Category Archives: SawaRecepe

Resepi: Cek Mek Molek

INGREDIENT

  • Seketul keledek besar dalam berat 400g – rebus dengan air sampai empuk
  • secawan tepung gandum
  • gula

METHOD

  • Lecekkan keledek hingga lumat
  • tambahkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dikepal
  • Bentukkan bujur dan masukkan gula pasir dalamnya dan bentukkan memanjang supaya nampak bujur
  • Goreng kuih sehingga kuning keemasan dengan api sederhana
  • Angkat, toskan minyak hidangkan

Note: Jangan terlebih letak gandum nanti keras. Adunan mungkin melekat sikit jadi bila nak membentuk adunan sapu sedikit gandum pada tapak tangan. Bila siap dibentuk sebaiknya terus digoreng supaya gula tidak terkeluar.

Resepi: Sambal Udang versi sawanila

INGREDIENT

  • Udang 10 ekor
  • Bawang besar 1 labu
  • bawang putih 2 biji
  • 4 sudu cili kisar
  • sedikit belacan -2 inci
  • 2 sudu sos tiram
  • 4 sudu sos tomato
  • 2 sudu gula
  • garamg secukupnya
  • 1/2 cawan air
  • sedikit minyak untuk menumis

METHOD

  • Kisar cili, bawang dan belacan
  • Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga garing
  • masukkan sos tiram dan sos tomato, kacau
  • Rasakan dengan garam dan gula
  • Masukkan udang, kacau rata
  • Bila udang separuh masak, masukkan sedikit air
  • Biar udang masak dan sambal pekat sedikit
  • Matikan api dan sedia dihidangkan

Note: I tak pakai air asam jawa, pakai sos tomato lagi sedap. Sos tiram macam menaikkan lagi rasa udang. Selamat mencuba

Resepi: Baked Pasta

INGREDIENTS

  • 1/2 paket farfalle / Makaroni
  • 300g daging kisar
  • 1 tin tomato kisar/diced
  • cendawan butang -dihiris
  • 1/2 btg carrot – dadu
  • 1 biji besar bawang kuning – dadu
  • 2 ulas bawang putih -dadu halus
  • 1 sudu kecil rempah bolognese – oregano, daun parsli,bay leave
  • 3 sudu mentega
  • 2 sudu tepung gandum
  • 2 gelas susu segar
  • 100g mozarella cheese yang telah diparut
  • 2 sudu minyak zaitun/jagung
  • sedikit air
  • garam dan lada putih

METHOD

Sos Daging

  • panaskan minyak
  • tumiskan bawang putih sehingga layu
  • masukkan bawang besar, carrot dan cendawan
  • masak sehingga layu
  • selepas itu masukkan daging kisar, kacau sehingga masak
  • tambahkan tomato kisar ,rempah dan sedikit air
  • rasakan dengan garam
  • bila masak tutupkan api

Sos Putih

  • Cairkan mentega
  • masukan gandum, masak sehingga sedikit berbuih
  • selepas itu, masukkan susu segar, masak sehingga sedikit pekat di atas api yang kecil
  • bila pekat tutup api, masukkan sedikit keju

Cara melapis:

  • Lapis secara alternate sos putih, pasta, meat sauce,pasta, sos putih, pasta, meat sauce,pasta, sos putih.
  • Pastikan sos putih adalah yang paling atas.
  • Lepas tu taburkan cheese mozzarella atas sekali.
  • Bakar selama 25 minut atau sehingga perang keemasan

Note: boleh juga tabur cheese dalam setiap lapisan. Boleh aplikasi pasa lasagna, makaroni dan lain-lain pasta. Farfalle bentuk dia adalah seperti bow tie.