Category Archives: My Notes

mentaliti kelas ke-3 ke?

Tengoklah ni..kat kawasan samapah around my apartment. Penduduk kat sini punyalah baik buang sampai elok-elok kat tempat buang sampah…datang je  lori  angkut sampah tapi bersepah-sepah sampah, busuk tuh.  Kesian cleaner kena cuci karang.

Pelik betul syarikat lori sampah ni. Dorang ni takde ke kesedaran tentang kebersihan ke? Kalau angkut sampah tak bersepah tak boleh ke? Jauh beza dengan setengah negara lain, lori sampah bersih je,tukang sapu pun ada yang pakai necktie… kat sini dari jauh dah bau busuk. Naper lah dorang tak bersihkan betul-betul lori.

Kat apartment ni kawasan bersih cuma yang buat menyampah ada sesetengah penduduk especially kononnya expatriate yang takde kesedaran sivik suka buang sampah  main campak je.

Rasa nak pi operate je

Baru nak hapdet. takde mood ni. Gigi bongsu ni naik sakit sangat. Sampai takleh nak tidur. Dah lah tengah malam bising. Semalam bangun sapu bonjela oklah sikit. Geram nye nak pi jumpa doctor suruh dia bedah, pastu kepak gusi ni suruh dia cabut gigi bongsu ni. Sesapa pernah bedah buang gigi bongsu tak? Sakit tak?

Now sakit sangat.. nak telan air pun sakit. Nak bukak mulut pun sakit. Nak cakap lagi lah….Dah lah Sabtu ni ada event yang mendebarkan… I lebih rela masuk Amazing Race dari contest masak-masak ni…Tak tau format cam mana,,,

Sat lagi nak masak lunch plak..boring nye sakit gigi ke gusi ni…sebab tak leh nak makan