Category Archives: SawaRecepe

Resepi Nasi Goreng Ketam

INGREDIENTS

  • 2 cawan nasi (I pakai leftover and beras wangi)
  • 2 batang hotdog – potong dadu
  • satu ketul dada ayam – potong kecil
  • 6 ketul ketam fillet
  • sebijik telur – pukul dengan lada putih
  • 1 biji bawang putih – minced
  • 1 cawan sayur campur – celur dalam air panas kejap so color dia nampak lawa
  • sedikit minyak
  • garam dan lada hitam

METHOD

  • panaskan minyak, goreng telur -kacau dengan hujung suding dengan laju untuk mendapatkan tekxtus macam benang
  • bila telur masak angkat
  • panaskan minyak, masukkan bawang putih, goreng hingga layu
  • masukkan daging ayam yang dicincang, kacau hingga masak
  • lepas tu, masukkan ketam fillet, kacau hingga masak
  • Bila ketam fillet nampak dah masak, masukkan sayur dan kacau
  • masukkan nasi, kacau sebati
  • masukkan telur yang telar digoreng
  • Dengan api yang kecil, rasakan nasi dengan garam dan lada hitam
  • lepas tu kacau sebati telur dan nasi
  • siap untuk dihidangkan.

NOTE: HIdangan yang lengkap untuk anak-anak esp untuk yang tak suka makan sayur.

Resepi Daging Masak Merah

INGREDIENT

  • 1 mangkuk daging lembu  – rebus sampai empuk then hiris
  • 1 biji bawang besar – potong empat/bulat
  • 2 biji bawang putih -cincang
  • 1 biji cili merah – hiris
  • 2 biji tomato – potong 4
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil kicap
  • 1 mangkuk kecil air rebusan daging
  • 3 sudu minyak masak
  • garam dan gula

METHOD

  • panaskan minyak,tumis bawang putih sampai layu
  • masukkan cili kisar, kacau hingga garing
  • masukkan daging, goreng selama 2 minit
  • campur kan semua sos, kacau hingga sebati
  • masukkan  air rebusan
  • dah dekat nak masak, masukkan bawang, daun bawang , cili dan tomato
  • rasakan garam dan gula
  • kacau hingga bawang nampak layu dan kuah pekat
  • tutup api sedia dihidang

Ikan Pari Bakar Portugis untuk 4 Ramadhan

Salam pagi Jumaat… hari ni tak nak iter banyak, just nak share apa yang saya masak semalam. Gambar di atas tu ialah Ikan Pari Bakar Purtugis.Pedas, manis dan masa,

I cuma masak ikan bakar, sup sayur dan buat bubur pulut hitam. Buat seperiuk besar and now tinggal semangkuk. Bebudak makan ulang-ulang. Banyak betul dorang makan. favourite dorang. Yang lain tuh, murtabak 3 keping, sedap murtabak dia semua cukup. I makan sampai sekeping tuh. Pastu ada pedal and telur bungkus yang dimasak khas oleh suami tercinta. Semua makanan habis. Alhamdulillah tak membazir.

Oh ya nak resepi ikan pari bakar portugis tak? ok sila lihat dibawah

Resepi Ikan Bakar Portugis

INGREDIENT

  • 2 keping ikan pari
  • 2 sudu besar cili giling
  • 2 biji buah keras – kisar
  • 8 ulas bawang merah, dikupas
  • 2 ulas bawang putih di bakar
  • 1 batang serai, dihiris halus-halus
  • 1/2 sudu teh belacan
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 biji limau kasturi – ambil jus nya
  • 1/2 sudu kicap pekat
  • garam dan gula

 

METHOD

  • Kisar bawang, cili, buah keras dan belacan
  • tumiskan bahan kisar bersama serai sampai pecah minyak
  • masukkan kicap, jus limau, daun limau dan kacau
  • Rasakan dengan garam dan gula
  • curahkan kuah ke atas ikan yang diletak atas daun kunyit
  • Bakar dalam oven selama 30 minit atau sampai ikan masak
  • Nanti nak makan boleh pecah limau kasturi lagi
  • boleh juga digunakan untuk bbq sayur bendi, terung,kacang botol atau petai