Category Archives: SawaBlog

Resepi Sup Cendawan

 

Ini adalah cendawan Korea. Jarang kat rumah ni dapat makan mushroom sebab si suami alergik dengan mushroom. Cendawan korea ni, pelik sikit sbb dia ketul-ketul besar. Tapi rasa dia sedap. Lagi sedap dari cendawan tiram. Tapi takleh la lawan cendawan pbusut dan cendawan sisir. Dulu kat kampung, selalu la dapat makan cendawan sisir masak lemak cili api . Kecik-kecik dulu selalu cari kat batang getah lepas musim hujan. Cendawan busut (kulat pusu) plak akan tumbuh kat kawasan busut. Selalu masa kecik-kecik, kalau kulat busut tumbuh maknanye nak banjir. Entah betul ke tak. Selalu kat  rumah , mak masak kulat busut dengan cara tumis iar campur dengan pucuk manis dan pucuk miding. Kena pulak dengan ikan masin goreng ke, Makan dengan nasi panas time hari-hari hujan…pehhhh.Tapi awas jangan main kutip je cendawan sebab banyak cendawan beracun. Cendawan beracun boleh buat kita pening, muntah, mabuk-mabuk dan paling takut membawa maut. Sila tanya orang tua.

Ni resepi plak , resepi untuk anak bandar la.Ni cendawan korea, hari tu test sedap manis rasa macam ayam

INGREDIENT

  • 1 mangkuk cendawan korea
  • 1 keping dada ayam -hiris nipis
  • 1 sk lada hitam tumbuk
  • 2 biji bawang putih -tumbuk
  • 2 biji bawang merah hiris
  • 1/2 cawan air
  • garam secukup rasa
  • daun bawang untuk tabur hias
  • 1 sb minyak untuk menumis

METHOD

  • Panaskan minyak, tumiskan bawang dan lada hitam hingga naik bau
  • masukkan ayam,kacau hingga masak
  • tambah sikit air (jgn banyak sbb cendawan akan keluarkan air)
  • bila mendidih, masukkan cendawan
  • rasakan dengan garam, bila mendidih tutup api
  • tabur daun bawang , sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas dan ikan masin goreng

Note: Masak dengan ikan bilis lagi sedap. cara: tumis dgn ikan bilis. Dah siap tabur plak dengan ikan bilis goreng

 

 

ZZ Sup Tulang

26012013832

Akhirnya, berpeluang jugak nak makan kat sini. Last year masa pi Singapore, hajat nak singgah sini kedai tak bukak plak. Kali ni pergi memang dah plan dari KL. Pukul 2 lebih kot sampai, ke pukul 3? Lupa la…

26012013833

Ini lah suasana restoran dia. Memandangkan kite  lupa bawak camera, so guna henpon nokia je la ye.Tempat dia besar gak, ada tempat bersila, berkerusi.

26012013837

Kiterang amik tempat bersila, then cepat-cepat order sebab lapar sangat. Satu nasi ayam untuk bebudak share, 2 mee rebus.Nasi ayam dia so so oklah tapi mee rebus dia!!!!

 

26012013838

Sedap giler. 6 bintang. Kuah dia pekat likat, cukup manis , masam kena pulak tergigit cili hijau dia. sedap. Sebenarnya kiterang order mee rebus tulang, tapi tulang belum masak lagi, jadi mee rebus daging je la. Memang kalau next visit, kena gak pekena mee rebus tulang.

26012013839

Dah habis mee rebus, order plak sup daging, kalau ada tulang memang tulangla kita order. Punca sebenar kiterang order sup adalah disebabkan oleh sup dari nasi ayam bebudak ni. Sup sesajor pun sedap, terus order sup daging. Budak kan suka hirup sup.

Insya’ Allah nak pi lagi, try pi malam plak ke pi time breakfast? PErgi dua-dua la… oh saya sudah tamak !!!!! Servis dia ok tak la lambat or cepat cuma keadaan meja melekit, lantai melekit, susah nak makan kalau kena dgn budak yang jenis super hygienic freak. Semua benda kata dirty and tak nak duduk.Afriena and Rayyan la tu. Lantai pun taknak pijak

Mee Rebus Tulang…wait for me!!!!!!!!!!!!!!!

Alamat dia

Nama Gerai : Restoran ZZ Sup Tulang
Lokasi : Jalan Petrie 5/1 , JB
Waktu Perniagaan :07:00AM – 11.00PM

Nak senang masuk FB dorang 

Pesanan untuk En Kheirul… Kita try mkn time breakfast plak nak tak?

 

 

Awak rasa awak kurus ke gemuk?

Seringkali bila nak keluar kemana-mana samada event atau jalan-jalan, mesti ada masalah nak kenakan pakaian. Nak-nak kita yang bertudung. Nak pakai ketat sangat, tak sesuai. Nak pakai yang besar sangat nampak gemuk plak..dahlah badan macam kena pam kan. Maklumlah bila dah beranak ramai ni kan. Pernah tak you all terpikir, apa pakaian yang sesuai untuk kita pakai supaya tak nampak gemuk atau mungkin tak nampak terlampau kurus?

Ha, meh sini nak cerita, Bulan 3 ni ada seminar pasal macam mana nak nampak slimmer dengan pakaian yang kita pakai. Ha tengok kat bawah ni ada  info nya

 

slim2

Tengok..before and after dia.  so much different. Perasan tak bila kita rasa gemuk, terus rasa tak selesa itu yang wujud perasaan rendah diri, perasaan tak ? Kita orang perempuan kena pandai pasang badan dan nampak berkeyakinan  . Itulah kecantikan yang sebenar.

seminar

Jadinya sesiapa yang interested, bolehlah hubungi nombor di atas. Jangan lupa mention sawanila.com  ye. Kalau nak jimat, cari kawan 4 orang.. sebab buy 3  free 1… tapi untuk kebaikan semua, you all share la 4 orang ha. Register cepat-cepat untuk special price. ye.

workshop ni sesuai jgk utk org kurus sbb nak tahu mcm mana nak nampak lebih ada curve (lentik) bila pakai baju.

Jangan lepaskan peluang ni ye..