Category Archives: SawaBlog

Menu Sarapan yang senang

Apa menu sarapan yang senang nak buat? Ada orang yang senang adalah yang beli. Betul tu. Kat sini kalau yang common, asal beli breakfast mesti nasi lemak, roti canai, mee goreng.  Muak kan. Tapikan I kena mengaku yang I dah lama tak makan nasi lemak. Sangat rindu nak makan nasi lemak. Nak jugak masak nanti tapi kena lah ada sambal yang best. Sambal Sotong ke, sambal udang ke, lepas tu jangan lupa ikan bilis goreng dan telur rebus. Kalau kecik-kecik dulu ada lagi tambahan, ikan selar kuning goreng garing dan kangkung goreng. Memang best lah.

Tapi kalau hari biasa macam ni, orang pergi sekolah semua, tinggal berdua kami makan toast je. Senang nak buat dan sedap. My all time fav is , Butter n Sugar toast, sampai garing then cicah teh o kurang manis yang suam.

Alhamdulillah, lega perut yang kelaparan pepagi kalau makan macam ni. Then pukul 12 karang baru cari lunch plak.

image

Mrs Mama @Pop Up Heaven, Plaza Damas

Alhamdulillah…perancangan untuk buka booth di Bazaar yang sepatutnya bulan April, tapi datang awal nampaknya. Jadi di sini, kami mengumumkan Mrs Mama akan berada di Bazaar seperti berikut:

Location : #popupheavenbazaar at The Fountain Courtyard, PLAZA DAMAS (In between Dorchester and Mayfair Apartment)

Date: 25 Jan 2014 (Sabtu)

Time : 12pm-9pm

Menu : Lasagna, Sticky Date Pudding,  Cream puff and Banofee Pie

Jadi , kepada sesiapa yang nak merasa lasagna atau dessert yang lain silalah datang. Tawaran harga, adalah dari RM2 – RM15.

lasagna2

Semoga semuanya akan berjalan lancar dan dipermudahkan semuanya. Percubaan pertama untuk melebarkan sayap. Insya’ Allah. Cuba dulu baru tahu. Saya ni takde pengalaman bukak booth , jadi rasa jugak berdebar ni. Sebab tak tahu macam mana suasana dia macam mana. Dah saya ni pemalu. Jemput hadir semua ye.

Si Dara dan Si Bujang

Dah tahun 2014, masing-maing anak dah meningkat nak masuk alam remaja. Tak lama lagi lah… Macam Ashraff dah nampak sedikit kematangan. Dah boleh suruh dah. Kalau suruh cuci pinggan, lap meja atau cuci toilet, dah boleh buat. Senang lah kalau suruh. Ashraff nanti nak mandi tolong cuci toilet ye… ok mama. Senang lah anak besar. Ajar few steps dah ok dah.  Kalau masak pulak, setakat suruh kacau sauce ke, buat french bread atau masak telur boleh lah..tapi kalau yang melibatkan minyak panas atau sup, no , no no. Nak masak kalu, cuma boleh boleh masak pakai pan yang tak payah pakai minyak.

masak

Afriena plak???she always thought she is a baby. Every morning, kejut bangun nak pergi sekolah senang, tapi lepas mandi pakai baju sekolah, mana dia letak punggung, situlah dia tidur.before solat, after sola, tengah duduk, tengah makan, tengah pakai kasut, tengah doa…tidur je dia. tidurlah awal macam mana pun,dia mesti sentiasa akan mengantuk. ANW, Last week masa kemas bilik dia, saya jumpa kertas terselit kat buku-buku dia…

afrienalove

Ni mesti dia buat time-time boring kan. Tulisan Afriena memang buruk sikit, kalau nak banding ngan Ashraff sangat jauh beza. Tapi Afriena suka berkarya. Kalau dia dok dalam bilik sengsorang ada je benda dia buat. Dia buat orang pakai kertaslah, dia kaler lah, dia gunting kertas buat objek apa benda tah. Dan Afriena rajin melayan Rayyan. Melayan adik dia main. Mainlah dua beradik tu masak-masaklah, apa lah lagi.

playdoh

Hari tu, dia ajak buat playdoh siap kasi resepi tapi I tak paham kenapa playdoh ni lembik. Little help please. First day ok, second day jadi lembik plak