Category Archives: My Notes

Diam jer

Diam jer blog ni lately kan? Bukan takde idea, ada banyak idea tapi tengah busy buat something else. Order lasagna pun kena stop buat sementara waktu sebab, nak fokus yang ni. anw, semalam terkejut tengok bila ada orang share gambar ala ala laksamana doremi naik tikar terbang. Adoii apa nak jadi??? dah lah yang buat ni orang tua dan nampak macam orang cerdik. Mungkin cerdik tanpa ilmu. Tak tau ke orang yang buat,orang setuju buat ni dengan perbuatan syirik? Perbuatan macam ni jugaklah yang memberi bad impression kepada non-muslim. Allah baru beri ujian sikit tapi dah ada yang mula berpaling ke arah lain. Semoga ada pihak-pihak berwajib yang akan ambil tindakan. Jangan nanti ada orang lain pulak buat macam ni.

Minggu ni , minggu exam anak-anak. Belajar gitu-gitu je dorang sebab masing-masing excited nak naik kapal terobang. hahaha dorang nya bukan kesah pasal MH370 pun. Semoga urusan perjalanan kami dipermudahkan. So you all semua dah sarapan ker? sarapan apa? Hari ni rasa macam nak buat chocolate cake jer. Sebab Afriena komplen, dia kata takde makanan lain ke? asyik roti je…hahahaha. Kuat komplen dia sorang tuh. Ok lah buat kek lah hari ni.

 

Lama tak pergi Pasar

Memang lama tak pergi pasar. Semenjak barang kat pasar mahal takde beza beli kat pasar tadi or pasar malam. Tapi Sabtu lepas merasa lah pergi pasar. Mula-mula tu ke Pasar Tani je konon nak cari ikan dan sayur, tapi sebab dah sampai pukul 10 kat Pasar Tani, Ikan pun dah lembik. Tu yang ke Pasar Borong tu. Pagi tu sebenarnya, pukul 7 dah start masak untuk order lasagna. Ada order hari tu. kena masak dulu. Lepas masak simpan dan warmer, sbb nak hantar.

image

Keluar rumah pi cuci kereta dulu sebab ada appointment pukul 9.30, jadi gunalah yang sepatutnya. Pukul 10 lebih sampai pasar tani, merasalah makan mi sup, while husband makan nasi tomato and bebudak makan kuih. Ok lah not bad, tapi tak beli apa pun kat pasar sebab barang nampak dah layu.

image

tengah cuci kereta. Ashraff layan Rayyan. sesuatu yang jarang berlaku

Terus ke pasar. Ingat nak masuk sekali, tapi Rayyan tak nak dia kata dirty. Siap mintak stroller.Kalau tak kasi stroller dia nak carry. Banyaklah cantik, maka suami je pergi beli ikan. 15 minit dah siap, so my turn plak beli sayur, buah dan bawang. Mungkin cuaca panasa kot, sayur banyak nampak layu dan ada yang nak kering dah.Sebenarnya, saya tak suka sangat beli sayur kat pasar, lagi suka beli kat pasar malam sbb nampak lagi segar dan menarik.  Tapi ahad ada hal so beli je kat pasar. Ambik few sayur, pastu beli bawang dan beli buah fav bebudak. Buah pisang dan tembikai.

image

Ajar Ashraff cara pilih bawang yang elok. Shiny and rosy look!

Lepas beli teruslah balik rumah … panas kat luar.

Mental Issue

Alhamdulillah…kaki yang bengkak dah ok dah. Itulah sapa suruh mental ingat masih muda lagi ke? Sekarang kelas taekwodo untuk senior dah diasingkan dari junior, maka tahap kekejaman dia jugak bertambah. Minggu sebelum ni kicking techinic, minggu lepas light free sparing.  15 tahun tak sparring rasa macam muda balik. Saya lupa saya dah 35 tahun, dah anak 3 , ada sakit belakang. So dalam kelincahan sparring, kaki licin lalu terjatuh. Masa terjatuh, kaki kiri terlipat, Masa jatuh tak sakit, siap gelak-gelak lagi. Lepas tu sambung sparring ngan budak-budak plak. Sparring ngan bebudak ni menakutkan tau, sbb dorang takleh control kick, samada kuat atau slow, kena block lah, dan yang paling takut kalau saya ter pukul kuat anak orang hahaha… ..So masa sparring ada sorang tepijak kaki saya plak..double sakit laa. Masa tu tak sakit lagi, bila balik rumah pakai platform tu yang sakit tu. Ngadu kat suami tak di layan, lagi dia gelak sbb dia cakap…tu lah gelak lagi kat abang smalam. Ye lah semalam dia balik training, sakit kaki..I gelak. Serious , saya lupa bila saya gelak..mungkinkah semasa tido???

Hari ni…dah ok, tak terhencot-hencot dah …Alhamdulillah Allah beri kesembuhan. Saya bungkus kaki ketat-ketat dengan ais…2 kali sehari.  Oh ya hasil pergi kelas taekwando, badan rasa ringan tapi taklah kurus macam dulu. Cuma rasa kuat, takde rasa penat bila bangun tido, kurang rasa lapar, tapi kalau orang hidang  makan jugak kan???? Itu semua mental management ….

Cerita pasal mental, semalam yang keluar berita pasal maid yang kelar 2 budak. Ya Allah ..apa lah yang difikirkan masa tu kan? Tak de ke rasa sedikit, sayang ,kasihan, takut tuhan masa tu? Mungkin maid ni ada masalah mental kot.  PIhak berkuasa nampaknya tak leh amik ringan pasal kesihatan mental pembantu rumah. Dulu saya pun ada maid, baik ok dengan budak, kalau ada yang sakit hati, I just closed one eye..ye lah dah masuk tahun ke-4 dia, mana dengan malas dia, dengan asyik cuti, dengan asyik bergayut… tapi dia pun manusia biasa gak. Masa tu tak ditetapkan maid bercuti tapi kiterang kasi cuti  1 hari sebulan. Ala sebenarnya tak cuti pun dia macam bercuti gak, selalu lepak ngan maid-maid kat area rumah … So every year, maid akan pergi pemeriksaan kesihatan, agent yang uruskan, know what… kita dah bayar untuk medical check up kan… memang after a day, balik from agent, dapat surat klinik kata check up ok semua, tapi bila kita sembang ngan maid, tanya ada amik darah jumpa doktor ke, pergi klinik ke, dia kata takde pun….huh gotcha, memang agent tak guna lah… duit amik tapi buat fake report. Kena hati-hati dengan agent ni semua. Kalau physical medical check up dorang boleh main-main, ini kan pula mental ?

ANW, takziah untuk famili yang kehilangan anak… Sedih bila dengar dan baca berita. Sedih bila bayangkan kesakitan dan penderitaan anak-anak kecil.  It always remid me.. It’s good to be a full time mom. Stay at home, jaga anak je.