Category Archives: My Notes

Kenduri Kendara

Cuti sekolah jer mesti penuh ngan kenduri kendara… hari Sabtu lepas aja we all satu family attend 2 kenduri daripada 4 jemputan yang diterima dalam hari yang sama…

kenduri

ni majlis kenduri menyambut anak menantu di rumah nenek saudara saya…

kenduri2

yang ni plak wedding sepupu….

Cukur Jambul

This is the second kat kampung.. ada majlis cukur jambul for Nurul Auni.

Apa da anak dara… tersenyum jer… kuat nangis tau

masa ni tak nangis lagi… lepas majlis baru nangis

Ha ni juru dapur yang busy… Sedapnya lauk kenduri

Esok Cuti ….

Ish macam dah lama tak update sawanila.com…. bukan apa macam terbusy la pulak. sebab khamis and jumaat I cuti. Kan Ashraff and Afriena cuti sekolah kena lah bawak dorang pi jalan-jalan.
Tadi pagi bangun tidur, punyala sejuk dan nyaman, macam malas nak bangun mandi. Tapi kena gak bangun mandi, takkan pi kerja tak mandi kan. Tengah dok syok mandi tetiba teringat satu teka-teki yang di beri oleh our project Manager masa kat Holland.Teka-tekinye berbunyi

(I terjemah bahasa melayu ok)

Ada sorang mamat nih , dia tinggal kat mana tah,nak dijadikan citer dia dok kat apartment tingkat 8 bersama isterinya yang jadi surirumah tangga. So setiap hari gi kerja dia naik lif la.Tapi yang peliknya, bila balik kerja, dia naik lif sampai tingkat 3 je, pastu lagi 5 tingkat dia naik tangga. Yang lagi pelik nye, bila hari hujan dia boleh plak naik lif sampai tingkat 8.

So sedara-sedari, agak-agak kenapa ek??
Sila la jawab.

Sorryla, tek-teki ni takde hadiah. just for fun