Category Archives: SawaRecepe

Apam Pisang

Semalam kan… dah habis kerja dah nak buat, makanya masa untuk buat kuih. Kat rumah ni mesti ada something untuk dimakan bila bebudak baru balik sekolah. At least roti with any spread. Tapi kalau terkena mama dorang terlebih rajin..akan adalah benda special untuk makan. So , semalam dapatlah dorang makan apam pisang. Resepinya, I google tapi macam leceh nak timbang bagai, jadi I sukat ikut suka hati. Macam buat cekodok pisang tapi tambah telur je. I guna gula perang sbb bau dia sedap bila bergabung dengan pisang. I adun guna tangan je. Tak pakai mesin pun. Masa ni lah amik peluang untuk bersenam hahaha. Kasi naik muscle sikit. I letak nutella sebagai inti dalam sebiji apam saja nak try sedap ke tak, rupanya memang sedap

1

Resepi Apam Pisang (12 biji apam )

INGREDIENT

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sk garam
  • 2 sk serbuk penaik
  • 3/4 cawan gula perang
  • 3 biji pisang berangan -dilecek
  • 2 biji telur
  • 1/2 sk esen vanila

METHOD

  • Panaskan kukusan
  • Ayak gandum dengan garam dan serbuk penaik
  • Bancuh telur dan gula hingga sebati – kacau sampai campuran telur naik double
  • Bila adunan dah sebati, masuk gandum kacau perlahan-lahan
  • Sudukan adunan dan kukus untuk 10 minit

2

 

Rayyan je makan 4 biji tanpa rasa bersalah. Senang je buat apam. Pastu makan banyak pun tak muak. Walaupun dah sejuk apam ni tak keras dan masih sangat lembut. Yang penting masa bancuh, make sure pukul telur sampai double.

Buttered Rice and Roasted Chicken

DSC_5337

 

Sejak dok pantang nikan… sangat la boring asyik kena makan ikan dan ayam. Bila tengok blog orang makan sambal sotong, rendang kerang, asam pedas even scramble yang Rayyan makan pun I sangat tension. Adehh itulah kalau pantang semua benda nampak sedap. sirap pun baru dapat rasa basah basahkan lidah je. Penjaga pantang sangatlah ketat ye.

DSC_5349Memandangkan kena makan ayam dan ikan je sebab doktor cakap, you must eat fish, fish,fish then chicken or beef. So bila dapat chicken, so berfikir nak masak apa. Memula nak masak nasi ayam, tapi macam boringkan.. tetiba teringat buttered rice yang I makan masa kat hospital. mmm masak buttered rice lah..hari tu makan sikit je sebab Rayyan yang makan banyak. Dia memang nampak je badan kecik tapi makan tak ingat. Buat buttered rice pastu, gandingkan dengan roasted chicken. Resepi roasted chicken ada kat sini, boleh click resepi dia kat sini.  Untuk gravy plak, I pakai mix yang Mc Commick punya. Tapi I masak jugak.

Cara buat gravy

  • panaskan sesudu butter dengan sesudu tepung gandum
  • kacau sehingga berbuih then masukkan air dan mix Mc Commick
  • kacau sampai takde ketul-ketul
  • then masukkan hirisan cendawan butang dan lada hitam
  • kacau sampai cendawan tu masak
  • pastu boleh lah hidang dengan ayam

Resepi buttered Rice

INGREDIENT

  • 2 cawan beras wangi
  • 2 cawan air stok ayam (see note below)
  • 2 sudu butter
  • 1 ulas bawang putih cincang
  • 1 genggam jagung
  • 1/2 batang carrot didadu
  • garam dan lada hitam secukup rasa
  • 1 sudu kecil minyak masak (tak nak pakai pun takpe tapi kalau pakai butter tak lah cepat hangus)

 

 METHOD

  • panaskan butter dgn minyak
  • masukkan bawang putih dan kacau rata hingga naik bau
  • masukkan stok rasakan garam dan lada hitam
  • masukkan beras kacau
  • lepas tu tuang dalam rice cooker masak macam biasa
  • masa tengah mendidih masukkan jagung dan carrot
  • Biar dia kering sendiri

 

Note: Untuk menyediakan air stok ayam bagi butter rice, rebus tulang-tulang ayam dan isi ayam untuk sejam dengan daun bay. LEpas dah 1 jam, boleh lah sejukkan dan tapi stok. Ada lebih boleh simpan untuk kegunaan lain.

