Category Archives: My Notes

Ashraff after SPM and entering Uni life

Adoii lama tak update..

Assalamualaikum.. apa khabar semua? Lama tak update cerita pasal anak-anak kan?

Tahun ni AShraff dah nak masuk 18 tahun. Blog ni masa baru bukak, umur dia baru 4 tahun. Tahun ni dia ambik SPM. berdebar jugak SPM dorang. Anak yang lahir tahun 2004 selalu je ditikus putihkan. SPM silibus baru, kena plak dengan pandemik, followed by PKP. Rasanya untuk SPM, dia pergi kelas kejap je. Masa trial SPM result mostly G. TEngok result banyak G ku\ecuali Engliah je yang lepas.. there is something wrong lah. Amikkan dia online tution, then I top up lagi dengan ajar sendiri kat rumah. I kalau subject math , English and Agama ok lah..kalau yang lain macamtak berapa. Alhamdulillah, bila keluar result SPM, semua lulus siap dengan credit dan cemerlang. Dah keluar result SPM, kena apply UPU plak. Dapat lah dia sambung belajar di Utara ambik course masak-masak. Punyalah mak promote course pelik berkaitan IT, Digital atau animation even game designer, tak nak dia nak jadi chef. Kalau boleh nak lepas Diploma, nak sambung ambik pastri pulak pasal nak jadi Chef. Haa.. Dari form 3 kot kata nak jadi Chef. Memang nampak dia cenderung ke arah tu, Kalau bawak grocery shopping atau masuk kedai periuk belanga, dia more excited lah

So sehari sebelum hari pendaftaran, maka naik lah kami ETS ke utara

first time Naik ETS, macam ur blur gitu..

Best jugak naik ETS, laju jimat masa dan tenaga, boleh rehat dalam train. Pergi bertiga balik berdua. Nak train pergi balik, tidur je lah kami. Ni je time dapat rest.

kalau naik Siang dapat lah view cantik . kalau Malam Kita Layan tidur je lah

Nasib baik tak bawak budak kecik dua tu.. Sampai sana ambik Grab Car atau teksi je.

nexktie pun..papa Yang kena pakaikan..dia dah lah tinggi..kan

Alhamdulillah lega, dah selamat sampai dok hostel.Harap dia boleh sesuaikan diri lah. YE lah selama ni mama je yang buat itu ini. Last weekend call tanya buat apa dia cakap tengah buat laundry. OK lah tu. Cuma kami yang kat rumah ni masih takleh nak adjust kurang sorang kat rumah. Selalu je masak mesti nasi tak habis, Afriena kalau hidang mesti pinggan terlebih satu haha

Haaa gitu lah cerita nya. NExt year Afriena plak punya turn. KEjap je kan anak=anak dah besar, dan kita makin tua. Semoga Ashraff berjaya dan capai cita-cita untuk jadi Chef.

Bila kad kredit kena fraud, apa nak buat?

Pernah tak anda sekalian kena fraud? unrecognised credit card usage? Saya baru terkena.

Tak pernah terpikir, kad kredit nak kena fraud ngan malaun lahabau mana…bengkek, gak rasa. menyusahkan betaal manusia yang nak senang. Bukan sikit plak tu, main ribu riban, USD plak tu..Terjadi pada saya 2 mingo lepas

Kronologi dia 

12 Aug 2018

as at 5.30pm dapat SMS notification Dari Credit Card issuer , Did cakap TQ for using MBB sebanyqak USD1550.86 kod XXXXX airbnb, 

terkejut tak? elok dok masak tik SMS masuk kata guna airbnb. Check airbnb kot kot ada terbooking mana mana kat planet bumi ni tak plak

Apa nak buat? Jangan panik…think think…

  • Call credit card issuer, for my case MBB – asa tu hari Ahad , nasib baik 24 hours helpline. MBB confirm miming ada transaction sebanyqak yang tersebut. MBB advised call airbnb
  • called airbnb, masa tu Kat sana beza 15 jam. Airbnb cakap akan investigate…then dia email
  • ok kita tunggu…so tunggu sampan hari selasa. Sbb fikirkan nak tunggu office hour airbnb lagi senang. 

