Category Archives: SawaBlog

Avent Feeding Bottles

Rayyan sekarang still on breastfeed. A really good sucker!!! Kuat minum susu. Lepas minum buat kuih yang banyak. Lepas buat kuih minum susu pastu baru tidur.Kalau tak tidur dia lepak dalam carrier. Pastu kalau orang tak layan dia untuk beberapa minit, mulalah meraung. Kuat plak tuh. Dulu masa kat hospital, kalau nangis, suara dia paling kuat. Dengar suara nangis jer, hahaha hati mesti berbisik, anak aku lah tuh…tapi dia nangis kejap jer.

Now Rayyan dah mula senyum involuntary. Cute sangat.

Ha last Saturday, Me and Rayyan terlepas ke shopping complex. Wah rasa cerah duniaku bila nampak shopping complex. Tujuannya nak beli botol susu sebab nak pump susu. Bukan apa, nanti I nak pergi Spa ke, mengurut ke, kena tinggalkannye dengan papa dia so,kenalah pump and isi dalam botol.Pump susu tak payah beli sebab yang time Afriena dulu ada lagi. I’m still using Avent ISIS out and about. manual punya. Masa tu beli kat mothercare ada sales dalam harga RM279. Murahlatuh sebab harga pasaran sekarang dalam RM389. Oh ya botol yang I beli tuh ada 3 botol, harga dia RM60.90. :)FYI, kot kot ada orang nak tau berapa harga dia kan.

Note: Nanti I sharekan my breastfeeding experience ok?

Mahu tapi……….

Kalau nak dikirakan sekarang dah nak masuk bulan kelapan I jadi surirumah tangga yang berjaya dan penat. Tiba-tiba hati ni terasa nak kembali berkarier. Yelah… dulu cukup bulan, dapat duit. Takdelah banyak tapi setakat nak berjoli, bayar duit kereta , simpan and shopping yang almost setiap hari (cuma tak di blogkan jer), tolong mak bapak. rindu pulak perasaan itu. Bukan nak cakap sekarang cukup bulan tak dapat gaji tapi cukup-cukup je lah. keperluan shopping dah dikurangkan. Alhamdulillah selagi kereta berbayar, cukup makan and pakai. Terima kasih suamiku sebab surirumah pun dapat gaji. Tapi gaji takde potong KWSP and income tax.

Tapi bila dah kerja sapa nak uruskan anak-anak? Dulu masa nak berenti, company nak counter offer pun I tak nak. Siap cakap, u offer I 10K pun I tak nak. berlagak … hahah sebab I nak jaga anak and in the mood of pregnancy masa tuh. Now, kalau dapat offer mana nak letak-letak anak-anak? Ashraff will be going to Standard 1 next year. sure busy dia sbb sek agama lagi, sekolah biasa lagi. Afriena Kindy and yang paling penting sapa nak jaga Rayyan yang cute tuh?

Maid? We’re no longer trust maid esp indon. BTW, Maid Siam ok tak? But having maid staying with us kat rumah macam privacy kena rampas plak. Hantar nursery? Hish banyak na kes dera-mendera budak nih. Pastu kat nursery bersihke cara dorang sediakan makanan? selamat ker, Ha I baru baca berita pasal baby umur 9 bulan mati tercekik fishball??? bengong , pesal nursery tu boleh kasi baby mkn fishball?

So, hasrat nak bekerja tu berkubur jelah. Kalau I nak jugak kerja and ada duit sendiri kena lah work from home. Any idea apa kerja boleh buat?

They are more important than money..anak-anak

 

Minum Air semasa pantang

Ha.. ni nak cerita pasal minum air. Orang dulu-dulu, kalau masa pantang mesti tak kasi minum air. Kalau kasi pun minum sikit jer. Dorang cakap kalau minum banyak air, perut kembanglah, urat kembanglah, sakit uratlah… apeda.

For me tu semua tak masuk akal. sorry to saylah kot kot ada yang tak minum air masa pantang. Everytime masuk hospital or monthly check -up , mesti doctor, nurse or hospital attendant dok pesan, Yati, minum air banyak ye. no such thing nanti perut kembang ke apa.Air tu penting sebab kalau tak minum air macam nak nak produce susu.MAcam mana nak cepat sembuh.

Sebab musabab pentingnye kita minum air masak dalam pantang ialah:

  1. Supaya badan kita dapat buang segala toksik dalam badan
  2. Membantu proses penghadaman
  3. membantu mengelakkan sembelit
  4. membantu menurunkan berat badan dengan cepat
  5. menambahkan kuantiti susu dalam badan
  6. membantu mempercepatkan penyembuhan luka

lain-lain tu you all cari le sendiri.. tapi minum air tu berpada-pada ler. jangan pulak minum air berais or air berkarbonat. Minum air suam.

Pada yang menyusu badan, memang le memerlukan air yang banyak sebab, bila anak isap susu je, terus sepantas kilat terasa dahaga…