Category Archives: My Notes

Projek Temosa Raja, 2 jam

Ye dalam masa dua jam siap. Ni semua hasil kerja sama satu family.Sebenarnya kelam kabut jugak lah sebab, pukul 2 kiterang keluar. Keluar pergi beli stok lauk pauk , pastu cari ubi kentang dan keledek untuk temosa. First time buat ni, hahahaha.. nasib baik ada youtube ajar.

Balik rumah pun dah pukul 3.30 dah. Suami siang ikan (memang dia pun yang selalu buat) dan kemas pack lauk sementara, I kupas ubi keledek dan kentang. Kali ni kiterang buat inti campur.sebab takut tak sempat ubi empuk, so I rebus dulu ubi. Sementara ubi i rebus, I tumis dulu bahan untuk inti. Inti  macam karipap je, tapi I tambah daging.  Dah empuk ubi, baru campur dalam bahan tumisan. Hehehe cepat sikit kan.  Dah setel inti, biarkan sejuk , then baru buat doh. Nasib baik kejap je, tapi tulah kelam kabut.

Nasib baik ramai membantu. Kanda suami dan anakanda Ashraff uruskan doh. Dorang gelek doh guna pasta maker. Afriena plak, letak inti dan telur dalam doh. While… I yang klim. Ada jugak Kheirul tolong klim tapi jadi macam lempeng. Afriena klim , pun sama. Pastu Afriena cakap..papa tak pandai lah…Mama sekali buat dah ok.

I cakap, Setiap orang ada kelebihan masing – masing. Maybe mama ..Allah bagi keistimewaan buat benda. Sekali tengok terus tau buat. Mungkin papa pandai benda lain… Apa-apa pun practice makes perfect. So dia pun klim lah dalam 4 biji..ada lah leper-leper semua… takpe….kita freeze je nanti.

image

Actually temoso tu nak bawak untuk berbuka rumah BIL. Tak sangka, semua suka. MIL siap pesan, nanti buat lagi utk berbuka rumah SIL plak… hehehe Alhamdulillah

image

Rasanya temosa tu sedap sebab dibuat dengan kasih sayang. Semua kumpul kat meja, masing-masing tolong mama buat. Tu yang sempat buat dalam 2 jam tu. Siap boleh goreng semua…

Alhamdulillah

Cara nak elak dari tidur lepas sahur

Salam Pagi yang hening lagi sejuk

Heheheheh..ngantuknya mata ni. tahan..tahan…. bangun  dari 4.30 pagi. Buatkan sahur, lepas tu sampai sekarang tahan mata. I mencuba diri dari tido lepas sahur dan subuh. Nak tido karang tunggu lepas Rayyan balik sekolah. Boleh tido kejap.

So nak buat apa untuk buat tak tido lepas sahur? antaranya ialah

  1. Buat Ibadat Sunat – mengaji, solatt sunat dsb
  2. Senaman ringan – pilates ke
  3. Kemas dapur – cu pinggan mangkuk, lap meja. Buat kerja perlahan-lahan
  4. Gosok baju- selalu gosok baju sekali gosok untuk seminggu, sekarang gosok hari-hari
  5. Menonton TV – tapi I tak suka tengok TV pepagi. Macam loser je hahahha
  6. Cuci baju malam sebelum tidur, pagi-pagi sidai
  7. kemas rumah – mop lantai, cuci toilet, sapu lantai
  8. Mandi air sejuk pastu syampu rambut then pergilah dry rambut
  9. standby subuh, kejut anak-anak bangun pergi mandi sbb konpem dorang tidur lepas sahur
  10. Jahit baju raya kot…

Itu jelah idea yang ada dalam kepala. Normally time sahur, tak susah pun nak masak. Sebelum tidur memang I akan tanya, nak makan apa, Dorang senang je nak makan apa, porridge ke, Aot porridge ke..MAcam tadi dorang makan Oat porridge masak dengan susu campur raisin, lepas tu tabur cashew nut, drizzle honey. Dorang suka..kalau I ..buat boleh nak suap mulut belum tentu. Then top dengan french toast plak.

