Category Archives: SawaRecepe

Black Pepper Crab!!!

Sebelum bercerita pasal ketam oh ketam, nak komen sikit pasal Masterchef semalam. Makin lama makin tak best plak tengok.Kalau you all perasan, cara pemfokusan dia more to drama and action, bukan fokus pada makanan. Buat macam lebih boring. beza dengan Masterchef US, dia selit drama tapi masih kekalkan pada yang sepatutnya. Nampak dah best dah Masterchef Malaysia, tapi tu lah banyak potong stim la. Macam semalam punya task, rasanya cara plan menu tu, macam tak kena je…asam pedas ikan salmon served with pasta…cam mana ek rasa dia. Dorang ni macam nak impress orang dengan keunikan bukan nak impress dengan rasa. Just my 2 cents komen je lah…

ok back to ketam… ni semua sebab Masterchef Aussie lah ni, ada ketam  terus petang tu pergi cari ketam.Ada jual tepi jalan. So beli sekilo. Balik rumah cam biasa… mandikan ketam tu dulu ..errr I mean cuci dia sambil matilemaskan dia.

Lepas dah mandi cuci… bedakkan dia dengan tepung jagung sebab kali nak deep fry .

Goreng ketam atau any seafood jangan lama… just 3-4 minutes atau lebih tepat bila dah bertukar warna. terus angkat. Masa goreng ni… perghhh bau dia terangkat. sedapnya.

Angkat dan toskan dia…

Pastu masak dalam kuah lada hitam. Nak resepi dia? sila rujuk di bawah

INGREDIENT

  • Ketam sekilo – cuci dan salut dengan tepung jagung
  • 1 genggam biji lada hitam -tumbuk
  • 1 biji bawang besar – potong dadu
  • 2 biji bawang putih – potong halus
  • halia sebesar ibu jari – mayang halus
  • 2 sudu kicap pekat
  • 2 sudu sos tiram
  • sedikit minyak untuk menggoreng
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 pokok daun ketumbar
  • sedikit air
  • garam dan gula secukup rasa
METHOD
  • Goreng ketam sampai masak – jangan overcook nanti isi dia keras dan kering
  • Dah siap goreng ketam, tumis bawang putih , bawang besar dan halia hingga layu
  • Bila dah layu, masukkan lada hitam yang telah ditumbuk kacau sebati
  • Dah sebati masukkan kan kicap dan sos tiram
  • Kacau dan masukkan sedikit air
  • rasakan garam dan gula
  • bila mendidih, masukkan ketam, kacau rata selam 5 minit dan masukkan daun bawang.
  • Kuah akan pekat sendiri sebab ketam dah digoreng dengan tepung jagung
  • Bila dah masak, tutup api  . Taburkan daun ketumbar.
  • Sedia dihidangkan

Inilah rupa ketam masak lada hitam. Sedap. Rasa ketam yang manis kena dengan kuah lada hitam. Sedap makan dengan nasi atau roti. Kheirul cakap, boleh buat bisnes nih. hahahah…Oh ya kalau nak rasa lebih lemak boleh letak sedikit cream atau susu.

Negimaki with black pepper sauce

Apake susah nak masuk dashborard blog ni… ni yang malas nak buat posting nih. Ok lah meh nak citer pasal Negimaki aka beef rolls. Kan dapat hamper maggi ada banayak perencah nak pakai…one of them ada black pepper sauce. Normally orang buat daging masak black pepperkan? but me boringlah, I’ve change to beef roll. At least bebudak makan sayur yang tersembunyi tu.

Inilah rupa negimaki yang belum dimasak. I gulung dengan daun bawang dan carrot. Nak lagi sedap, you all boleh gulung dengan cendawan enoki. I tak boleh pakai cendawan sebab ada orang tak boleh makan cendawan.

Dah siap gulung, secure dengan  lidi then shallow fry. Masa fry dia, dia akan jadi caramel sikit sebab I perap dengan sos istimewa. Kalau jepun resepi asal dia, dorang perap dengan Sake and Mirin and soy sauce kan? tapi kita mana boleh pakai Sake and Mirin… so I subtitute dengan benda lain untuk memberi rasa yang sama. Resepi Negimaki adalah seperti di bawah

INGREDIENT

  • 30 gm sirloin beef- hiris nipis
  • 1 sudu  besar kicap manis kipas udang
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar air tapai (sebagai ganti sake dan mirin) – kalau takde ganti dengan grapejuice+cuka+gula
  • carrot yang dipotong halus secukupnya
  • daun bawang secukupnya

METHOD

  • daging yang dihiris nipis diperap dengan sos tiram, kicap , gula dan air tapai selama 30 minit
  • gulung daging dengan carrot dan daun bawang
  • sematkan lidi  supaya gulungan tak terbuka
  • goreng dengan sedikit minyak
  • Sos perapan yang tak habis, boleh di masak untuk dijadikan kuah. tambah sedikit tepung kalau nak pekat

Inilah rupa negimaki yang dah masak. Hidangkan dengan kuah blackpepper dan makan dengan nasi panas.Rasa dia sepatutnya sikit manis yang berkaramel sebab ada letak gula+ air tapai

Cabaran Masterchef : Pulut Mangga

Semalam tengok masterchef nampak ada peningkatan, sebab judge pun dah tak baca buku sastera.  hehehhe semalam cabaran kotak misteri ada pulutkan. Haih kena sangatlah buat pulut mangga kan. Pulut mangga ni kalau nak sedap, satunya, santan dia kena lemak , pulut mesti lemak sesikit and mangga kena manis ting ting ting.

Dek kerana rindu dengan pulut mangga kat Siam tu kan (bila la nak ke Siam lagi ni) , I buat pulut mangga sendiri. tanak pulut tapi tak letak santan sebab, baki pulut tu nak buat tapai. Beli mangga kat pasar malam, masak santan pekat layan makan malam sambil tengok Masterchef. Sedap.

INGREDIENT

  • Pulut yang ditanak dengan sedikit santan, garam dan gula
  • Santan dimasak dengan sedikit garam sampai pekat
  • Mangga manis -di potong

METHOD

  • hidangkan bersama seperti diatas
  • tabur sedikit gula melaka

Dah siap, most simple dessert. Cubalah…