Category Archives: My Notes

Semangat Olimpik

Hahahaha… walau tak dapat wakil negara untuk Olimpik, kita tumpanglah semangat Olimpik. Ahad lepas, ada latihan dengan geng blackbelt lain. Dah lama dah tak training nih, selalu turun ngajar budak sekolah je. Tapi Ahad lepas Kheirul cakap jom pi Training. I ok je on je…. Dia yang tercungap hahahaha… semalam pun cakap perut rasa keras lagi.

I told him, I tak rasa pun sakit… ni kurang warm up ni. Kena warm up lebih pastu in cool down ngan stretching plak…. penting tu…hahahah poyo kan bini . Latihan hari Kheirul yang ngajar, rasa pelik lah bila husband ngajar. Pastu ada senior lain ngajar. Lagi pelik bila dia dok bahasakan kak yatie. Haih rasa pelik plak bila panggil kak dalam dojang.

Next time nak suruh panggil nama. Nak bersedia untuk grading akan datang.  Best melompat ngan dorang ni…. sambil tengok sapa yang cepat lembik. LEpas training makan pizza..aci tak?

13907155_1207649422610085_1299589329048628957_n

Dorang ni semua orang hebat… Saya biasa je. Antara yang paling tua lah kat situ… tapi takde hal. Alhamdulillah Allah izinkan lagi untuk melompat, angkat kaki. Semoga semangat yang ada dalam diri ni dapat memberi inspirasi kepada anak-anak.

Dan ni…kelas saya. I conduct sengsorang tapi kadang-kadang Kheirul turun tengok ang mengajar. Yelah I baru First Dan, Kheirul dah 6th Dan jadi , banyaklah ilmu dia boleh kongsi. Macam I, biasa je tapi kalau bab warm up n streching bebudak ni seram hahaha… sebab selalu dera dorang buat split.  Tapi seronok spent masa dengan dorang. Insya Allah ada rezeki umur panjang,  I will coach them sampai black belt.

Kem UPSR untuk Ashraff

Lagi sebulan je nak UPSR. MAsih tengok AShraff relax je… Minggu ni busy dengan PSRA trial. Pening gak jadi budak sekolah…every week ada exam. Apa nak buat. Zaman mama dia dulu relax je. BAlik sekolah, makan, tukar baju, buat homework siap pergi kebun, pastu main sungai or main bola…. Sekarang, balik sekolah buat homework berlambak, siap homework, kena sambung study belum kira lagi tusyen .

Last week, Ashraff pergi kem UPSR anjuran KK5 UM. Saja je hantar Ashraff pergi kem, jauh dari environment sekolah. At least bila keluar dari bangunan sekolah, Insya Allah fikiran nya terbuka untuk idea idea baru. Bagus jugak perkongsian semasa kem. Buat plak kat UM. Masuk je UM, I cakap kat Ashraff n Afriena, Mama dulu nak belajar sini, mintak belajar sini tapi tak dapat. Ambik course Ekonomi tapi dapat masuk ITM buat course statistik.  Dorang tanya kenapa tak dapat masuk UM, jawapan I was… mungkin Allah dah tetapkan belajar kat ITM dan jumpa papa kat sana? Steady tak jawapan…

upsr

betul tak I cakap dia relax… relax je while orang lain struggle jawab soalan

Kem AShraff was 3 hari 2 malam. Masa  pagi sebelum ke sekolah dia tanya… mama sampai hati ke nak tinggal Ashraff  kat kem tu mama? hahahaha ayat poyo kan? Anak laki kena kuat.. kena belajar berdikari. Tengah hari lepas jumaat I pergi amik dia kat sekolah then terus ke UM. Dalam kereta senyap je… masuk dalam UM terus cakap… hebat lah tempat ni.. macam best je… Mama nanti hostel dia macam hotel tak? adehhhh

71b65102-a47c-49a7-ade3-efdb98b5345a

baru check in bilik

Bila sampai buat pembayaran terus dapat bilik. Dia dapat bilik hujung sekali… berkongsi dengan budak sekolah lain. Bagus buat macam ni, dapat jumpa kawan baru. Budak sekolah SK Sungai Ramal..sekali ada sorang kawan sekolah dia yang join kem. Dok selang 2 bilik. apa lagi melekat lah dorang berdua plus kawan baru. Dengar citer siap kenduri makan biskut dalam bilik sebelum tido. Ok lepas check bilik… first tempat dia pi check…adalah toilet. Dia cakap boleh lah toilet dia. bilik mandi ada lapan. Biasalah…jenis cerewet, toilet kotor mesti komplen. Tapi masa ahad tu balik terus masuk toilet rumah… Dia cakap 2 hari tak berak toilet kotor… hahahaha adehhh.. macam mana nak masuk hostel next year… kena cari sekolah yang toilet bersih lah agaknya

Last day kem, parents kena join motivasi bersa Hj Hushim. Bagus motivator ni. Banyak info yang dikongsi. antaranya, jangan bandingkan anak, jangan marah anak, kalau tak cermelang dalam akademik , asah bakat dia dalam kemahiran. sentiasa peluk anak, luangkan masa, kalau anak malas belajar belajar bersama, kalau malas baca buku baca buku untuk dia.

13882152_1766331970309691_307559457064556732_n

Tuan Haji tengah bagi motivasi

Insya Allah, dengan kem ni harap Ashraff dapatlah membuka mata untuk berjaya…dan tahun depan Afriena dah cakap siang-siang, Afriena nak pergi kem ni jugak

13895227_1766336370309251_4101808152916231964_n

UPSR makin hampir

UPSR makin hampir… tapi bila tengok Ashraff dia relax je. TAkde pun menunjukkan tanda-tanda takut nak UPSR. haih…. LAgi sebulan nak UPSR, kelas tusyen start bulan depan , kami akan stopkan…suruh dia study kat rumah. Kasi study tenang sikit, KAt kelas tusyen, dia kata ramai and bising…plak dah… Maybe dia biasa belajar dala  kelas yang tak ramai budak. So dia dah cakap gitu, kenalah mama nya kasi extra effort.

LEpas sekolah…chill kejap, swimming ke apa, ke… makan, solat maghrib then start buat revision sampai pukul 10. Pastu solat then tidur. MAcam tulah hari-hari sampai sebulan. HArap-harap adalah sinar harapan dan kejayaan.

Sekarang pun I dah start buat survey untuk sekolah Tingkatan 1. Form 1 dah tak lama lagi. TEngah survey sekolah lah..sebab kiterang memang plan nak dia sambung tahfiz. Rugi lah kalau masuk sekolah biasa. Surah hafazan Ashraff pun dah banyak. Banyak jugak sekolah -sekolah tahfiz kat Malaysia  ni, Ada English medium, ada yang macam biasa, ada yang ajar bahasa cina, tapi dalam mencari sekolah menengah tahfiz, kena jugak tengok prestasi sekolah, fasiliti sekolah, kedudukan sekolah… Semoga urusan mencari sekolah Ashraff di permudahkan.

Tahun depan Ashraff Form1, Afriena plak amik UPSR and Rayyan darjah 1. 3 sekolah yang berlainan. MEmang tragislah kalau time nak amik result ni.  TAhun ni selain UPSR, Ashraff kena amik UPSRA, Afriena plak UPKK dan Rayyan masih lagi menghabiskan sisa zaman budak kecik yang belum bersekolah.

Insya Allah…