Category Archives: My Notes

Dah lama tak jogging

Ini lah kisahnya…dah lama kiterang tak jogging. Since jumaat lagi bebudak ni kecoh nak jogging. Yang papanya plak malas kan. Tapi biasalah…cair jugak hati  papa. LEpas subuh, bebudak tak tidur balik dorang tunggu kat hall sambil tengok cartoon. Nak tunggu pukul 7.30 pagi baru keluar. Gigih betul. And finally, dapatlah dorang jogging. First pergi tasik perdana…tapi tutup sebab ada Larian tah apa entah tak tahu, then ke Tasik Titiwangsa. Now baru I tau apa maksud jogging dorang. Playground yang luas.  Kesitu yang dorang nak rupanya. Papa n Mama merasa lah jogging sesikit. Ok lah kasi keluar peluh.

Meh layan gambar

image

Work out sambil jaga anak. Papa yang terbaik hehehe. Oran lain semua pakai kasut jogging. Rayyan je tak nak. Dia memang, kalau kasut tu…kasut tu je lah dia pandang. Dia takkan pakai kasut lain. Itu memang perangai dia. Selagi kasut tu tak ketat. Selipar pun sama.

image

Dah pandai main swing. Dia suruh tolak kasi tinggi. Dah tak takut dah. Afriena mana eh? Ohhh dia ngan papanya … Dia kan anak perempuan . Kenalah ngangada ngan papa

image

Penat kan bang dukung Rayyan. Kurus tapi berat.  Afriena nak bergayut jap.

image

Bergayut….

image

Patutlah nak sangat jogging… happy dorang

image

weeeeeeeeeeee…. setiap kali turun slide, dia cakap weeeeeeeee

Habis jogging, kiterang singgah kedai n terus balik rumah. Lunch kat rumah je.

 

September 11 – Our 11th Wedding Aniversary

Alhamdulillah dah 11 tahun kami mendirikan rumah tangga. Macam biasalah buat catatan kat sini supaya ada kenangan. Ingatkan hari ni nak keluar lunch sama, tapi kereta kat bengkel lagi. Takpe …kita dinner kat rumah je lah. Sorry tak boleh nak share gambar kahwin, tapi kad kahwin boleh share

image

Ada lagi tersimpan elok kad kahwin kiterang.  Simple je…

image

Ni isi dalam kad tu. Sempoi tak? Masa tu rasanya harga sekeping kad ni RM1 kot .. ke 50 sen. Lupa lah sebab yang bayar si auami. Kiterang buang kad sama pesen. Persiapan kahwin plak, sama-sama buat sambil dibantu oleh ipar duai dan my sisters. Thanks to them.  Bunga pahar plak suami yang buat. Buat bunga dip kaler purple for my side, while his side, kiterang beli bunga siap, tapi gubah sendiri kat rumah. Most of the barang beli satu-satu pastu cantumkan, jadi bunga. Dia lah yang celup pastu cantum. Kagum nengok. Sebab nak beli siap mahal. So pergi survey kat kedai then , cari barang buat sendiri.

Semoga perkahwinan kami sentiasa diberkati Allah dan bahagia hingga ke Syurga. Ameen

Kejohananan Taekwondo

Baru nak update. Last weekend masa National Day. I was busy this event. Dari hari Jumaaat lagi berkampung kat Dewan Badminton Sek 19 , Shah Alam. Tidur kat dewan anak beranak sbb  banyak benda kena buat.  Last I involve dengan tournament macam was year 1996. Gila lama. Masa tu baru kena Kheirul. Now sama-sama buat kerja laki bini.  All I can say .. memang penat tapi puas hati dengan outcome. Kagum dengan semua committee. Seriously, I bukan kenal semua committe members. Meeting I tak pi pun sbb macam mana nak pi meeting nak kena bawak budak kan? So bila balik meeting Kheirul update lah. Next time  kalau meeting kena pi sbb kepala banyak idea. Perlu suntikan idea perempuan jugak.  Lagipun berpengalaman denan organising event  masa ker jadi seksitari kih kih kih.

Tournament ni dah bertaraf peringkat kebangsaan ..mau ak rasa bangga bila dapat melibatkan diri.  Ok ok kita share gambar ye.

tkd2

ni malam sebelum event. Baru siap hampar mat untuk ring. Bakal-bakal champions lepak dulu

 

tkd4

Punya lah ramai…ni masa perasmian. I duduk kat meja sekretariat sbb kena setia di meja urus

tkd3

Kesian camerawoman takde orang amik gambar

tkd1

The organising Commitee members

 

Dalam gambar bebanyak tu berdiri ramai-ramai… I je lah belt paling junior. Takpe dorang ni semua akan dijadikan inspirasi untuk berjaya. The best thing working with them was masing-masing bekerjasama.  Setiap orang memainkan peranan yang penting. Rasa bangga pun ada. Masa kena bow kat Grandmaster…fuhhh berpeluh ketaq lutut lah… sbb berdiri dalam kalangan seniors .BTW, terima kasih semua di atas kepercayaan yang diberi untuk memiku tanggungjawab yang sangat berat bagi saya. Sbb kena jadi menteri keewangan.  Now bila dah abis event, dah settle semua…fuhhh rasa lega. Alhamdulillah. Looking forward to next event. Insya’ Allah. Now kena beruaha untuk Black Belt.

Oh semalam… Kheirul cakap, apa kata Yatie buka event management company? Sbb  dalam kepala banyak idea kan… Bang mana mau cari duit nak bukak company? Lagipun sekali sekala boleh lah..kalau dah selalu buat benda camni rasa tak special dah