Category Archives: SawaBlog

Hari-hari sekolah

image

dah kena isi 3 botol air

 

Dah start sekolah dah masing-masing. Ashraff darjah 5, Buku teks tak beli lagi ni. Afriena plak darjah 4. Buku teks pakai yang Ashraff punya je lah. Rayyan pun dah sekolah. Dia started hari Isnin lepas. Dah seminggu lah sekolah dan hari masuk minggu kedua masih lagi nangis. Adeii…  Tak pe sekejap dia nangis tu. Mama dia yang kena kuatkan hati. Cikgu cakap dia nangis kejap je, lepas tu dia main-main ngan kawan lari sana sini sampai berpeluh dah tak ingat semua benda dah.

pastu cukup masa balik, nampak mama dia senyum je. Sepanjang jalan bercerita belajar apa kat sekolah. Sampai rumah tak sempat buat apa dah dia bukak beg nak tunjuk ada homework atau apa dia belajar hari ni. Like last week, balik sekolah je, abang dan kaka dah standby dengan soalan

Baru balik sekolah..singga kedai beli jajan untuk dia n abang kakak

Baru balik sekolah..singga kedai beli jajan untuk dia n abang kakak

Soalan Ashraff,

Rayyan, ada orang pukul Rayyan tak tak kat sekolah, Cikgu ada marah tak? rotan? cubit?

Nanti Rayyan jawap…semua tak de

Kakak dia plak..

Rayyan, ada home work tak hari ni? meh kakak cek..

Cute kan dorang. Soalan ditanya berbeza tapi niat yang sama. Iaitu ambil berat.

Pasca Banjir

Ahamdulillah… last weekend dapat gak balik kampung. Berbelah bahagi nak balik takut terkandas banjir kat mana-mana. Tapi dipermudahkan. Kiterang lalu Muadzam. Punyalah rasa jauhnya. Kalau pi Phuket dah sampai dah kot. Sampai je Kelantan, masuk Machang, jalan punya lah sesak. Sesak dengan truck, lori dan kereta misi bantuan. Bila dah masuk Temangan nak ke Kampung Kerilla… sepanjang jalan tu dapat tengok kesan banjir. Macam lepas tsunami ada, macam lepas perang pun ada. Kaddan kat situ macam takde warna . Cuma warna kuning perang selut.  Sampai rumah je, duduk sekejap… betulkan tuang belakang yang sakit, lepas terus tolong cuci rumah.  takde dah mandi-mandi ke apa, sebab takde air. Cuma Rayyan je, menyibuk nak main air. Pakcik-pakcik layankan je, main air baldi sambil dorang cuci lantai. Lantai dinding penuh selut, kalau bahagian bawah tu, kat siling berselut, dengan kerusi rotan tersangkut kat atas tu. Daif sangat-sangat keadaan rumah, tapi macam mana pun tetap bersyukur masih ada rumah dan keluarga selamat. Dinding bilik semua dah kena  buka, meaning rumah takde bilik sebab , dinding bilik pakai papan lapis je. Bila terendam air 3-4 hari, maka papan lapis bertukar menjadi macam kertas. Kalau bahagian atas rumah pulak, dinding sebelah hilir dah terkopak dengan tiang senget bagaikan tunggu masa nak tumbang. seriau je tengok. Dia jadi cam gitu sebab air deras sangat dan air cari jalan keluar. Itu yang dinding terkopak tu. Kalau rumah batu untung lah sikit . Paling kesian rumah jiran tepi sungai, hanyut terus.

