Category Archives: SawaBlog

Raya 2014: Raya kat Melaka

Tahun ni buat kelainan sikit. Beraya kat Melaka. Sewa homestay pastu masak kat situ. Sekali sekala beraya bukan kat kampung sendiri memang best. Semua happy sbb tak payah harung jam balik Kelantan. Pagi Raya tu pukul 6 lebih dah bangun. Bangun pagi cari ketupat dulu baru lah masak. PAgi tu just masak nasi beriani je, sbb malam tu dah siap buat redang ayam kampung dan  Daging Beriani. My mom buat acar. Habis solat raya, sedang elok boleh makan. Lepas makan salam-salam…rutin biasa setiap kali raya. Lepas salam baru pi beraya rumah nenk mertua my bro.Sejam jugak melepak situ. Makanan yang dicari ialah..rendang, lontong, sambal kacang dsb. Cuma tak jumpa lemang je. Abis beraya kat situ… kierang bertolak ke SIngapore. Just my family n mom. She missed her family kat sana. Dah sampai Melaka…pergi jelah ke Singapore. Bukan jauh pun. Cuma 3 jam je. Cuma yang tak best jalan jam giler.2 jam kat CIQ. Ok pasal Singapore esok kita cerita. Kita cerita raya kat Melaka.

1

orang lain dah bangun budak berdua ni belum. Tapi yang last bangun macam biasalah Rayyan

 

3

Gambar Family. 2 org takde. sorang tukang amik gambar, sorang lagi wife my bro sbb dia tak ikut

 

Kheirul plak takde

Kheirul plak takde

 

10

gambar cerah plak

11

dah dah masuk kereta cepat

 

2

sessi beraya…

asalkan dok diam. Nak duduk ngan uncle je lah

asalkan dok diam. Nak duduk ngan uncle je lah

13

cantik tak Afriena. Dia komplen tudung tu singkat…

Meriah jugak raya kat Melaka. Sepanjang dalam kereta, bila tengok orang-orang melaka beraya..wah meriah gak. Pakai baju sedondon macam satu kampung kaler sama. Dah mulalh masing-masing plan nanti next 2 years kita raya kat negeri lain plak. Idea yang bagus tu. Next Johor plak lah ye.

Raya 2014

Assalamualaikum…selamat hari raya semua

raya tahun ni, kiterang tak balik kampung. Kiterang tukar trend raya. instead of balik kampung, kiterang buat travel raya. Tempat yang dipilih ialah Melaka. Sebab Melaka dipilih ialah, my brother duduk Melaka and Melaka kira menarik lah..boleh lah my family beraya rumah besan kat Melka, lagipun my SIL baru balik dari Riyadh sebab kerja kat sana, jadi taklah dia travel sana sini untuk raya kan?

Raya hari Isnin, tapi hari sabtu dah check in kat Melaka. kiterangs ewa homestay kat sana…Homestay dia satu taman dengan rumah my brother. Senanglah… Nanti nak periuk nak lesung ke apa ke hello je. Memang masak bagailah kat homestay tu. Masak untuk berbuka, masak untuk raya. Hari Sabtu pagi pukul 10 dah bertolak ke Melaka. Jalan memang best lah. Sejam setengah dah sampai. Sampai je lepak besembang bercerita pasal baju raya..sekali…TIDAK!!!!!! Baju raya tertinggal kat rumah. Hahahaha boleh tertinggal baju raya. Benda paling penting tuh.Nasib baik Melaka je kan. So terpaksa Kheirul n my abah balik KL amik baju, while kiterang sambung sembang n kids sambung main PS2. Lepas tu kiterang keluar pi family store beli barang dapur untuk 4 hari. Petang tu balik, kemas dapur, potong bawang potong cili, mesin itu ini untuk 4 hari punya. Senang lah sebab nak masak je..amik dalam fridge nantikan. Sambil sambil tu pekik sana sini sebab anak anak sedara dok bergaduh lari sana lari sini.

petang untuk berbuka, kiterang masak, asam pedas ikan jenahak, ayam masak kicap, sayur kacang panjang goreng, ulam ulaman, sambal tempoyak dan petai. Bayangkan lauk atas meja…buat mcm buffet lah..sebAb adik beradik ramai, campur menantu and cucu.lepas tu my brother tambah dengan rojak plak… Memang lengkap lah. Habis makan, ada yang ke masjid ada yang main bunga api kat depan rumah. Terpekik pekik main bunga bebudak ni.

