Category Archives: Fish & Seafood

Ikan Pari Bakar Portugis untuk 4 Ramadhan

Salam pagi Jumaat… hari ni tak nak iter banyak, just nak share apa yang saya masak semalam. Gambar di atas tu ialah Ikan Pari Bakar Purtugis.Pedas, manis dan masa,

I cuma masak ikan bakar, sup sayur dan buat bubur pulut hitam. Buat seperiuk besar and now tinggal semangkuk. Bebudak makan ulang-ulang. Banyak betul dorang makan. favourite dorang. Yang lain tuh, murtabak 3 keping, sedap murtabak dia semua cukup. I makan sampai sekeping tuh. Pastu ada pedal and telur bungkus yang dimasak khas oleh suami tercinta. Semua makanan habis. Alhamdulillah tak membazir.

Oh ya nak resepi ikan pari bakar portugis tak? ok sila lihat dibawah

Resepi Ikan Bakar Portugis

INGREDIENT

  • 2 keping ikan pari
  • 2 sudu besar cili giling
  • 2 biji buah keras – kisar
  • 8 ulas bawang merah, dikupas
  • 2 ulas bawang putih di bakar
  • 1 batang serai, dihiris halus-halus
  • 1/2 sudu teh belacan
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 biji limau kasturi – ambil jus nya
  • 1/2 sudu kicap pekat
  • garam dan gula

 

METHOD

  • Kisar bawang, cili, buah keras dan belacan
  • tumiskan bahan kisar bersama serai sampai pecah minyak
  • masukkan kicap, jus limau, daun limau dan kacau
  • Rasakan dengan garam dan gula
  • curahkan kuah ke atas ikan yang diletak atas daun kunyit
  • Bakar dalam oven selama 30 minit atau sampai ikan masak
  • Nanti nak makan boleh pecah limau kasturi lagi
  • boleh juga digunakan untuk bbq sayur bendi, terung,kacang botol atau petai

Juadah Ramadhan Ke-3

Alhamdulillah dah 3 hari puasa.   For kids dah 3 hari puasa sekerat hari.  Takpe slowly. And for me, semalam rasa mcm lembik giler. Maybe sahur makan sikit kot. So tadi sahur dua kali. Pukul 11 makan nasi and pukul 5 bangun minum air 3 gelas pastu makan kurma.Yang kelakar bangn sahur tadi boleh lupa kejut bebudak.Marah Ashraff.

Oh ya semalam masak sempoi je. I buat sotong rebus, Ikan bakar dan sayur goreng. pastu Kheirul balik buat telur bungkus bake bean, bebudak suka sangat. Selain tu ada buah mata kucing, I kopek sesiap pastu chill dan tak lupa keropok goreng. Everyone’s favorite inc Rayyan. Hari-hari kena goreng.

Ni rupa ikan bakar dia. I pakai rencah yang my SIL kasik hari tuh. Dia beli masa balikMuar sedap dan pedas. Kali ikan bakar ,I buat ikan bakar bungkus dalam daun kunyit. Bau dan rasa dia sedap. :)

Untuk Resepi, sila click kat bawah

Resepi untuk sotong rebus

Resepi Cencaru Sumbat

Hari ni tak tau nak masak apa plak…

 

Resepi: Ikan Merah Tauchu

Dah lama rasanya tak makan ikan masak taucu. Last rasanya masa duduk kat Singapore meaning after SPM la kot. Duduk with my auntie. After SPM I duduk sana and kerja. My mom pun jarang masak ikan masak taucu sebab my abah tak berapa suka. Bila tengok kat twitter ada orang masak ikan masak taucu, dok terbayang 2-3 jam. Tak boleh jadi ni, kena masak jugak. So petang u pergi cari taucu and balik rumah terus masak. Since kat dalam fridge ada stok ikan merah, so jadilah Ikan merah masak taucu. Tengok bahan-bahan nye dia bawah ye

INGREDIENT

  • 3 keping ikan merah – di goreng
  • 2 sudu taucu yang dah hancur (kalau pakai yang kasar sila tumbuk)
  • 1 cawan air
  • 1 bawang besar – hiris besar
  • 1 bawang putih – hiris
  • 1 inci hali muda – hiris
  • 1 biji lada hijau – di hiris (tapi I pakai cili padi letak sebiji – biji baru syedap)
  • sedikit gula

METHOD

  • Panaskan minyak
  • tumiskan bawang dan halia
  • bila bawang layu, masukkan taucu dan kacau
  • Masukkan air, kacau hingga mendidih
  • Masukkan ikan dan cili
  • Gaul sebati, rasakan dengan sedikit gula.
  • Sedia untuk dihidang

Kalau masak taucu, tak payah pakai garam sebab dah masin. Just balancekan dengan sedikit gula. Kaau nak letak timun pun ok sedap gak. Semalam pun masak ikan masak taucu lagi.. ngeh ngeh