Category Archives: SawaBlog

Salmon Huha Huha

Tadi dapat call, Philips cakap nak masukkan resepi Salmon dalam Philips AirFryer Recipe Book. That means, kalau you all beli Airfyer ni daptlah nanti resepi Salmon ni.. hehehe Alhamdulillah…Tapi takde bayaran pun .

philips2

Shopping Raya 2014

Macam biasalah..dah tengah bulan pasa ni baru nak cari baju raya. MAcam biasa simple. Beli sorang sepasang je. Pakai raya pertama. Aktiviti shopping raya bermula hari Ahad. Adeii penat tau pi shopping bebudak ni. Rayyan…sampai je terus cakap..mama lapar nak makan. Heee budak ni baru makan kat rumah tadi. Dia memang kuat makan. Tapi takpe I like. Suka melayan selera dia yang memang kalah orang tua. Tapi badan tetap kurus. Ashraff plak, baru masuk IKEA nak cari lambu bilik dia n Rayyan dah dapat lampu dia dah sibuk nak balik. Afriena rileks lagi sebab dia nak kasut  so takde bunyi lagik. Dapat je kasut dia pun samalah..mama bila nak balik????

image

cari lampu je tau

image

Main bawah katil…. dorang tanya naper tak beli katil ni?

 

Ye kena ke IKEA sebab nak cari lampu tidur untuk budak laki berdua tuh. Cari lampu malap untuk dorang. Pastu cari matress protector untuk Rayyan sbb without that, tilam dia panas.  Dah dapat semua tuh, baru pi beli food untuk Rayyan. Makan lah dia sambil orang dok tolak dia dalam stroller,

image

Nak makan ..nak makan pastu kata puasa

 

Dah habis IKEA, pi tempat fav KHerul plak…kedai hardware 45 min kiterang menunggu. Thanks IKEA sbb ada tempat budak lepak. Lepas ke Metrojaya plak cari baju Melayu. Baju Melayu kat situ not bad lah harga dia, kualiti kain pun bagus. Reason tak pergi Jalan TAR sebabnya bebudak i memang takkan pergi lah tempat panas..pastu bila tengok bersesak dengan harga yang sama je kat Metrojaya… baiklah pi tempat aircond. Fuhhh lama jugak nak menunggu lelaki-lelaki kacak try baju…. macam-macam peel. Sejam jugak lah dok tunggu dorang..pastu baru ke surau then baru sambung beli kasut Afriena n me….Habis je membeli terus balik rumah…Ba lik masak plak…

image

section baju Melayu. Sama je yang beza harga, jenis kain, design sesikit dan warna. Harga dari 94- 250

 

Shopping Raya bersambung masa cuti Nuzul Quran plak… Kiterang ke BAngi. Ingat nak ke Jalan TAR… wah suami I dah pot pet panas jem… hahaha .. Ke Bangi je lah. Sempat ke Jakel tgk baju Melayu n Kurung… peghhhh harga mengarut je esp baju kurung dgn labuci.  seribu lebih sepasang… baiklah ke Bangunan sebelah. Bangi apa benda lah nama dia. Beli baju kat situ je. Baju Afriena yang penuh labuci..suka lah sangat dia, lepas  cari baju I…simple je Cekak Musang Pahang. Kejap je pergi pukul 11 pukul 2 balik… So sekarang dah settle…

 

image

macam nilah gaya baju Afriena tapi warna purple lah…

Tema warna tahun ni… Purple for kids and blue for parents. ok lah tu… dah settle baju raya maka boleh duduk diam kat rumah.  Afriena dapat baju penuh manik suka lah dia. Glamer lah dia kan.  Takpe lah dia dah besar kena pandai melawa…

So you all dah siap baju raya? Dalam membeli baju raya, janganlah kita membazir, Ingat orang-orang yang susah di sekililing kita. Kalau ada duit lebih, sedekah lah sikit.

 

ok ciao

 

Roasted Chicken untuk berbuka

Kat rumah ni, juadah berbuka puasa mesti tukar tukar. Kalau hari ni makan nasi esok kena makan sandwich, tak pun pasta, atau masak western . Janji bukan nasi hari-hari sebab bebudak ni kalau makan nasi rasa kesian je sbb dorang tak berapa lalu. Cuba kalau berbuka makan pastake, sandwich ke, burger ke? laju je dorang tau. Begitulah anak-anak saya yang tak suka makan nasi. Jumaat lepas , I masak roasted chicken.  MAsakan paling senang lah… senang sebab tak payah cuci kuali, lap dapur semua kan. FYI, I tak suka masak goreng-goreng sbb nanti terpercik walaupun dah tutup.. Lagi suka masak boiling, kukus atau bakar.  Resepi masak roasted chicken ni senang je…

Bahan-bahan

  • 4 ketul whole leg of chicken
  • parutan kulit lemon dari 1 biji lemon
  • jus lemon dari 1/2 biji lemon
  • 8 ulas bawang putih – dicelur sekejap
  • 2 sudu kecil Rosemary
  • garam dan lada hitam secukup rasa
  • 3 sudu mentega

Cara-cara

  • campurkan kulit lemon dgn mentega, rosemary , garam dan lada hitam – gaul rata seperti paste
  • sapu pada ayam
  • bakar bersama bawang putih celur untuk 45 minit pada suhu 180 atau sehingga masak
  • sedia untuk dihidangkan bersama sos kegemaran.

Kali ni saya buat sos cendawan mc cormick tapi tumis  lagi dengan bawang. So dia karamel sikit sikit. Makan dengan mashed potato dan sayur yang dikukus dan bawang putih panggang. Sedap bawang putih panggan tu rasa macam butter je.

image

Haaaa letak butter macam ni lah

image

Dah siap masak. Jus Ayam tu jangan buang sebab nanti boleh jirus atas ayam masa nak makan

image

Inilah juadah berbuka puasa kiterang. Senang kan. Makan macam ni pun dah kenyang.