Dah habis main kat luar main dalam rumah plak… Pastu gaduh gaduh,astu berlari sana sini.. Pukul 1 lenih jugak kiterang tido. Yang bestnya yang girls tido satu bilik, boys tido luar, my parents satu bilik and lagi satu bilik utk another family since my SIL menyusu badan and with newborn kita kasi dia satu bilik lah…bersembang jer… Yang boys kat luar siap menjamu selera dengN capati kat luar. Tak larat lah makan…cuma sedar sedar my mom dah bangun sahur goreng mihun. Rayyan pun bangun nak makan sahur jugak. Lepas tu dia tido balik then bangun pukul 10 lebih. Dia lah yang paling lambat bangun.

Esoknya…bangun pagi menyibukkan diri buat ketupat plak. Buat ketupT pulut. yang tu serah kat my parentlah. Selalu my abah lah yang sibuk kat dapur menolong mak … Pastu bungkus tu siblings yang buat. I plak keluar pergi Mydin teman Kheirul  potong rambut, lepas tu cari sotong barng sekilo dua sbb nak masak, sotong goreng tepung untuk berbuka. Sambil sambil tu jamu mata dengan baju raya murah murah kat situ. Benci tau..

balik rumah my turn plak masak. Menu hari tu ialah.. Sup tulang hasil tangan parents and sisters,the. I masak siakap sweet sour, sotong goreng tepung n sayur by my sis. Sayur kacang panjang dgn kepala sotong. Oh ye semalam sayur peria dgn telur ..chinese style..

biasalah..makan mesti bising. Habis makan kemas..lepak sembang samapi pukul 3 pagi kot… Itulah jadi ya kalau tido sebilik. Tapi takpe bukan selalu kan…esoknya pagi bangun pagi kena siapkan bebudak, pi solat raya boys jelah…pastu nanti kita sambung cerita ye…

Maggi Goreng for buka puasa

maggi goreng

Macam biasa, sebelum semua keluar pergi ke destinasi masing-masing, I akan amik order. Tanya nak makan apa untuk buka puasa. Kali ni pelik sikit, sbb dorang nak makan maggi goreng. maggi goreng??? ok ok I’ll make maggi goreng. Punyalah tak nak makan nasi kan. Masak 4 paket je. Letak sayur, letak lauk dan goreng. Senang je. Pukul 7 sempat lagi goreng. Buat macam kedai mamak, cuma takde tauhu je. Malas nak beli tauhu kat kedai sebab, asal beli je, rasa dia macam rasa masam sikit. Sambutan maggi goreng??? Memang lah sangat laku. Bertambah-tambah makan bebudak. Suka plak dorang makan. Tukar selera kot, selalu berbuka, kalau tak makan nasi, makan mee, tak pun roti atau pasta. So far for berbuka dah ada chicken chop, laksa, mee, burger, sandwich, pasta , roasted chicken n nasi goreng kot.

Ok lah ni dia resepi maggi goreng

Bahan-bahan

  • 4 Maggi perasa kari – celur sekejap, rencah amik 3 je
  • 1/2 mangkuk sotong yang dah dipotong
  • 1 ketul fish cake
  • 1 mangkuk taugeh
  • 4 sudu kicap
  • 2 ulas bawang putih – cincang lumat
  • 1/2 biji bawang besar hiris nipis
  • 2 biji telus
  • 1/2 biji cili merah cincang – boleh guna cili kisar
  • limau kasturi
  • daun sup dan daun bawang
  • bawang goreng
  • sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  • Panaskan minyak, tumis bawang dan cili hingga naik bau
  • masukkan sotong, kacau sampai setengah masak dan masukkan fishcake
  • Kacau seketika dan masukkan rencah
  • Kacau rata dan masukkan mee, kicap
  • Kacau rata, hingga kicap sebati, dan masuk kan telur ditengah-tengah
  • Biarkan telur masak, gaul rata dan masukka taugeh
  • Masak sekejap tapi jangan biar taugeh layu, dan angkat
  • Hidang dengan daun sup, bawang goreng dan limau kasturi.