ni masa air baru nak naik...lepas tu nampak bumbung jr lah

ni masa air baru nak naik…lepas tu nampak bumbung je lah

Dua  hari berturut -turut bersihkan rumah. Sampai belakang rasa sakit sangat. Nak berjalan pun rasa sakit. Risau takut sakit lama berulang kembali. Tolong bakar sampah, sementara tak hujan sebab takut jadi sarang ular kalau tak kemas kat bawah. Lepas tu susun stok makanan pemberian orang ramai.  Memang banyak stok makanan, cukuplah untuk sementara musim tak bekerja. Baik sungguh orang Malaysia, dan baik sungguh NGO-NGO. Let alone yang nak berpolitik dengan mengambil peluang dengan plastik parti, mineral water parti…adehhh you wasting money. Baiklah duit tu bagi kat mangsa banjir supaya boleh kumpul baiki rumah. Lepas tu tolong susun baju pemberian orang . Macam-macam perangai orang derma baju. Ada tudung koyak rabak, ada baju dah jatuh standard kain buruk (yang ni tak buang, memang buat kain buruk) Ada baju tak siap jahit, Ada yang bagus kasi kain cadar , kain ela untuk buat langsir. Tapi paling kelakar ada orang kasi seluar dalam yang habis getah tahap Big Momma. Terus bakar buang. Biarlah berpada nak sedekah kat orang.

koto

keadaan rumah, ni baru lepas buang selut ni… patutlah my mom pening kepala katanya,, sebab dia tak suka rumah sepah and kotor

ni sebelah hilir, tak nampak plak gambar dinding and tiang senget. I tak amik gambar pun ni my sis yang amik. Punya lah bau busuk bangkai …walaupun dah tanam 2 ekor ayam mati. masih ada lagi tapi tak jumpa

Buat masa ni, keluarga masih lagi berusaha nak bermula semula. Barang dalam rumah semua kena buang. Perabut kayu pun kena buang. Semua lah kot… kecuali meja makan dan mesin basuh kot yang cuma boleh guna. Takpelah perlahan-lahan beli ..kalau ada rezeki. Yang penting kena baiki rumah. Apa -apa pun terima kasih bagi yang menderma… sebab memang membantu sangat-sangat. Pihak NGO dan persendirian  sangat -sangat baik, hanya Allah yang dapat balas jasa mereka, tak kira melayu cina india, berlainan bangsa dan agama semua datang tolong. Kalau time hantar makanan , kalau kita tak amik dia akan panggil. barang dah banyak pun dia suruh ambil. Selalu, penduduk yang I nampak lah, dorang akan tanya dulu… barang apa yang ada ..nappy ada , sejadah ada, pelikat ada…So far takde nampak berebut lagi. Ada jugak keluarga dari persendirian yang hantar makanan bungkus, siap datang tanya dan dapat ke makanan? Selalu  I tengok my brother amik 20 bungkus, 10 untuk family kiterang, lagi 10 untuk dihantar ke rumah jiran tepi sungai. Dorang jauh dari tepi jalan maka susah lah sikit nak makanan. Takpelah saling membantu, tak boleh tamak. Ashraff and Afriena suka lah dapat tumpang bakar sampah. Sambil bakar sambil cakap,,, nanti jerebu .

Kisah di penempatan pun menarik didengari. Ma saya cakap kat sana, dia boleh siap masak roti canai untuk ahli keluarga kami. Nasib baik dorang bawak dapur. Dapat lah merasa makan nasi berlauk ayam. Ayam pun amik mana yang jumpa atas pokok yang hampir ditenggelami air. Ayam-ayam lain banyak mati sbb takde tempat nak pergi.  Dapat lah jugak makan sayur betik muda yang mana dapat amik sepanjang duduk atas perahu sebab dah takde makanan lain kan. Kucing abah plak kesian dia… dia lari naik atas bumbung. 4 hari kot berhujan bersejuk dia. hari-hari pergi antar makan. Nasi kosong pun dia makan. Paling sedap pun nasi ngan budu. Ajak turun tak nak …kesian dia kan. Terus teringat Abu plak.