14 Aug 2018

  • Selasa pagi pukul 7am waktu Malaysia, kat sana Pukul 4pm (hari ISnin) damat lah bercakap dengan helpline. Data bercakap time office hour ni senang. Airbnb cacao kena buat dispute ngan bank. OK..baiklah saya pegdí ke bank terus, dari guna telefon.And at the same tme airbnb email dengan subject Trust and safety. Lega sikit deban dorang akan siasat
  • Pergi ke MBB HQ, ke credit card dept, Alhamdulillah bank membantu. Isi boring dispute. Dorang maklumkan, refund amik masa 45 hari bekerja. uhh lama tapi tape..saya dah nampak sinar bahagia kat situ. Time tu, kan kredit kena gunting, mintak yang baru. caj RM50
  • sekejap je urusan nan MBB, tq sumac sbb dalam MC pun dia batak pi opis lama
  • Balik rum reply airbnb  inform Pascal dispute

15 Aug 2018

  • dapat email dari airbnb, dia cakap ”

    Thanks for reporting the unauthorized and/or unrecognized charges in the amount of $1,550.86 on your card.Our records indicate a full refund was processed and you should see a credit in the amount of $1,550.86 shortly. If you haven’t already, we suggest you work with your bank to secure your card. If you’ve already filed a dispute with your bank we kindly ask that you cancel it.”

  • Lega…call bank plak.. bank kata velum lagi..So ku tunggu lah , sbb Cik suali kata, selalu amik masa dua hari

16 Aug 2018

  • NAmpak dah refund dah dapat. Alhamdulillah… .. tapi tetiba ada outstanding 100. Takde syok ini macam. Call Maybank plak. Dia kata itu ebb ada perbezaan currency exchange. So dorang kena report ke billing. 2 hari lepas tu sema settle..lega
  • Credit card baru pun dah dapat. Semua cepat dan pantas.

Ha mcm tu lah caranya kalau credit card kena fraud. Saya tak tau cam mana org blh amik details credit card saya. Mungkin ada leak kat mana mana sbb yours truly kaki online shopping samada dalam atau luar negara.

berhati- hati lah semua ye.. byk penjahat kat luar sana

Our 14th wedding anniversary

dah 15 hari bersalin… baru nak update

dah nak buat cam mana, berpantang kat bilik bawah, komputer kat atas

TV pun tak tengok

 

alhamdulillah bersalin gak … awal 6 hari. 11/9/2017 adalah hari ulangtahun perkahwinan yang ke 14 dan hari tu ada check up ngan doktor dan hari tu jugak Afriena UPSR

lepas settle Afriena ke sekolah, hantar Rayyan pi KAFA n Ashraff dok rumah buat laundry, kiterang ke hospital utk weekly check up

ni kira first time pregnant tak check up ngan usual gynea iaitu dato doc Nora jat Primanora sbb rumah kat Bandar Country Homes, kalau ngan DDNora kena beranak kat Pantai Bangsar.jauh kan? Esp me jenis cepat nak keluar baby so we chose Tropicana Kota Damansara. Dekat ngan rumah dlm 20 minit n dekat ngan office Kheirul. Dia jln kaki pun sampai

so sampai hospital, settle daftar, amik berat- berat turun 1kg menjadikan ia 59kg. Lepas turun pi cafe. Kafe kat Tropicana MC jual makanan yg sedap sbb nyonya food. That day mkn dry curry noodle n kuih muih nyonya. Perut asyik mengeras tapi tak sakit. Clock dlm contractions app, dia ckp get ready to hospital. Kita mkn dulu ye. Habis mkn naik atas jumpa gynea. Doktor Norhazinat. Doktor yang tenang n selalu senyum.

dia cek bukaan, katanya 3cm dah. Puan kena beranak hari ni tau

Hah.. ye ke doktor?

