Category Archives: SawaBlog

Potty Training

Rayyan tak lama lagi nak masuk 3 tahun. Tapi manja tahap kadang-kadang malas nak layan. Kalau mengamuk , merajuk kalau pujuk tak layan, memang kena denda la. Tak kira ahh nak cakap apa, malas nak layan takut jadi habit. Merajuk je nak kena layan nak kena pujuk. Last year dah plan dah , tahun ni ke start potty train. Kena train Rayyan pakai toilet tapi sejak kejadian terkencing tu, dia dah takut dah. Kalau cakap tak payah nappy..mesti dia cakap no no no nappy…cepat-cepat amik nappy. cuak kot tetiba tengok basah .

I takdelah pengalaman sangat potty train bebudak ni, dulu kerja kan.. so Ashraff n Afriena potty train kat day care je. tapi balik rumah kelam kabut nak nappy especially Ashraff sbb dia tak boleh nak berak kalau takde nappy.Umur 5 tahun la gak baru totally no nappy.  I ada blog pasal tu. Jadi papanya sangat baik hati… dia cakap takpe lah tunggu dulu. Disebabkan katanya tunggu, jadi kena stock up nappy dia. Rayyan ada masalah dengan nappy lain kecuali mamy poko. So nak beli kena tunggu promo. Hari tu ada promo sampai 4 papa dia beli.

190120131232

Hah amik  kau… padahal kat rumah ada lagi 2 pek. Tapi takpe  bukan membazir pun. Masa beli harga dia RM41.88 selalu harga RM50 lebih.

190120131234

Muka budak demam, baru balik klinik. Doktor nak check dia punya susah..semua dia tutup…sambil cakap NO NO NO. Tergelak je doktor.

Makan Burger King

Dah lama tak makan burger King…ada kat 3-4 tahun kot…ye ke..memang lama giler. Dulu masa kerja kat Singapore  tahun 1996, selalu gak makan. Maklumlah kat Malaysia takde lagi masa tu…so harusla. Kalau ke Burger King takde lain yang diorder, mesti Mushroom Swiss. Sebab ada mushroom dan sangat sedap.

190120131229

Fries makan panas-panas sedap la

So semalam lepas stock up nappy untuk Rayyan, terus kiterang ke Burger King.Lama giler tak makan. Sorang order satu set. Semua tamak kan? Swiss mushroon dia dah kecik, Ingat boleh share dengan Rayyan si budak demam ni rupanya dia makan 3/4 of the burger. banyak tu . So terpakasa papa dia pi beli untuk mama lagi. But kali ni I try Grill Chicken. OK  sedap gak . Ashraff and Afriena macam biasa cheese burger, tapi si Afriena makan sikit then dia kata nak bungkus makan kat rumah. So dia melayan makan fries panas-panas, Kheirul macam biasa dari dulu sampai sekarang Whooper je yang dia order.

190120131227

Afriena ..rambut dah panjang. Nak potong tak kasi. Dia kata nak simpan panjang

190120131228

Budak baru baik demam. Dapat MC lagi hari jumaat tapi still pi sekolah . Takpe bukan berpanas pun kat sekolah. Dok dalam building je.

190120131231

Favourite Kheirul – Whooper

190120131230

This is mine. Teringat masa pregnantkan Ashraff, nak makan Swiss Mushroom BK, pergilah Kheirul ke BK Bangsar tengah-tengah hujan dgn superbike dia. Balik kuyup . Tapi dia tak bebel sbb bini dia yang mengandung nak makan pun dah cukup baik.Masa tu asal masuk makanan je muntah. Yang paling kelakar tengok ayam dalam TV pun muntah. mengandung sulung you

Oklah makan Burger King sekali sekala…. kalau selalu tak best gak kan.

Pink Room

pink

Ni bukan bilik Rayyan ni bilik Afriena. Malam nak tido kena ON lampu pink…. sabar je la. Rayyan tu sebok je lebih nak tido ngan kakak. Tapi tak sampai setengah jam carik mama. Rayyan share bilik dengan Abang dia. mostly weekend tido bilik sendiri.Bilik Afriena ni, kalau boleh semua nak pink tapi kiterang buat sikit je pink. Pink wall, Langsir bunga pink, langsir purple , lampu pink dan katil cadar biru.