Category Archives: SawaBlog

Has Raz Western Food & Beverage

Masa cuti tahun baru hari tu, semua orang balik kampung, bercuti lah..sob sob sedih nya huhuhu..tapi kiterang disini. aik kereta ronda KL, jalan punya lengang. Hari jumaat tau. Lengan tapi penuh ngan warga asing. Dah rasa macam dok bangla pun ada dok vietnam pun ada.  Pusing-pusing ronda-ronda sampailah ke Ampang. Lepas solat maghrib, cari tempat makan. Tengok banyak tak menarik sekali lalu depan pestauran Has Raz…mmm nampak sedap , tenang je.

Hahaha masuk dalam tu..wah ada western. Suka lah bebudak ni. Rayyan n Afriena order Hotdog cheese, Me n Ashraff order sizzling lamb chop and Kheirul order sizzling chicken chop. Tak sampai 20 minit makanan dah sampai. terkejut gak eh cepat nye. Meh tengok gambar

image

Ni budak berdua tu punya. sorang satu lah. Habis makan hotdog Rayyan usha I punya lamb chop.Dia kata nak rasa je, bukan nak makan. Tapi dia punya rasa setengah pinggan dia makan. Bayangkan kalau suap dia ala ala nak rasa, satu suap untuk dia, satu suap untuk mama, lepas tetiba Afrienaa nak try sikit, pastu tetiba afriena mik fries.. you all bayangkan kasih sayang tu kat mama asyik nak pow makanan mama je dorang. Rayyan kata sedap. Ashraff diam je, I tau sedap. Dia kalau sedap dia makan diam, sbb dia tak nak orang tau apa yang dia makan sedap so that takde orang mintak. Papanya plak tengok my lamb chop macam kucing tengok ikan. Dia rasa sikit, lepas dia kata..kesian mama ..mesti tak cukup. order lagi satulah..ehem ehem..padahal dia pun terliur sbb chicken chop dia dah abis makan.

image

Ni la rupa lamb chop dia. walau nampak messy…tapi sedap. gravvy dia sedap sesuai dengan harga RM18. No complain alhamdulillah sedap dan kalau boleh jilat pan tu, agaknya Ashraff jilat kot. Dia kata sedap. Seriously kalau dia kata sedap…dah makan 1 pinggan lebih-lebihsebab kita orang tambah order untuk share berempat..lepas tu dia pi sudukan kuah sampai licin memang sedaplah. Memang akan repeat lagi kalau nak makan western yang murah.

image

Ni chicken chop kheirul. Sedap. I rasa sikit je… dia pun sama makan senyap je. Ni semua taknak kasi orang rasa lah kan hahahah…ayam dia juicy, lembut, gravy sedap.

image

Ni lah rupa kedai dia. Suasana tenang, orang ramai tapi manageable. Memang orang tak tunggu lama untuk dapat makan. Lepas tu pekerja kat sini semua peramah, sangat islamic oriented, masuk je kasi salam, senyum dan yang lebih penting, I could see lot of loves kat sini. Kasih sayang anak-ibu dan adik beradik. I guess this is family business. Subhanallah…

You all patut try makan sini. Ada burgers, lamb chop, steaks chicken chops and banyak lagi.

Here is the MAP

NO.8 GROUND FLOOR, JALAN AWF 3, AMPANG WATERFRONT, 68000, AMPANG,SELANGOR
Ampang, Kuala Lumpur
016-376 3369

Pais Ikan Patin Sedap

Sapa pernah makan? Sedap giler woooo…Yang ni my SIL beli kat Pekan pahang. kat restaurant mabiq. Beli pastu kasi frozen , lepas tu dia bawak mai rumah. Esok tu terus bakar. masa bakar tu, mulut

Rayyan dok bising. mama..masak apa tu sedap nya.

Pastu datang lagi, mama bau apa tu, sedapnya bau…Rayyan nak makan yang ni lah..Rayyan suka

Jap lagi datang lagi.. mama masak fish ke, Rayyan suaka makan fish…

Abang n Kakak dia takdelah kejap kejap datang cek dah masak ke belum, sebab dorang ni bukan penggemar tempoyak. makan tu makan lah…tapi bukan macam Rayyan. Ni betul copy paste papa dia kot.

Rayyan sebenarnya..tekak orang putih  yang suka makan cheese. Kalau boleh Mac n Cheese jer. Jangan sebut Macaroni lebih-lebih lagi time cheese dah habis sebab dia aka mintak jugak buat. Taopi dia kalau nampak atau bau maask tempoyak patin, dia mesti nak makan. Seera orang tua terus dia. Kalau pi makan patin tempoyak kat Bangi, kat limau nipis tu kan, memang dia soran glah makan sebekas tu.Dengan kuah kuah dia hirup ala ala creamy mushroom soup. Kali i Pais plak. Ada dua keping ikan, memang sekeping tu dia sorang lah. Kejap-kejap cakap sedap. Dulu pernah gak buat Talapia bakar tempoyak ..pun dia suka. Memang suka makan tempoyak kot…

Kena cari resepi pais patin, da yang pasti kena pi cari patin sungai pahang kat pasar tani kat MAEPS tu.

image

Ni lah restoran tempat my SIL beli Pais Patin yang sedap tu. Cukup rasa semua. Sedap sampai rasa nak makan daun pisang dia sekali. melampau kan. My SIL cakap kedai makan ni, tolong sekoalah tahfiz, maahad and anak-anak yatim dari segi kewangan dia. Sekolah mana I tak tahu plak. Patutlah sedap sangat.

image

Ni lah rupanya… sedap cukup rasa. I bakar 10 minit one side, then 5  minit another side, lepas tu tutup api, letak atas pinggan dan aluminium foil tu akan tolong masakkan lagi for another 5 minits. Baru lah tak kering. Ikan ni memang juicylah sebab ada omega 3 hahhhaa…Sapa ada resepi dia, please please

Sekolah 2016

Dah 2016 dah… We getting old and kids makin membersar. Hari ni semua senang bangun. Alhamdulillah. Afriena bangun dulu then Ashraff. Rayyan pukul 7.30 bar bangun. Yang lain tak breaskfast sbb kat sekolah memang ada breakfast. Actually ikut mood dorang , kadang dorang nak makan kat rumah, kadang makan kat sekolah. Rayyan pun sama. Tapi tadi Rayyan mintak roti sapu nutella dengan cheese sekeping. Lepas tu  baru pi sekolah. Sambil berjalan sambil tanya, esok sekolah lagi ke? hahahah baru hari pertama sekolah.

Semalam baru settle semua alatan sekolah. Semalam lah pergi taklimat kat sekolah, amik buku kat sekolah, uniform kat sekolah, singgah kedai beli stokin, pensil and so on, pastu balik rumah balut buku. Habis balut buku, bawak budak swimming then malam tu ajar dorang gosok baju.Sejam jugak dorang gosok baju untuk seminggu. LEpas tu barulah mamanya dapat gosok baju papanya. LEpas brief Afriena pasal tisu toilet … guna toilet alas tisu.. hahahha Perempuan guna toilet kena las.. laki takpe.

Dah settle tu semua, pukul 10 baru tidur, while papanya masih kat ofis. Pukul 4 pagi baru balik. Bos nya pun macamlah tak tunggu esok. Macamlah staff lain takde family. Sabar je papanya. ORang yang sabar tu orang yang kuat .

Anyway, pagi ni as at 7.30 semua kerja rumah dah siap. Maka boleh lah I buat apa yang nak buat heheheh

Anw… Selamat bersekolah anak-anak semua.