Category Archives: My Notes

Revenge Season 1

Sapa tengok citer ni??? I tanya sebab I dah terjebak lah ni. Hari Isnin dan Selasa pukul 10.45mlm on Star World. Citer ni best tapi takdelah nak belajar step membalas dendam. Suka tengok jalan cerita, tengok Victoria yang lawa, tengok kehidupan orang kaya. Jalan cerita dia ada macam citer The Count Of Monte Cristo.

Cerita dia ni berkisar macam mana budak pempuan yang membesar kat JUvana sbb orang set up bapak dia. So dia bermentorkan orang jepun belajar menembak, self defence, belajar pkiso orang. Dari nama Amanda Clarke tukar ke Emily Thorne. Selain watak dia yang best and kadang-kadang menyampah sebab degil, I suka watak Nolan, mamat yang kaya raya tapi baik dgn Emily Thorne. Dia ni plak suka hack sana sini tapi penakut sebab dia ni ala anak-anak ikan gitu.

Saja je lah share kot-kot you tak tengok kan….

Saya sayang anak saya…Auntie

Tetiba je.. tajuk macam ni. Actually ada ceritanya. Tadi pi kedai, am biasalah..Rayyan mesti nak jumpa wai kong dia kat kedai tapi wai kong takde yang ada popo. So kat kedai tadi auntie kedai tu tanya lah…

Auntie: hari-hari saya tengok awak turun naik amik anak hantar, jaga anak yang kecik ini lagi, masak kemas rumah, you tak penat ke?

Saya: Penat jugak auntie, tapi kalau saya tak buat sapa mau buat? Lagipun saya susah nak trust jaga anak saya.

Auntie: Yalor, sikalang orang hati manyak busuk, semalam saya tengok itu pelempuan pukul baby, sakit hati saya, kalau tak nak itu anak kasi olang sajalah

Saya: Ye saya ada tengok jugak dalam internet n TV, tapi tak tengok habis sebab saya sedih n mau nangis….

Auntie: Satu lagi dalam sulat kabar cina ada tunjuk itu pelempuan letak anak dalam plastik, lepas anjing jumpa kasi gigit. Ini olang ha, hati manyak jahat…

Betul auntie tu cakap…. jahat manusia sekarang . dah macam takde perikemanusian. Semalam tengok video tu, sikit je, I dah tak sanggup. terus peluk Rayyan and kiss kiss dia, and doa supaya I tak jadi macam tu and anak kecil tu sentiasa selamat. Sikit sebanyak video semalam selain buat kita marah, tapi memberi kesan kepada kita supaya lebih sayangkan anak.I don’t care hilang kawan just because i dah tak berduit macam dulu, I don’t care bila orang kata I made stupid decision just because to jaga anak….for me as long as I always with them, I know what they eating, what they doing, how do they feeling I rasa I dah cukup berharta. For those orang yang dera anak-anak tu…please …kalau tak nak anak sila jangan beranak.. pandai-pandailah .

Takpelah jaga anak sendiri lagi puas hati, tak payah maid or nursery. My kids are happy. Ashraff and Afriena siap cakap  tak kasi mama dia kerja.

 

Shopping and Outing with Rayyan @Pavilion

Semalam kira paling jauh lah auting dgn Rayyan berdua saja. Selalu kat rumah je. Setakat Jusco.Tapi semalam ada event kat Pavilion yang memerlukan bawak baby so, kita bawaklah dia semalam. Dah lah dia bangun lambat, so nak memujuk dia, nak mandikan dia, nak masukkan dalam kereta, nak ikat pakaikan seat belt dia, last sekali dia diam. Upah dengan susu strawberi and ipad.

Muka masa baru sampai sangat baik

So, dengan berbekalkan ilmu yang tak sampai sehari bawak kereta baru, drive pergi ke opis kheirul dulu, pas kereta kat dia sebab dia kena amik budak kat Sekolah Agama, lunch and Sekolah Cina (rasakan ..settle anak masa transit – penat, I know sebab pukul 9 dia dah tido). Sampai Pavilion on time, pergi ke tempat kejadian, register, amik gambar (kerja blogger), interview sikit-sikit , pastu makan and minum, then bersosial dengan blogger lain, then shopping.

Heheheh since ada good offer, belilah few baju kat Rayyan. Cukuplah untuk Raya. Letih bawak Rayyan tau, masa pergi tu behavelah nak duduk atas stroller, bila nak balik tu, dia plak tolak stroller. penat-penat tak penat, masuk keter , makan, main ipad terus tido.

nak bawak barang sendiri

Event semalam nanti I update, Insya’ Allah soon ye.Tapi memang best outing berdua. Nanti kena cari time untuk outing dgn Ashraff and Afriena plak. Dorang dah mintak baju and kasut. Semalam tak beli pun kat dorang :(

Malas lah nak layan…Asyik ajak masuk Prada je. Tak mampu mama ooi…