Category Archives: My Notes

Rumah Terbuka

Hari Sabtu lepas rasanya hari yang sangat penat. Schedule penuh dari pagi sampai ke malam. Paginya, bangun tido lepas Subuh terus bersipa nak pi jogging. Punyalah semangat nak jogging satu family ni kan. So kiterang bangun pagi, siap baju sukan dangan kasut sukan. Pergi ke kereta, start kereta sekali takmo hidup. Alamak bateri kereta habis liao. Adehhhh… baru berapa hari tak bawak dia jalan dah merajuk. Sedang berusaha start kereta, sorang jiran cina datang tolong. lama juga tolong buat jump start. Tapi tak boleh sbb bateri nye special sangat kan. Dah lah dok parking dalam building maka, call je auto assist. 2 jam gak tunggu nak dapat bateri baru. So instead of jogging, kiterang lepak mamak makan roti canai. hahahaha see!!!

Lepas mamak, kerah budak mandi sebab ada appointment dengan dentist. Dentist nya kat Bukit Antarabangsa. Lepas Dentist, terus ke Klang untuk rumah terbuka kawan Kheirul.Kawan Kheirul dan juga cikgu taekwon-do saya la… Garng tu ..itu dulu lah. Demi memikirkan ada lagi 2 rumah terbuka. Makan pun tak banyak sangat. Lepas Klang terus ke Bukit Jalil.

Haa ni plak rumah kawan Kheirul jugak. Dia buat aqiqah sekali. Open house kali ni special sikit. Sbb dia  tokey burger maka, one of the menu ada burger. Ni homemade burger. sat sat… nama kedai burger dia Papamalloy Burger. Dah berapa kali dah makan burger dia ni. Sbb I kan pecinta burger – bukan I je satu family, so I boleh cakap sdap burger dia. Very special. err boss kasi promote  aaaa. Nak tau mana lokasi dia, click je kat link FB dia tu.

IMG_0123

Selain tu, yang buat specialnya, ada candy buffet. Ashraff and Afriena tak nampak benda lain dah, dorang nampak yang ni je. Dorang ni memang. Maklumlah candy, sweet, chocolate adalah sesuatu yang sukar untuk dimakan sbb mak dorang sangat strict pasal benda manis. Cute kan semua sweet thing kat atas tu. Tetiba je dapat idea untuk buat candy bufet for majlis kawen adik. Oh ya sapa nak contact Candy Buffet tu click kat sini – Little Butterfly

IMG_0129

Tak yah tanya berapa kali dorang ulang pi meja candy tu. Sebab tak terkira banyak kali. Pastu mama dorang pun kirim suruh amik itulah inilah. Ingatlkan balik cepat sekali Kheirul nak tunggu member lain sampai, pastu Ashraff plak nak tunggu burger. Adeiii..tunggulah burger. pastu kambing golek plak. Hey dorang nikan.. Habis makan, salam-salam, balik rumah mandi, solat and lepas maghrib ke rumah BIL plak. Closed open house stricly for family hahaha. Ni saja get together je. Ada Nasi arab dari Ar-Rawsa. adehh kambing plak..Bebudak suka lah dapat lepak dengan sepupu dorang dan sepupu kepada sepupu dorang. Ingat nak lepak lama, tapi perut I dah start meragam. Tak tau kenapa mungkin sbb terlampau makan banyak bermacam jenis atau mungkin sbb yogurt arab. Mungkin Lactose Intolerance kot. Anyway, Sabtu adalah hari sangat kenyang dan Ahad adalah hari keluar masuk toilet. Walaubagaimanapun, terima kasih kepada semua yang jemput kami ke open house :)

Cerita Raya Ketiga

Raya kedua malam tu, pukul sepuluh kiterang dah gerak balik KL. Nak kena beraya kat KL plak. MIL beraya kat KL. Tolak pukul 10, Pukul11 Rayyan dah cakap nak tido. So tidokan dia kat seat belakang. Dia seat VIP, dok sorang belakang. Siap bawak bantal selimut 3 beradik ni kalau travel.  Sambil tidokan dia, I pun tertido kat belakang. Best dok belakang. Tak sesejuk depan. Dah lah kat belakang tu macam ala-ala ada tilam tapi sebenarnya takde tilam pun. Pastu bila Kheirul panggil pi depan baru tersedar dari tido. Jeles lah tu.Ashraff dan Afriena pun dah tido. berselimut bagai. So I cuma baringkan seat, make sure seat belt pakai letak bantal and selimut. Pastu off TV. Dorang tengok citer Despicable Me yang entah ke berapa kali. Tu kira nasib baik Rayyan tak cakap nak tengok citer Rio tak pun Smurf. Yang dia minat scene, kucing kena baling la. Memang suka sangat siksa kucingkan.hehehe begitulah ragam anak-anak kalau road trip. Kenalah kita pandai sesuaikan. Make sure dorang tak bosan. Sbb bila bebudak bosan, memula masing-masing nak cari gaduh. Masa trip ke Phuket and Krabi macam tu lah kiterang buat. Kena berlatih ye anak-anak supaya senang nak roadtrip jejauh.

Anyway… selepas 6 jam dalam kereta, pukul 4 pagi dah sampai. Sampai je terus zzzzzz sampai 6.30 untuk Subuh then sambung balik sampailah I dengar bebudak bising kat luar tengah kira duit Raya. Yes including Rayyan sibuk dengan tabung angrybird. Pepagi tak tahu nak masak apa, so I kasi dorang makan kuih raya je hahahaha…. Penat masak bagai kat dapur belum habis lagi. So lepas bangun tidur, zuhur kiterang beraya ke rumah SIL. Ada sate. Selain sate ada kuih raya. My SIL memang rajin melayan bebudak  …. suka lah dorang kan.. Lagi dorang suka bila dapat duit Raya. Banyak gak total duit Raya dorang, nanti nak kena pi Tabung Haji plak. macam biasalah every after Raya. Tak pun transfer online je.

image

Baru nak gerak. Semua nak dok tengah. habis belakang sapa mau duduk?

image

Tak paham kenapa senyum macam masa amik gambar.

image

Suruh Ashraff amik gambar… tak lawa lah Ashraff

admin-ajax

Asyik jelah dengan phone. Perangai anak bongsu kot

ray3

Ni pun perangai anak bongsu gak kot…takleh dok diam

Begitulah cerita raya kami. Sampai Raya ketiga je…. sebab raya ke-4 dah ke IKEA bawak MIL. Dia nak cari pisau sbb dia berkenan dengan pisau yang I pakai kat dapur. ohh raya ni belum lagi pekena rendang. Insya’ Allah nak masak this weekend. Bila dah ada rendang kenalah ada nasi impit pastu kena buat kuah kacang untuk bebudak plak. Ke tak payah buat je sup ayam makan macam soto??? malaslah nak goreng kacang. Tanya bebudak lah dulu nak kuah kacang ke tak.

Selamat Hari Raya you all