 

Butter rice ni , boleh dihidangkan dengan cara Melayu atau dengan cara barat. Cara Melayu ialah dengan ayam masak merah, tapi cara barat bolehlah dengan ayam panggang atau lamb chop.

Sekian dan selamat mencuba.

 

 

 

Resepi Nasi Dagang Tanak

DSC_5311

First time buat nasi dagang sendiri. I belajar dengan mak mertua. Masa dia datang hari tu dia ajar. Dia cakap suka ajar I masak sebab katanya, I ni suka mencuba. hehehe  . Memang ke I suka belajar masak. Nasi dagang yang dia ajar ni , adalah versi tanak.  Rasa dia sama je dengan yang kukus. Sebab kalau setakat nak makan kat rumah tanak lagi senang dari pada buang masa kukus. Lepas tu versi yang MIL ajar, tak pakai santan. Dia letak minyak sikit. So I try buat sendiri, emm rasa dia sedap, lagi sedap dari yang beli kat pasar malam #masukbakulangkatsendiri. Sebab yang kat pasar malam mesti ada berantah. MIL cakap dorang meniaga asal boleh je, bukan jenis masak hari-hari. MIL memang suka nasi dagang, kalau boleh hari-hari dia nak makan nasi dagang. Samalah dengan Rayyan, Sekali makan bertambah 3 senduk nasi dagang. Kang nanti balik kelantan nak beli lagi lah…senang nak masak rumah.

 

Cara masak nasi dagang versi tanak tanpa santan

INGREDIENT

  • 2 cawan beras nasi dagang -cuci bersih dan rendam 2-3 jam
  • 2 cawan air
  • 1 sk garam
  • 2 sk gula
  • 4 ulas bawang merah – mayang halus
  • 2 ulas bawang putih mayang halus
  • 1 sk halba
  • 1 1/2  inci halia -mayang halus
  • 6 sudu minyak masak (tapi saya kurangkan separuh)

METHOD

  • rendam beras bersama bahan yang telah dimayang, halba garam dan gula selama 30 minit
  • Selepas 30 minit, campurkan minyak dan masak seperti biasa hingga kering

Nota: kalau guna lebih minyak, nasi nampak berkilat sikit

Kalau dah makan nasi dagang , mesti ada gulai ikan tongkol atau orang kelantang panggil, gulai ikan ayo. Resepi dia seperti berikut

INGREDIENT

  • 3 keping ikan tongkol direbus dengan asam(3 keping) dan garam hingga masak
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 1 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 7 bawang merah*
  • 3 biji bawang putih*
  • 2 batang cili kering (nak pedas letaklah lebih)*
  • 1 sk ketumbar *
  • 1 sk jintan manis*
  • 1 sudu besar serbuk kari ikan (saya guna rempah gulai kawah)*
  • 1/2 kotak santan
  • 2 sudu minyak masak
  • garam dan gula melaka secukup rasa
  • 2-3 biji cili padi

 

METHOD

  • Kisar semua bahan bertanda *
  • tumis dengan sedikit minyak hingga pecah minyak
  • bila dah pecah minyak, masukkan air rebusan ikan, diikuti dengan ikan dan asam
  • masak hingga mendidih, baru masukkan santan , rasakan garam dan gula
  • renehkan hingga pecah minyak dan masukkan cili padi
  • Sedia untuk dihidangkan

Nota: MIL tak tumis, dia masak dengan santan, tapi sebab saya nak kurangkan santan, saya tumis dengan minyak sikit. Untuk dapatkan tumisan yang pecah minyak dengan menggunakan minyak yang sedikit, api kena pelahan. Rasa kuah dia mesti sedikit masam dan sedikit manis. Kalau tak cukup masam boleh letak asam keping sbb biasanya ikan dan air rebusan dia dah masam.Selain tiu, resepi MIL ada serai tapi saya tak letak sbb serai habis :), tapi rupanya tanpa serai sedap juga rasa dia.  Feeling nak bukak gerai nasi dagang dah ni . hahahaha