Category Archives: My Notes

Clarks Ankle Boot

Saya berkenan dengan kasut ni…

Sejak I tengok Wardina tunjuk ankle boot dia, hati terus berkenan dan mata terus dok melilau tengok Clarks. Tapi apakan daya harga dia mahal. Dalam RM359. Mungkin pada sesetengah orang murah tapi pada saya mahal la kan I tak kerja you. Takpe kita simpan duit , kumpul sampai cukup. Nak swipe credit card no no no , normally my practice, ada duit baru boleh swipe. Sebab tak suka tengok ada balance kat statement.

Kan best kalau ada colour lain, Ke ada brand lain yang ada colour colour sikit? Thank you Wardina sbb bukakan hati saya kepada ankle boot. Senang  boleh cover keseluruhan kaki. Kaki tukan aurat. Seriously suka tengok Wardina dressing up. Sangat islamiah, tapi masih bergaya dan taklah menonjol sangat. Semoga ada rezeki nak beli ankle boot tu.

Our 9th Anniversary

Alhamdulillah semalam genaplah umur perkahwinan kami berdua yang ke 9. Baru 9 tahun berkahwin rupanya.No celebration pun yesterday and I didn’t cook anything specials, because the husband said, kita makan sandwich je. But bila dia balik kerja, he cook something special. What his special meal? Dia masak maggi which always specials for me.

Ahsraff pun cakap, you don’t have to cook tonight mama because I just want to eat sandwich. ye la ikut selera dia je. Actually semalam kitarang berempat keluar pi shopping mall after school. Since no Chinese school sebab cuti due to UPSR, so bawaklah dorang keluar. Lagipun last weekend tak keluar pi shopping mall. I kena seminggu sekali sedut udara shopping mall, saja cuci mata, tengok gelagat orang and tengok barang kat supermarket. Keluar dengan 3 orang anak sangat la mencabar. Yang si Rayyan plak tak nak  stroller, jalan tak nak pegang tangan, nak naik escalator sendiri, nak bawak bakul sendiri, haish pening. Nasib baik Ashraff tolong setelah kena cubit sekali. Beli barang sikit then makan time. Tanya dorang nak makan apa, saja je dorang menonong masuk Papa John Pizza.

encem boy yang konon dah besar

Ajak pizza hut tak nak memilih betul. Rayyan masuk je, jerit-jerit panggil papa, maybe dia ingat papa tunggu kat dalam restaurant kot.We ordered for six pax dan tambah satu baked pasta. Lama gak lepak makan ad finally , pizza tak habis pun. So got to pask and bing home. Tu yang Ashraff cakap tak payah masak tu. Malam dorang makan pizza, pastu Ashraff makan chicken sandwich, Afriena n Rayyan pak hantu butter, so bread n butter.Segelas susu coklat, cukup la dorang, like happy ever after. Senang mama tak payah bertungkus lumus masak, bersihkan dapur. Tapi kalau hari-hari makan cam ni, mesti I rindu nak masak .

Gambar yang dihantar kepada papa, bukti yag kiterang makan pizza…thank you for the claim

Budak-budak tak sekolah for a week so everyday ada je aktiviti, so semalam bawak dorang swimming. I pun dah lama tak buat 2-3 lap, sekali buat lenguh badan. Malam semalam rasaa macam panda sebab Rayyan kejap-kejap bangun, rupanya dia nak demam. So pagi, here I am, mata panda and so sleepy.

swimming time

To husband, Happy anniversary…. and for those yang wish esp kat twitter :), thank you

Raya Sakan KL-KB-KL SG

Seriuosly…tahun ni raya sakan. mana tak nya dalam seminggu , travel je kerja. From Friday night,  kiterang start travelling to Kelantan. Lalu Kuantan-Terengganu terus ke Kelantan. Raya ke tiga, Balik KL, singgah rumah sendiri, cuci baju, tido bangun esok pagi bertolak ke Johor plak. Dah kalau dah ke Johor haruslah ke Singapura.

Malam raya tu, I dah busy dah. Busy dok prepare untuk masak pagi esok. Malam tu bkend apa yang patut, tumis tumis, masak beriani ayam, goreng ayam untuk ayam masak merah …ni semua dengan bantuan Sidah le off course. Buat teman bersembang walhal rasa penat yang amat sebab tak cukup tido. Dah settle semua, pagi lagi dah bangun, masak. Kali ni pepagi dah masak nasi beriyani. Masak seperiuk besar gak sebab ramai gak yang datang and makan. Ayam masak merah pun habis and my mom buat acar dengan kari ayam lagi. Selain dari tu adalagi juadah lain. Ada ketupat pulut kesukaan ramai. Rayyan saja boleh makan 5 biji. Kalah rekod Afriena yang makan 4 biji. Ketupat ni special sebab kaler purple (campur dgn pulut hitam). Tapi yang kelakar, bila pergi rumah orang dia nak makan ketupat tengok ketupat kaler putih nangis tak puas hati. Raya pertama lepas masak, berjalan ke rumah sedara mara sampai ke petang. Ada gak pi jalan rumah orang tapi takde orang, pi berjalan ada orang tapi tak nak bukak pintu sbb ralit tengok TV (takpe, saya anggap dia tak dengar bila orang kasi salam)

Raya ketiga pagi dah bertolak ke KL sbb taknak sibuk dengan traffic jam… sampai KL terus pi beraya ke rumah SIL sbb nak jumpa MIL. MAkan-makan-, bersembang, dengar cite MIL, pukul 10 baru sampai rumah. Suruh bebudak tido lagipun memasing excited nak pergi Singapore. Yang dorang excited tu sbb nak pergi USS. Ye kiterang ke USS  on Thursday. Kids are so happy. Tanya dorang apa yang best? Best sebab dapat tengok and feel the transformer. Ashraff macam biasa enjoy the roller coaster.

Kalau dah kat singapore, sudah tentu lah kami tak lupa nak singgah ke Beach Road sebab nak makan Sup tulang merah  heheheh. And kids as usual, nak Mc Donalds. Mc DOnalds kat Singapore murah lah…ok please don’t convert sebab gaji cleaner kat sana $S900 and gaji cleaner kat Malaysia RM700-900. Kat sana GCB is only $S5.50 and the size is double lengkap dengan salad and tomato.

Inilah rupa GCB singapore, tapi kat sana panggil teppanyaki burger or Mc Grill. Rasa sama but besar. Memang 2 GCB Malaysia = 1 GCB singapore .

rupa dia macam ni….

Oklah nanti kita sambung siap dengan gambar.