ye datang pukul satu nanti kita monitor. Jgn lambat plak nanti tetiba bukaan 8cm plak

dup dap jantung ku ini.. maklumlah mcm beransk sulung kan

balik rumah, beli lunch for kids, sampai rumah lepak kejap sambil round kebun  pastu sambung makan kuih, pukul 12-45 pi spital balik, berat hati nak tinggalkan anak2 kat rumah dahlah rumah blackout tetiba. Ashraff kena ponteng sekolah hari tu sbb rayyan takde org jaga n afriena pun takde kunci rumah 

ok sampai hospital, admitted masuk delivery suite tukar baju n lepak atas katil. 

Dah lepak biasalah.. dorang nak pasang itu ini kat badan utk monitor. Dorang kata naknpecahkan ketuban utk cepatkan kelahiran sbb dah ada bukaan tapi tak sakit. So ckp kat team Med, lepas solat zohor bolehlah .. they said ok

pukul dua.. pecah kan ketuban. Then lepak sampai lepas asar. Dah settle call family n beberapa kali call anak2 kat rumah. 30 minit sekali dorang dtg cek n tanya ada rasa sakit ke tak.

last mkn was masa sarsoan, si mcm tau tau je suami terchenta pi brli A&W waffle, kita mkn dulu 

habis makan… still tak sakit… dah buka 5cm , then finally kena induce.  5.30 kot induce. Adehhh dah lah tak suka jarum huhuhuhu pastu tak jumpa urat lg

dah induce pukul 6 lebih ada sakit manja- manja boleh lepak- lepak. 6.30 misi datang cek bukaan… dah 6cm tapi belum sakit betul

dah cuak dah ni kot kot kena sorong masuk OT for czer ke kan… doctor pun dah standby sbb dia puasa.. tgh pikir nak balik ke tak.

pukul 7 baru rasa sakit… nak beranak. Finally. Misi kasi gas hehehe sedut gas lega gitu

bunyi azan… Kheirul cakap nsk pi surau kejap untuk solat. Nurse ckp dah 8cm ni. 10 minit je kot  dia pi… masa kheirul takde nurse kah yg urut blkg…suruh bertenang huhuhuhu

bertenang la sangat. Dia main tetiba sakit… takde by stage punya

sampai je Kheirul terus sakit gila… tak sempat nak tarik katil… doktor yg agaknya tgh berbuka puasa pun berlari…

satu tgn pegang gas, satu tangan pegang Kheirul… luka kot tangan dia hehehehe

dengan sekali push… bloop bunyi baby pun keluar

Allahu akbar  …

lepas tu doktor settle lah semua tu. Keluar je baby.. hilang sakit bertarung nyawa. Tapi badan menggigil plak

semua kena selimutkan… kena test gula, bp semua ok

mungkin sakit terkejut

Alhamdulillah berkat doa semua orang esp doa suami, doa mak n abah dan MIL serta adik beradik sepupu2

urusan dipermudahkan…. 

mungkin juga pregnant kali ni saya tersangat aktif kot. Aktif dengan taekwondo sampai 8 bulan, tak lupa untuk streching buat split, berjalan setiap hari, berkebun dan mcm2 lg. Agaknya itu juga byk membantu

wallahualam

Rayyanlah yang paling tak sabar nak jumpa baby. Till today, very protective, sgt memahamilah.. baby berak tak payah suruh dia amik kan nappy. Baby nak susu dia pi amik dalam fridge, baby nak mandi dia pi isi air dlm tub

alhamdulillah… Allah mudahkan dari seorang yg sgt manja takleh buat itu ini, dia jadi seorang abang yg loving. Nak pi sekolah cium bb, nak pegang bb.. pi cuci tgn dulu…

ashraff n afriena helped a lot. Tolong buat laundry, cuci pinggan mangkuk, cuci toilet sapu sampah n lot more

n as usual husband yg byk  menolong esp bab masak

❤️ All of you

insya allah nanti, kita share pasal pengalaman bersalin kat. tropicana medicsl centre ye