Category Archives: Chicken & Meat

Lasagna, menu wajib

Last Sunday, selepas hari bergotong royong anak beranak, I made lasagna for lunch. Kat rumah ni, Pasta adalah makanan wajib yang kena masak seminggu sekali.Sebab semua suka makan.Kalau tak buat lasagna, kena buat macaroni n Cheese tak pun Bolognese Spaghetti.

 Masak satu bekas tu memang sekali makan. Memang takkan ada leftover.Nak buat lasagna senang je. Buat meat sauce, buat white sauce, ada lasagna dan cheese. Untuk cheese, I pakai mozzarela and cheddar cheese.Yang hijau tu I tabur parsley.One day nak try buat vege lasagna la pulak or mungkin vegetable casserole.

Ini rupa lasagna yang dah dipotong. untuk meats sauce, I lebihkan sayur, ada carrot, celery, mushroom and dice tomato. Memang time nilah nak paksa anak-anak makan sayur.

For those yang nak resepi bolehlah check kat resepi di sini.

Kari Ayam Nyonya

INGREDIENT

  • 1/4 ekor ayam
  • 1 biji kentang
  • 2 sudu serbuk kari
  • 2 inci halia – kisar
  • 1 inci kunyit – kisar
  • 4 inci lengkuas kisar
  • 3 batang serai – 2 btg kisar, 1 btg ketuk
  • 2 sudu cili kisar
  • 8 biji bawang merah – kisar
  • 2 biji bawang putih – kisar
  • 3 biji buah keras – kisar
  • 1/2 kotak santan
  • 1 cawan air
  • 1 inci belacan (kisar dgn cili)
  • jus limau nipis
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 kayu manis, 1 bunga lawang dan 1 buah pegaga
  • 2 tangkai daun kari

METHOD

  • Panaskan minyak
  • tumis daun kari, kayu manis, bunga lawang dan buah pegaga dan serai yang diketuk
  • masukkan bahan kisar dan serbuk kari , tumis sampai pecah minyak
  • masukkan ayam , kacau rata
  • bila ayam dah separuh masak,masukkan santan,air dan kentang
  • Kacau hingga mendidih,
  • bila kentang empuk, masukkan jus limau, rasakan garam dan gula
  • sedia dihidang

Sup tulang merah, lamb shank plak

Tak habis lagi penangan sup tulang merah. kali ni buat lagi.Pakai lamb shank. Lamb shank ni beli kat tesco yang beku je. Beli 3 ketul masak 2 ketul seketul lagi boleh masak lain plak. Daging lamb shank ni tak liat, tender kena plak dengan kuah sup ni sedap. Hari tu I tak letak resepi kan, now I letak.

INGREDIENT

  • 2 ketul lamb shank – rebus dengan air , serai dan halia sampai empuk
  • air rebusan tulang
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 senduk bawang merah yang dah di kisar
  • 1 sudu bawang putih yang dah di kisar
  • 1 sudu halia yang dah dikisar
  • 1 senduk tomato puri
  • 1 mangkuk tomato sos
  • 1 mangkuk cili sos
  • 2 sudu kicap
  • 1 sudu rempah bonestick – ni kena cari kat  Singapore
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 senduk bawang goreng
METHOD
  • Tumis bawang, halia dan cili sampai naik bau
  • masukkan tomato puri, kacau
  • masukkan air rebusan tulang, kacau
  • bila dah mendidih masukkan tomato sos, cili sos dan kicap, rempah
  • kacau hingga rata dan masukkan tulang dikuti bawang goreng
  • Rasakan garam dan gula
  • sedia untuk dihidangkan (tabur dengan daun kubis)
Bolehlah you all try. For me memang sedap. ada rasa masam tomato, manis kicap. Now rasa macam tak yah pergi jauh-jauh masak sendiri je. hehehe boleh bukak restoran dah ni (mode:berangan).