Category Archives: Chicken & Meat

Resepi Shepherd’s Pie

Kat umah ni tak leh makan nasi hari-hari nanti ada yang mengomel. Ala boring lah nasi.  Mesti ada pasta, mee, roti atai sebagainya. Kali ni I buat shepherd’s pie. Ni bukan first time lah dah berapa kali buat. Bebudak sukalah dengan rasa creamy potato dan daging tu. I tak berapa. So Isnin hari tu masak shepherd’s pie kat dorang while we the parent makan ketupat and rendang. I masak rendang banyak hari tu so yang lebih tu I freeze senang nanti nak makan panaskan. Bukan panaskan pakai microwave tau, panaskan pakai kuali. Tambah air sikit, masak sampai kering. I buat rendang daging and paru. Rendang makin lama simpan makin rasa rempah ratus dia.

Oklah …back to the shepherd’s pie. I guna resepi dari buku masakan Ashraff. Tiru sebijik. Senang kan bahan semua dah ada..masak je lah. Masak satu tray tu tinggal lagi sepotong tak habis 3 beradik tu makan. Lagi sepotong simpan n panaskan untuk Rayyan makan esoknya. Masa nak bakar…I cuma tambahkan mozarella cheese saja nak habiskan cheese. So you alll try lah

image

Yang gelap tu cheese terlebih bakar. Ok je budak makan.

image

Inilah resepi nya.

 Selamat Mencuba

Roast Chicken And the Sidekicks Recipe

Semalam malas nak masak tumis menumis, goreng menggoreng. Malas nak kemas letih dah sbb tengah hari tu dah busy gosok baju raya. Gosok baju raya tu.. baju melayu 3 pasang, 2 pasang kurung sepasang baju mix n match. Gosok awal-awal sbb malas nak kelam kabut. Nanti pagi raya nak kena masak lagi kan.So petang tu bakar je ayam. Resepi Ayam bakar tu lain sikit sebab ni resepi baru. I amik resepi dari Pioneer Woman. Suka baca resepi dia kat situ. Rasanya dah banyak kot amik resepi kat situ

IMG_0086

Roast chicken, mashed potato, chicken gravy ,steam green bean,roast carrot and corn 

2

Mashed potato. resepi untuk mashed potato ada kat sini Yang ni I double the recipe maklumlah anak dah besar makan pun banyak

4

chicken gravy. Takde resepi yang ni sebab I beli yang instant kat bakery shop.

6

Ni ayam yang belum masak. kalau ikut resepi dia dia guna butter, tapi I guna olive oil. Haruslah nak make it more healthier. Sumbat segala sayur  yang you all nak. Senang all in one dan lagipun bila kita letak sayur macam ni, Ayam akan more juicy takkan kering. Kalau bakar ayam sekor plak, sumbat dalam perut ayam tu dan letak sayur yang you all nak makan sekeliling tu. Jus ayam yang lepas panggang tu jangan buang. Kita boleh buat gravy. Senang je gravy. panaskan butter dengan tepung gandum (tepung dgn butter sama banyak dalam 2tbsp each), pastu masukkan jus ayam tu (stok), kacau pastu masukkan cream sikit dan rasakan pepper n salt. senangkan.

IMG_0083

Yang yang dah siap. Habis tau banyak ni. 3/4 chicken. Kalau nak buat sekor kena tunggu Rayyan besar sikit lagi :)

IMG_0082

Resepi untuk Ayam bakar / Roast Chicken

Ingredients

  • 1 whole Chicken, Rinsed And Patted Dry
  • ¾ cups Butter, Softened
  • 3 whole Lemons
  • 4 sprigs Rosemary
  • Salt And Pepper, to taste

Preparation Instructions

Preheat oven to 400 degrees (convection bake. If you’re using a standard oven, you can do 425.)

Zest two of the lemons. Strip the leaves off of one of the rosemary sprigs and chop it up finely.

In a bowl, combine softened butter, lemon zest, rosemary, and salt and pepper to taste.

Line a baking sheet with heavy duty aluminum foil and lay the patted-dry chicken on the foil, breast side up.

Use your fingers to smear the butter mixture all over the chicken, under the

skin, and inside the cavity. Cut the lemons in half and squeeze the juice of one lemon all over the chicken. Place the six lemon halves (if they’ll fit!) and the three remaining rosemary leaves into the cavity of the bird.

Place the chicken into the oven and roast it for 1 hour, 15 minutes or until done. Skin should be deep golden brown and juices should be sizzling.

Carve/cut up to your heart’s content and dig in!

 

Thank you Lee Drummond for the recipe !

credited to Pioneer Woman

Fried Wantan

wantan

 

Bahan-bahan

  • 10 ekor udang – bersihkan dan dicincang halus
  • 1 mangkuk daging ayam cincang
  • 25 keping kulit wantan
  • 1 sudu daun bawang yang dicincang halus
  • 1 sudu daun sup yang dicincang halus
  • 2 sudu kecil carrot yang dicincang halus
  • garam dan serbuk lada putih secukup rasa – sbb takleh nak rasa I letak 1/2 sudu setiap satu

Cara-cara

  • gaulkan udang dan ayam cincang bersama daun bawang
  • rasakan dengan garam dan serbuk lada putih
  • isikan inti kedalam kulit wantan
  • buat bentuk 3 segi, sapu air kat kulit wantan supaya lekat atau buat bunjut bunjut pun boleh
  • goreng  wantan sehingga garing