Banjir besar yang pertama kali dialami sepanjang hayat kami, banyak hikamah dia. Ujian ni bukan untuk mangsa je, tapi untuk kita semua. Apa yang penting hidup kena bermuafakat tak boleh bergaduh. Lepas ni orang -orang tertentu boleh lah guna otak  kuasa masing – masing untuk lebih memberi perhatian kepada alam sekitar. Jangan di tarah bukit sebab laparkan kayu balak,  jangan dok nak korek tanah nak cari bijih, jangan tarah je bukit, sayangilah sungai kita…jangan le buat yang Allah tak suka. Sepatutnya apa yang kita ada ni di simpan elok jaga elok.. Sungai yang ada boleh dijadikan sumber pencarian. Yang penting lombong bijih tu perlu di ambil berat! Pengurusan sampah sarap juga perlu ada di kampung pendalaman.

Sekian

2015 dah…. kita flashback 2014 dulu

Baru nak update blog…apakah yang sudah terjadi dengan diri ini? Adakah malas kian menebal? ENtahlah…mungkin kerna harus berebut  komputer dengan nak-anak yang super pandai dengan teknologi masa kini.

Ok lah saya rasa tiba masanya nak flashback

Tahun 2014, tahun yang best banyak pahit manis.

Manisnya

Paling manis, kami berpeluang menunaikan umrah sekeluarga. Rancang hanya di bulan Dec, tempahan pula sebulan sebelum pergi. Subhanalllah tempat yang sangat hebat.  Kalau boleh nak pergi lagi dan lagi. Bukan kami yang tua ni je yang nak pergi lagi, anak-anak selalu bertanya bila nak pergi umrah lagi? Tidak seperti semasa ke mana-mana tempat… sampaikan Ashraff mula membuat kerja rumah mencari upah untuk menyimpan wang untuk menunaikan umrah. Entah berapa tahun baru dapat pergi kalau upahnya RM1 untuk cuci pinggan, RM2 untuk cuci tandas. Apa-apa pun insya allah, kalau diizinkanNYa, ingin kami ke sana lagi dan lagi

Banyak lagi yang manis.. saya menang pertandingan memasak, walaupun tempat ketiga dan bahagian kategori. Menang hadiah contest yang best. Alhamdulillah rezeki. Selain tu yang best, pergi PHuket buat kali kedua. Hahhhh mestilah best bila dapat ke pantai. We are the beach lover!!!

BEst datang Phuket ni. Makanan best, oRang pun friendly. Insya Allah tahun ni nak ke tempat lain plak. Itu antara yang best lah…Ada gak yang tak best

Yang pahit tak berapa manis

Rayyan dua kali kena jahit kat muka. Sekali atas batang hidung sebab terhantuk katil. Dia lom-lompat sekali kena kepala katil. Yang tu seminggu sebelum umrah. Bukak jahitan pun di Madinah. Lepas raya kena jahit lagi sekali, terhantuk masa berenang. Yang ni dalam luka dia. Sampai sekarang saya tak bawa pergi berenang.

Sebagai penutup tahun 2014, Banjir besar melanda kampung. Memang satu kampung tenggelam. Kami terputus hubungan untuk masa yang lama. Masa tu makan lalu sikit je, Mandi tetap bash tidur memang tak lena, sebab risaukan orang tua dikampung. Entah makan ke tidak, dapat bantuan ke, dah berpindah ke. BAnjir kali ni adalah pertama kali menenggelamkan kampung kami. Ada juga rumah yang hanyut. Ujian Allah yang pastinya ada hikmahnya. Dia mahukan kita sentiasa ingat kepadaNya. Alhamdulillah ahli keluarga selamat, walaupun satu benda puntak dapat diselamatkan dalam rumah ruma meja makan je yang dpt selamat. Pinggan mangkuk dapatlah… Sepanjang banjir tu, kucing kesayang abah, duduk atas bumbung tak nak turun walau dipujuk. Makan pun nasi ngan busu je. Kesian dia. Nanti lah saya udate cerita pasca banjir

Selamat tahun baru, Semoga hidup kita lebih diberkati, buat azam yang baik. Kalau yang belum menutup aurat, marilah kita menutup aurat, Kalau yang belum behenti rokok, behenti lah merokok, kalau ada yang belum lengkap solat, marilah cukupkan solat, tambah ilmu didada dan sentiasa istiqomah. Ini ingatan untuk saya juga yang serba tak sempurna.