan sagu
  • Bila sagu nampak dah jernih, masaklah tuh
  • Bila masak, isi dalam acuan dan diikuti dengan air gula melaka
  • simpan dalam peti sejuk
  • Untuk kuah, Masak santan dengan daun pandan dan garam hingga mendidih tapi jangan pecah minyak
  • Cara hidang, letak sagu dalam mangku/piring, dan tuang santan pekat.

Note: air gula melaka boleh dituang masa nak maka, tapi kalau air gula melaka dituang kedalam sagu yang masih lembik dah panas, rasa dia lagi sedap. Kalau tak cukup manis baru tambah masa nak makan.Boleh tambah ais jugak.Masak sagu dengan yang air yang cukup. Jangan kurang air sebab kalau sagu keras tak syok.

**Rasa dia macam cair dalam tiup esfaragus.Karang nak buat lagi

Resepi Ayam Bakar Madu

Nak buat ayam ni senang jor….

INGREDIENT

  • Ayam 1/2 ekor
  • Air cukup untuk buat stok sup dan masak nasi ayam
  • bawang putih 6 ulas
  • Halia – ketuk
  • serai ketuk
  • garam, lada putih dan lada hitam secukup rasa
  • daun pandan
  • kicap pekat (kipas udang) semangkuk kecil
  • 3 sudu sos tiram
  • 4 sudu madu
  • 4-6 titik minyak bijan

METHOD

  • Rebus air  bersama, bawang putih (jgn ketuk atau hiris, masuk sebiji macam tuh), halia,daun pandan dan serai
  • Bila air dah mendidih rasakan dengan garam, lada hitam dan lada putih
  • kacau dan masukkan ayam
  • Celur hingga nampak separuh masak
  • Bila separuh masak, keluarkan ayam dan bawang putih
  • lecek bawang putih, campur dengan kicap, sos tiram, minyak bijan dan madu
  • perap ayam dengan campuran tersebut selama 30 minit
  • Panaskan ketuhar selama 30 minit, dan bakar ayam pada suhu 180 celcius selama 30 minute (api atas bawah)
  • Bila cukup 30 minit, bakar lagi ayam selama 10 minit (api atas sahaja)
  • Bila siap, tunggu sejuk baru potong, kalau tak nanti hancur.
  • Hidang dengan nasi ayam. Kuah kicap lebih boleh buat cicah

Note: Air rebusan boleh guna masak sup fishball dan masak nasi ayam. Nak tau ayam dah masak belum cucuk ayam dengan pisau. Kalau keluar air kaler merah maknanye belum masak. Kalau keluar air jernih dah masak. Jangan overcook kang ayam jadi kering tak sedap