Category Archives: Review & Nice Places

Pau Yik Mun

Ada sesapa pernah makan Pau Yik Mun? Kalau dah mesti tau rasa dia kan. Hari tuh kiterang tengoklah rancangan Warung kita cite pasal makan-makan nih. FYI I suka tengok review pasal makan-makan. So terkena hari tuh tengok review pau yik mun tanjung malim. Mak Aih jauh nyer nak makan pau kena pergi tanjung malim. So dok pikirlah takan kat Tanjung Malim jer , sebab dia ada kilang mesti ada outlet kat KL. So searchlah kan finally jumpa ada kafe Yik Mun kat Hartamas Shopping Centre. Sanggup tuh dari jauh ke Hartamas semata nak makan pau. FYI we all satu family suka makan pau.

Ha nila rupa paunye…. Dia punya texture lembut sangat. Gebu and seksi plak tuh…. Kiterang order 10 biji sebab sedap. Pau kaya dia sedap kalau compare dengan kedai lain sebab kaya dia kurang manis.Kiterang order 3 daging, 2 ayam, 3 kaya and 2 kacang. BAnyak tak?

Peminat pau.. dari kecik lagi seka mkn pau…minum air barli. Air rasmi dorang. mana pergi mesti carik air barli. Standard piawai Ashraff Air barli kena 2 gelas dia sorang.

Tengok isi dalam dia seksi tak? I makan 1 daging, 1 ayam and 1 kaya.

And semua orang share mi kicap kuah kari

Nilah kuah kari dia…. sedap gak cicah dengan pau… napa dia takde plain bun boleh cicah dgn kuah kari… Tokey plain bun takde ker???

Ha nak tengok bill dia?? tadaaa. OKlah sebab pau dia mmg sedap. So sapa yang nak pergi, kafe dia kat Hartamas Shopping centre depan supermaket Mercato. Halal ok no worry.Hari tuh tengok dalam Warung Kita kilang dia bersih… Oh ya yang frozen pun ada jual…kat kedai dia. Ni mesti kena repeat nih…

Sakura Fuji..bestnya

Feeling betul dapat pergi Jepun.  One of country yang I nak pijak tanah dia adalah Jepun.So untuk mendapatkan feeling pergi ke Jepun, kita feeling dulu makan Japanese Food.

Last Weekend, kiterang pergi makan kat Sakura Fuji . Restoran dia kat Plaza Masalam. Satu level dengan Chicken Rice shop.And Kat level jugak ada gerai jual Takoyaki. Hish ni kena pergi lagi makan Takoyaki plak.

Ha dah sampai. AShraff dok belek-belek chopstick. Our makan-makan this time was joined by my SILs, Kak Ta, Kak Ma and her daughter, Ellix.

The appetiser, snow peas steam… entahlah snow peas ker. kurang tau. sampai jer kiterang ngap. Bebudak mmg suka.

Sukiyaki set. Harga dia dalam RM70 plus untuk 2 orang makan. ada udon, beef and rich of vegie. Yang ni mmg DIE DIE MUST TRY sedap sedap gilosss

Yang ni bahasa jepun apa dah lupa. Tapi bahasa melayu dia oyster goreng dengan bread crumb. maveles

Ni plak beef tepanyaki. Beef dia sedap sebab very tender . Yang ni Kheirul order tapi makan ramai-ramai…

Yang ni unagi set, my anak sedara punya tapi makanye sikit jer. So kiterang lah perabihkan. Unagi set dia murah kalau nak compare dengan Perpper Express hari tuh. Unagi set dia siap dengan vegie, soup, and beaded prawn. Besar set dia.Unagi aka belut dia sedap sangat … sedaplah tak tahu macam mana nak cerita….

Ni Makan baru sampai sikit jer. Ashraff tak berenggang dengan cousin dia. Ingat lagi dulu masa Ashraff  masih baby, cousin dia yang ni selalulah “jaga” dia, kiss lah ,kasi minum susu. Beza umur 3 tahun.Masa tu my SIL’s maid yang jaga sementara menunggu our maid sampai. Apa khabarlah maid dia sekarang. dia  dah balik Indon. She was so nice lady. And dia jugaklah yang train my maid.

Ha ni muka versi terkejut sebab banyak sangat. Selain tu ada sashimi (I tak makan sebab breastfeeding baby), tempura. Semua order 5 set. And setiap set comes with dessert.Yang makan adalah 4 adults and 3 kids. Bebudak suka sangat dengan seaweed. Suka tengok dorang makan berebut and pastu main lari-lari kat dalam bilik. Nasib baik kiterang amik bilik so takdelah kacau orang lain.

Ha.. ni bebudak buat picnic kat bawah meja. Dorang makan peas yang ke berapa bekas. Suka hati doranglah asalkan bahagia. Happy betul dorang hari tuh sbb ada get together.And Tak lupa to Kak Ma, terima kasih sebab belanja kiterang makan ye. Hehehehe…. So sesapa nak makan Japanese food yang sedap kat sinilah tempat dia. Staff dia pun very friendly.

and lastly,…. SawaScore dari kami

 

Sup Tulang Merah Beach Road

Inilah rupanye sup tulang merah kat Beach Road.Berminggu-minggu jugak la I dok termimpi-mimpi….2 malam berturut-turut jugak pergi makan kat Beach Road but at different gerai.So dah tau dah yang mana sedap. Kat situ banyak gerai sup tulang merah, so kalau nak rasa yang umph pergi gerai Deen Tiga Rasa yang opposite gerai Nasi ayam. Tapi kalau nak rasa light-light gitu pergi ler gerai hujung yang dekat tempat cuci tangan.

singaporetrip017

Best perkena dengan Roti Perancis.

singaporetrip018

Ha.. this is the way how to enjoy….abaikan background belakang… let me enjoy the sedapness. Ni orang mengidam tgh makan

singaporetrip020

Ha nak makan ni tak payah ler sopan santun…. gonggong jer… Sedap.. rasa dia cam lemak-lemak ada sikit manis, daging pun empuk jer. Tapi tulang tu keras tak leh makan.Kuah dia sedap, pekat. Kuah mintak lebih sikit. Ha , tulang tu jgn dibuang gitujer, sila amik straw and sedut sum-sum dia. sebelum sedut, letak kuah sesudu. Nikmat sum-sum dia yang lemak penuh berkolestrol, sampai ke otak.

Disebabkan 2 malam berturut-turut makan sup tulang merah, ada orang lose weight sbb kena jalan almost 20 minutes from Suntec to Beach Road. Balik amik taxi ler, sayang kalori sup tulang tuh.Kids pulak makan noodles.

Sup tulang merah is forever my favourite since small.

Incase malaysian nak pi, ckp kat driver taxi, nak pergi Food Centre Golden Mile, Beach Road for sup tulang. BTW, kat Haig Road pun ada satu gerai sup tulang . pun sedap.

Meh Tengok SawaScore

Edited by Kheirul: Direction to Golden Mile Food Centre.

From the Singapore City Centre… take the Beach Road, the food centre is in front of the Bus Station

View Beach Road Singapore in a larger map