Menu-menu sahur kiterang senang je

  • Noodle soup
  • fried noodle
  • Oat porridge
  • rice porridge
  • sandwich
  • hotdog
  • french toast
  • cereal

Takde nasi n lauk..senang kerja.. tak cerewet

Air plak Air kosong dan susu..

 

Projek Basikal

Projek lah sangat… sebenarnya biasa biasa je… Sebenarnya dah lama nak beli basikal tapi dok pi mai pi mai dok pikir kat mana nak simpan basikal. Maklumlah duduk apartment … nak simpan kat depan takut orng curi…tapi so far takde lagi… kot lah kan…

Takpe nanti nak try cakap ngan jiran… nak park basikal 3 biji kat depan rumah… pastu letak CCTV. So sebab kiterang buat dek je tak beli pun basikal.. budak bertiga tu, menabung. Menabung punya menabung, rimas plak dok tgk dorang dok kira je duit tu nak tunggu cukup beli basikal. Last last ,,, I amik duit tu pi masuk tabung haji terus daftar haji….

Tak puas hati lah dorang… jadinya Ahad lepas, lepas training Taekwondo dengan bau masam masam manis peluh bagai dengan seluar Taekwondo, kiterang pi kedai basikal kat Seri Kembangan. Dah berapa kali lalu situ… aghhh beli je lah…

image

macam macam jenis dan warna.. tapi takdelah beli yang kaler pink gitu utk Afriena…

image

ni ada lagi… kat sini ada basikal dari harga serendah RM250 hingga ke entah berapa puluh ribu kot… Yang tu kat dalam dan sebelah lah….

So tgk basikal… last last pilih dua basikal. Satu untuk Ashraff dan satu untuk Afriena. Beli yang besar untuk Ashraff dan medium untuk Afriena.. tiba-tiba, Rayyan tanya… Basikal Rayyan mana? Pastu Kheirul pun tanya dia balik.. Rayyan nak basikal jugak ke? Bila soalan dijawab dengan soalan memang nangis lah dia…hahahha… Suka sangatlah papanya menyakat si kecik tu. Last last kena beli 3 basikal… Mama baru nak pow rollerblade… dah takde bajet dah.

image

At first Rayyan nak basikal macam ni… kecik sangat lah Rayyan…

image

So amik yang ni… nanti boleh buang tayar kecik bila dah pandai … emmmm dia dah bawak basikal lepas tangan dah pun

image

Ni Ashraff punya… yang Afriena punya.. gambar terdelete… takpe ada video

Petang tu… mama n papa tak dapat rest pun dah lah Jumaat training TKD, Sabtu petang Swimming, malam TKD, pagi Ahad TKD…. fuhhh rasa penat… Cakap nak tidur 15 minit.. ngam ngam 15 minit dorang kejutkan… nak pi Taman Tasik Titiwangsa

Petang tu….

Belajar bawak basikal

image

man tah dorang… ramai orang  lepas tu…

image

Kejap je dia….terus seronok while Abang n Kakak terkial -kial belajar

Besoknya..sambung balik tau..

Pagi lagi pukul 9.30 turun bawah… breakfast pun tak…Beli makan kat bawah…adehhh

image

Dorang suka lah macam ni…makan kat bawah…lepas tu main basikal… then baru naik. Macam hari ni lepas main basikal…err termasuk mama dia lah main basikal then pi swimming plak…

KEjap je dorang boleh kayuh… 3 session… petang Isnin tu dah boleh dah sikit-sikit… Selasa pagi dah boleh bawak dah walaupun macam mabuk kiri kanan…

tengok je lah video ni

 

 

Kot kot  ada yang tengah cari basikal…ha boleh lah ke kedai ni

image